



...I'm coming back... lama sungguh dah tak mengupdate my lovely blog ni.... syukur alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar....
HAPPY MERDEKA DAY.... wah hari ini negara menyabut Hari Kemerdekaan yang ke 52, syukur kerana negara bebas merdeka dari penjajah... bersyukurlah wahai anak bangsa... bukan negara sahaja yang bebas dari penjajah, tetapi diri kita juga perlu bebas dari jajahan-jajahan nafsu yang hanya merosakkan diri sahaja. Keluarlah dari kepompong hidup yang hanya menyesatkan hidupmu sahaja wahai anak bangsa tanah air Malaysia.
SALAM RAMADHAN.... Syukur Alhamdulillah, dah sampai kita di dalam bulan puasa itu penghulu segala bulan. Semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik dari sebelum-sebelumnya. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak semoga dengan kedatangan bulan yang mulia ini bersama-samalah kita memanfaatkan bulan ini dengan amalan-amalan yang mulia. InsyaAllah... Banyak yang nak tulis tetapi masa tidak mengizinkan...oklah sambung besok lah.....banyak episod ni.... dah mengantuk sangat2 esok nak bangun sahur ni... tunggu sambungannya ye...
Andriani Marshanda yang akhrab dengan panggilan "Caca" atau "Chacha" ini lahir pada 10 Ogos 1989, di Jakarta, Indonesia. Kini berusia 20 tahun merupakan seorang artis muda yang banyak membintangi sinetron, iklan, seorang penyanyi dan juga pengacara yang tidak asing lagi di Indonesia.
Anak sulung dari tiga beradik ini adalah anak kepada Irwan Yusuf dan Riyanti Sofyan merupakan pengurus kepada artis muda ini. Gadis yang berzodiak Leo ini sangat aktif dalam bidang lakonan dan berjaya membawa watak-watak yang dilakonkan.
Marshanda yang beraga Islam memulakan kariernya dalam dunia periklanan sejak kecik di peringkat sekolah rendah dengan tidak sengaja dan kebetulan. Pada waktu itu, ia menemani Mak Ciknya yang merupakan model terkenal iaitu "Chintiya Rustam", bekas model iklan sabun Lux dan terjun ke iklan Citra Lintas. Sesampai di sana Marshanda diminta untuk casting. Akhirnya terpilih untuk membintangi iklan Bank Danamon. Seterusnya Marsha banyak membintangi iklan TV mahupun melalui media cetak. Antaranya ialah Filma, Cadbury, Supermi, Tango, Chicken Nuggets, Vaseline dan banyak lagi.


DUDE HERLINO dilahirkan di Jakarta, pada 2 disember 1980. Dude kini berumur 29 tahun. Dude mula dikenali ramai pada tahun 2005 setelah membintangi sinetron CINCIN yang diminati ramai. Setelah itu, nama Dude semakin dikenali di tanah air Indonesia kerana banyak tawaran yang diterima.
Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" iaitu tarikh kelahirannya. Aktress kacak yang popular dengan panggilan Dude ini seorang yang beragam Islam dan banyak membintangi beberapa buah filem antaranya ialah Gua Kapok Jatuh Cinta dan Disini Ada Setan The Movie. Dia juga turut terlibat dalam layar kaca Indonesia seperti Disini Ada Setan, Ada Apa Denganmu, Cincin, Intan, Cahaya dan yang terkini ialah NIKITA.
Kini Dude bernanung dibawah naungan produksi SinemaArt. Dia juga adalah alumnus dari SMAN 36 dan Universitas Indonesia. Hobinya membaca dan buku kegemarannya ialah Hidup Sebelum Mati, Ayat-ayat Cinta dan Rich dad Poor Dad.
DUDE HERLINO nama yang tidak asing lagi di tanah Indonesia. Namanya yang meningkat naik oleh kerana kredibilitinya yang senang dan diminati ramai pihak. Bukan sahaja kacak tetapi pandai menyesusaikan watak-watak yang dipegangnya.
Oleh : FatahyaKu...
CHOCOLATE INDULGENCE
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran...... Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita.Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR .................. Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis"Surah Injilu Matay"(Terus reject)Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua.... Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tidak mengetahuinya... Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya padarupanya sahaja tetapi tengok dan sel id ikilah isinya juga... tengokkeseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untukmenghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimahAl-Quran.......sebenar ayat Bible.Mereka berkedip bersama..... ......,


