ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

KARNIVAL INOVASI ISLAM DI MASJID NEGARA

Kali ini cerita tentang "Booth Al-Baghdadi Method Sdn Bhd" bersama-sama Ez Qurban Sdn Bhd di Karnival Inovasi Islam di Masjid Negara.

Kali ini bekerja di luar daripada pejabat selama 4 hari dari 2 jun hingga 5 jun 2011. Berganti-gantilah kami ikut shif masing-masing. 

Ramai juga pengunjung yang datang, alhamdulillah dengan cuaca yang panas setelah bekerja dengan air-corn yang sangat sejuk di pejabat sekali-sekala berpanaslahkan, seronok kerana dapat berkomunikasi dengan pengunjung. Terima kasih kerana sudi mendengar sedikit maklumat daripada saya yek...

Ramai artis yang hadir masa nih, semuanya berkumpul di booth Al-Hijrah, kebetulan TV ini baru sahaja dilancarkan di TV Astro saluran 114. Antaranya ialah Irma Hasmie, Kumpulan Maulid, Opie Zami, Farah Adeeba (TV9) dan ramai lagi. Imam Muda Azhar juga turut hadir dan sangat teruja apabila berdepan dengan imam muda itu.




Kumpulan Adik-adikku sayang bersiaran secara langsung pada hari Ahad penutup Karnival ini. Kumpulan Devotees juga turut diundang untuk membuat persembahan pada malam itu. 

Koleksi gambar sepanjang Karnival ini :-















CERITA SANA SINI TENTANG " MAJLIS PELANCARAN ALBUM EVOTEES~



 Cerita kali ini ingin saya kongsi tentang meriahnya suasana sepanjang "Majlis Pelancaran Album 2 Devotees "Berjalan Tanpa Henti". Terbaik..Successfull, Delicous, Good and Thumnail. Apa yang baiknya kerana sepanjang majlis itu berlangsung alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar mengikut flow yang dirancang. Majlis berlangsung di Restoran Puteri, TTDI pada hari Jumaat (20.05.2011) merupakan juga ulangtahun yang ke 6 tahun Devotees bertapak dalam industri nasyid tanah air ini. (muda lagi Devotees nih)




Saya sebagai salah seorang Urusetia yang memegang jawatan (cewah formalnya) di beri tugas untuk menjemput Media untuk hadir ke majlis ini. Sebagai penolong kepada En. Adi Akmal b. Sehrom (Ketua) saya dipertanggungjawabkan dan diberikan amanah untuk menjemput media cetak dan media elektronik untuk turut hadir bersama untuk membuat liputan terkini. (Habis cerita part ini)

Jadual telah dibuat, tepat jam 9.30am bertolak dari pejabat Ez Qurban dan singgah ke Restoran NUR untuk sarapan pagi. (Nyum..nyum...diet pun tidak) lebih kurang dalam jam 10.ooam bertolak ke Restoran Puteri kira-kira hampir 15 minit telah sampai ke sana (saya di tipu ada insan yang beritahu 1 jam akan sampai ke sana..ouch...sangatlah nakal...) hehehehe....



Sesudah sampai disana semua ambil part kerja masing-masing. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Ramai media yang hadir tidak ketinggalan juga artis-artis jemputan yang hadir juga. Antara media yang datang ialah MHI, Galaksi (TV9), Melodi (TV3), Div@1 (TV1), Harian Metro, Gua.com dan banyak lagi. Antara tetamu dan artis jemputan ialah Inteam, Hafiz Hamidun, Salleh Brothers dan ramai lagi.


  Terima kasih juga kepada sahabat sepejabatku Kak Shima, Dayang, Fai, Norisz, Fitri, Pejei dan Aswad. Kita sama-sama terbaek..!!!!!!  :-)


~SEL@M@T H@RI L@HIR EM@K~

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR BUAT IBUKU YANG TERSAYANG. Semoga di panjang umur dan di murahkan rezeki... InsyaAllah

~SEL@MAT HARI L@HIR BUAT AY@HKU YANG TERS@Y@NG~

Ucapan buat ayahandaku " Shaiful Bahkri bin Basri" di doakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah. 


Selamat Hari Lahir dari anakmu yang tercinta. Semoga abah dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, InsyaAllah...:)

~WUS XXXX~ 2011


Dulu, Kini dan Selamanya. saya selalu berangan-angan ingin memiliki sesuatu. Orang kata sekadar angan-angan tidak menjadi masalah. Selagi angan-angan itu tidak melanggar batas syariat boleh diteruskan. Mungkin diizinkan Allah pasti angan-angan itu akan menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Alhamdulillah, angan-angan pertama telah tercapai akhirnya. Bukan sahaja sekadar angan-angan malah target pertama saya untuk memulakan episod kehidupan baru bagi tahun ini. Orang kata berpijaklah di bumi yang nyata. Alhamdulillah saya sedar saya memang sedang berdiri di paksinya yang betul. Ini bukan suatu angan-angan bagi saya malah menjadi satu realiti dalam kehidupan saya. Walaupun ia bukanlah yang saya harap-harapkan tetapi saya mampu untuk memilikinya dan menjaganya dengan baik sekali.

