ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

Kualiti Lelaki Yang Menawan Perempuan

1. Percaya Diri
Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita। Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan bermain badminton dan juga cuba bermain bola sepak. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih baik. Berdiri tegak ketika bercakap. Anda juga boleh melakukan senaman di bahagian belakang. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik.


2. Lelaki Lucu
Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat। Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum. Pujukan dengan cara ini lebih menikamkalbu daripada memaksakan diri mewujudkan suasana ceria. Anda boleh mencari idea agar si dia dapat melupakan krisis yang dihadapinya. Di samping itu anda juga boleh membantunya menyelesaikan kekusutan yang melanda jiwanya.


3. Romantik
Wanita sebenarnya menginginkan lelaki yang romantik। Dan harus diingat romantik bukan bermakna gatal atau miang. Lelaki yang romantik ialah pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata. Sikap yang mengambil berat tentang diri mereka dan penyayang menjadi salah satu aspek yang sering diberi perhatian oleh wanita. Biarpun mereka kelihatan rugged atau agresif tetapi dalam hal pemilihan teman lelaki kebanyakannya mahukan yang romantik.


4. Lelaki Bijak
Wanita sering bermimpikan lelaki yang bijak pandai। Untuk kecergasan, selalulah bersenam kerana ini akan menambahkan jumlah oksigen ke dalam otak. Fikiran menjadi lapang dan otak mudah menerima ilmu atau perkara baru. Wanita gemarkan lelaki yang bijak dan rajin membaca. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi anda boleh mencubanya. Pakai cermin mata tanpa kuasa kerana ini akan memperlihatkan anda seorang yang intelek. Selain kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang kelihatan intelek.


5. Suka Kanak-Kanak
Wanita menganggap seorang lelaki bijak adalah berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk menjaga kanak-kanak। Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.


6. Bijak Berdandan
Lelaki juga hendaklah bijak merawat atau memanjakan tubuh. Selain pakaian yang sesuai dan kemas, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Selain itu, kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih.

WANITA ISLAM

...WANITA...
WaNita Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut.....besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat ...celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan tv tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anakMenyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang
SatuMakanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita.... memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar. Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan. Jika suami tidak terdaya melakukannya Seorang pembantu wajar disediakan. Lelaki yang hanyut dalam keasyikan Tidak mampu menerima perubahan, Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan.....

iNiLah dIa

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya serta dengan izinnya akhirnya saya dapat membuat blog sendiri dan berbekalkan semangat dan azam yang baru saya dapat melangkah ke satu langkah demi menjadi insan yang berjaya dan berbakti pada keluarga. Dengan adanya blog ini, saya dapat bertemu dengan kawan-kawan, sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuanagan yang paling disayangi bagi merapatkan ukhuwah fillah antara kami....

Selamat Datang ke Blogku ini....
layarilahnya dengan hati yang terbuka dan mulakan dengan Bismillahirahmanirahim....
SyuKur

Alhamdulillah dengan limpah kurnianya saya diberi nafas baru, bulan baru ini dapat membuat blog sendiri bagi memudahkan kawan-kawan, sahabat-sahabat dan juga teman-teman saya untuk berhubung dengan saya. Dengan bermulanya azam dan semangat yang baru ini, saya ingin memulakan langkah demi langkah untuk terus maju kehadapan...insyaAllah....Doakan agar saya sentiasa yang terbaik..Amin Ya Robbul Alamin...