...KITA KAWAN KAN...
Saya hadiahkan kepada kawan-kawan yang sangat saya sayang tanpa mereka mungkin saya akan menjadi tidak ceria. Pertama saya nak hadiahkan buat sahabat yang rapat dengan saya Nana, walaupun insan ini tak ada blog dan jarang-jarang masuk, tapi dia senang nak on9, coz ada broadband celcom..tututtt...heheh...dia ni kawan saya dari sekolah rendah sampai sekarang, i miss u so munch nana..and fatahya doakan semoga hubungan yang dibina bersama insan tersayang akan berakhir ke jinjang pelamin...na banyak sangat yang kita tempuh suka,duka tapi kita tetap bersama kerana kita pandang bulan yang sama..kekekeke...
==ac sahabatku di kolej, hanya beberapa bulan je kenal, dah berjauhan...dia ni memang kawan yang baik, walau pada mulanya nampak macam nak main-main tapi dah keal very sporting and sempoi boy...lama-lama nampak cute jugek..hehe...(acap siti nak mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap selama ini..banyak siti dah buat pada acap kadang-kadang ada yang siti tak perasan pernah sakitkan hati acap ye)..
==Insan ni datang tanpa diduga, my member ni yang kenalkan (ac t.Q) this boy very alim and nice alwayz..tak sangka dapat berkawan dengan dia..FiQ...Mula-mula ct rasa yang ct tak boleh masuk dengan dia, tapi lama-lama alhamdulillah Allah masih kuatkan hati dan beri semangat untuk terus bersabar sehingga pada satu masa ct dapat sesuaikan diri dengan dia...Rasa bersyukur tak tahu nak cakap macam mana, ct sukar untuk sesuaikan diri dengan mana-mana boy, nampak peramah tapi untuk kenal dengan lebih rapat agak sukar...t.q so much fiQ selama ni bertahan dengan karenah ct...kerana keikhlasan, kejujuran dan seangkatan dengannya yang ada yang awak tunjukkan pada saya, saya akan jaga persahabatan ini dengan sebaik mungkin...
==Mahabbah, insan ini selalu masuk blog ct kadang-kadang melawat-lawat tengah-tengah malam, bagi komen, borak-borak...heheh..memang terhibur ngan dia,baik budaknye...kadang ct pun selalu melawat and merayap-rayap dekat blog dia, heheh, banyak ilmu yang boleh dikongsi... t.q mahabbah..semoga ukhuwah yang dibina akan berkekalan...
==Lang Biru, insan ni selalu bagi semangat untuk ct cantik-cantikkan blog ni..hehe...walaupun tak selalu tapi dia melawat-lawat juga blog ct..t.q...sampaikan salam pada wife...
==Pemuda Lening...dia pun ada melawat dan bagi komen..walaupun tak selalu tapi menjadi kawan ct dalam menyokong menyampaikan dakwah-dakwah disini untuk sama-sama kita share...
==Amin Khalidy, blog dia ada jugak ct melawat-lawat, banyak yang ct dapat..best blog dia..heheh...kadang-kadang ct curi-curi jalan-jalan dekat sana ye cari-cari maklumat...teruskan usaha amin...
==Buat kawan-kawan kelas Diploma Komunikasi,i miss u all, semoga ukuwah kita terbina hingga ke akhirnya...segala maklumat nak buat reunion ke kita leh discuss ye..so jgn lupa kengkawan ye...segala maklumat peribadi, no tepon, alamat kalo ada yg bertukar tu infom ye..mana tau nanti sapa2 nak kawin kan senang nak contact..kui3...
all da best my friends.....
==nisacyber...insan ini selau borak-borak di ym..walaupun dia tak join lagi blog ct, ukhuwah kami dah terjalin...so pandai cakap arab budak ni...kadang-kadang bercakap sikit-sikit jeq dengan nisa ni coz arab ct kureng sikit tapi faham...hehehe...nisa terimalah hadiah yang tak seberapa ini..ingat ct selamanya...==budak-budak bilik C401, u all memang adik-adik yang baik, dan sorang kakak dalam bilik ni, kak ina..memang best sporting jeq semua...walaupun banyak masalah tapi kita tetap bersama kan...buat kak ina, mas, dini, ain, and adikku yang tertinggal pulak sbb berlainan bilik...zainab..akak doakan semoga berjaya dalam exam nanti..doakan akak juga ye...semoga persahabatan kita tak tamat macam itu sahaja...
==Muslim Voice...Akademi Nasyid...hehehe...dah jadi kawan dekat sini mula-mula ingt faizal tahir..kui3...upa2nye...tidak..so dia ni pun jarang-jarang buka blog ct..tapi selalu bg komen..sekarang ni dah jarang sebab dia bz...yea2...
Kalian semua amat saya hargai sampai bila-bila... Jika ada salah dan silap sama-samalah kita saling tegur menegur antara satu sama lain..Yang Ikhlas
_ct_fatahya_Ditujukan khas buat kaum lelaki di sini yang
bergelar ayah dan juga untuk ayahku
yang sentiasa dalam ingatan,sebagai penghargaan.
Jagalah perasaan dan jangan
abaikan mereka selagi masih hidup.
Pic dibawah hanya hiasan.![]()
AYAH
Kaulah duta hatiku
Melayari tanpa rasa jemu
Melukis warna kehidupanku
Mengajar kebahagiaan
Meneguk manis pahitAyah!
Merenung menjelajah ke depan
Kau lontar panah-panah
Memanahi satu kehidupan
Antara suka dan duka
Meneruskan pelayaran
Tanpa minta balasanAyah!
Dikala mengejar
Kau terlupa
Wadah buatmu sendiri
Tiada keluhan kehampaan
Kau meniti batas-batas waktu
Tanpa banyak bicaraAyah!
Jasamu ku simpan rapi
Tak mampu menghitung
Tak setanding mutiara di dasar laut
Juga tiada hiasan yang setanding
Dengan kemuliaanmu.
Sentiasa segar dalam ingatan
Dari anak tersayang
Dec 2008(Sayu hati baca ni...untuk sahabat-sahabatku..renungilah...untuk tatapan semua...siti copy dari email yang dihantar oleh sahabat sejati...)
Angkatlah telapak tanganmu menengadah kepada ALLAH. Katakanlah semua keperluanmu, mintalah yang kamu inginkan mintalah rezeki anda dan adukan semua keadaanmu. 
*--PeSerta PDRM yaNg haDir uNtuK BenGkeL dI IKIM--*

-------------------LokaSi IKIM---------------------------