Sukar untuk mendapatkannya, pasti saya akan menjaganya, membelainya dan sudah semakin jatuh cinta kepadanya. Berkat usaha dan doa akhirnya ia benar-benar menjadi kenyataan dalam hidup saya. Hargailah bila ia berada di depan mata anda.

@ Baby Purple jangan nakal-nakal ye..:-)

~RI@D@H BERSAMA TEM@N-TEM@N SEKERJ@~

Bila sudah lama tidak meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti mulalah badan terasa lain macam je, sakit sana, sakit sini, berlakulah tekanan dari segi mental dan fizikal. Macam-macam lagi faktor yang memainkan peranan dalam menentukan mood kita setiap hari.


Bermulanya di Taman, berjoging kononya ingin membuang segala lemak2, kalori2 yang terkumpul di dalam badan nih, selang beberapa minggu, boleh ikut lagi. Tapi selang beberapa minggu makan tetap makan. Hehehe...nak buat macam mana manusia dan makanan tidak boleh dipisahkan. :-)

Dari Taman bertukar ke Gelanggang Badmninton di Sinamax, Gombak. Saya bersama teman-teman seperjuangan sempat meluangkan masa di sana selama 1 jam untuk menghilangkan segala tekanan yang ada. Cara ini juga dapat membantu dalam menurunkan berat badan kerana dalam masa 1 jam kami dapat mengeluarkan peluh-peluh supaya badan kembali sihat dan bertenaga kembali.


Walau apa yang kita buat, penjagaan tubuh badan cukup penting, bukan sahaja dari segi makan dan minum tetapi dari segi kerohanian juga penting. Hidup Sihat tanpa sebarang penyakit. :-)

~K@RNIV@L M@H@BB@H IKIM.FM~ 22/04/2011 - 24/04/2011

No.27 = Iaitu nombor booth Ez Qurban Sdn Bhd yang sentiasa meriah dan dipenuhi dengan pengunjung setia EZQ. Selama 3 hari saya berada di Johor bermula hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. 


Hari pertama hujan turun dengan lebatnya membuatkan booth kami dalam keadaan basah dan masih boleh dikawal. Pengunjung pun tak ramai sangat boleh dikira, apabila malam alhamdulillah... meriah.....



 ~Hari ke dua, singgah makan dulu, makan untuk tambahkan tenaga....


~Hari ni ramai pengunjung yang datang...tak henti2 tangan nih menghulurkan brocher...Hehehe...

 ~Sempat bergambar kenangan bersama Wan Maimunah~
~Tiket Penerbangan "Kembara bersama Ez Qurban Sdn Bhd ke Kemboja, selama 5 hari 4 malam beserta dengan Album terbaru Devotees "Berjalan Tanpa Henti (BTH)~

~M@H@BB@H FILL@H~

Bersama dengan "Student Practical" yang sporting... From Kolej Islam Antarabangsa Malaysia (KIAM) masing-masing dalam jurusan Pentadbiran.


Bila takde koje inilah koje kami :
















~Barisan pelakon : Kak Sima, Noriz (L.I), Siti, Fai (L.I)~


Peranan yang dimainkan dalam drama ini amat berkesan sekali. Hehehehe...


JUMPA LAGI!!!! TAHNIAH kepada pelakon-pelakon saya...:)

~My F@Ce is RECOVERING~

~Syukur alhamdulillah..segala puji bagi Allah kerana telah memulihkan kembali wajahku. Semua datang dari-Nya. Ini hanyalah pinjaman sementara dan tidak akan kekal selamanya. Setelah sekian lama menunggu akhirnya saya telah jumpa ubat yang sesuai untuk memulihkannya. Bukan ubat itu yang dapat memulihkannya tetapi berkat doa dan juga kuasa ditangan yang Maha Esa. 





~Sebelum~



~Selepas~

~Memulihkannya sangat mengambil masa yang sangat panjang. Kini ia masih dalam pemulihan. Terima Kasih ya Allah. Inilah nikmat yang saya terima kembali. Saat wajah dipulihkan sedikit demi sedikit. Berkat kesabaran, saya yakin pasti mujarab. InsyaAllah...Doakan Kesembuhan saya.