ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

pening...pening...pening....
Dalam kepala ni, tak pikiaq apa dah yang dipikir tempat praktikal..praktikal dan praktikal....tak tahu kenapa lambat sangat nak dapat feedback. sekarang dah bulan ogos...start praktikal bulan oktober. kenapalah lambat sangat. Ya Allah....kenapalah lambat sangat. Dalam kelas tinggal lagi beberapa orang je yang tak dapat lagi...Macam tension je pikiaq benda ni. Tak boleh nak buat kerja lain asyik pikiaq pasal praktikal.
Bulan september dah mula final exam. banyak benda nak pikiaq. benda itu benda ini. kenapalah ea..semenjak dua menjak ni..fikiran jd kacau je...ehem..hati jadi berdebaq-debaq je....
Petang tadi cek email, kakak angkat hantaq satu email pasal artis pompuan ni..tak malu betul artis sekarang dah tak tau tentang hukum hakam. pakaian terlalu melampau. sambil buat persembahan sampai benda yang tak sepatutnya nampak terdedah di hadapan khalayak. memang memalukan..
Petang tadi lecturer tepon, nak dapat tahu pasal praktikal, sama ada dah dapat feedback atau belum. Dia suruh call tempat yang kita nak wat praktikal. so, petang tadi tepon la..org sana kata nanti dia akan compomkan..tunggu lagi bape hari. Ehem..memang kene cepat..rasa macam dah lamat dah sekarang ni.....

KELEBIHAN BULAN SYA'BAN

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis).
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis).
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).


15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:

(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).

19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.

Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.

Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)
Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).
Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur'an.

Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)

Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

Aktiviti santai main bowling dan makan-makan

Aktiviti santai kami pergi ke The Mines, Main Bowling dan makan-makan. Buat pertama kali keluar besama memang best giler. Memenatkan tapi Happy habis la. Kawan-kawan memang sume sporting giler. Apa aktiviti yang kami buat, jom tengok....macam-macam gelagat kami..hehehe.......
Klik bawah ni untuk gambar yang seterusnya.....

http://public.fotki.com/ctfatahya/memori/mulamulanakpidalamb.html

SAYANG ALONG




SELAMAT HARI LAHIR ALONG




2 hari dah along sambut hari lahir....SELAMAT HARI LAHIR SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.....SEMOGA PERHUBUNGAN BERSAMA INSAN TERSAYANG BERKEKAKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT..DAN MENDAPAT BAROKAH .....AMIN

- FOR YOU -

How to say
Wo Ai Ni (I Love You)
in 100 Languages !!!

English - I love you

Afrikaans - Ek het jou lief

Albanian - Te dua

Arabic - Ana behibak (to male)

Arabic - Ana behibek (to female)

Armenian - Yes kez sirumen

Bambara - M'bi fe

Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi

Belarusian - Ya tabe kahayu

Bisaya - Nahigugma ako kanimo

Bulgarian - Obicham te

Cambodian - Soro lahn nhee ah

Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a

Catalan - T'estimo

Cheyenne - Ne mohotatse

Chichewa - Ndimakukonda

Corsican - Ti tengu caru (to male)

Creol - Mi aime jou

Croatian - Volim te

Czech - Miluji te


Kadazandusun-muhang ku kuma’a dika

Danish - Jeg Elsker Dig

Dutch - Ik hou van jou

Esperanto - Mi amas vin

Estonian - Ma armastan sind

Ethiopian - Afgreki'

Faroese - Eg elski teg

Farsi - Doset daram

Filipi no - Mahal kita

Finnish - Mina rakastan sinua

French - Je t'aime, Je t'adore

Gaelic - Ta gra agam ort

Georgian - Mikvarhar

German - Ich liebe dich

Greek - S'agapo

Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo

Hiligaynon - Palangga ko ikaw

Hawaiian - Aloha wau ia oi

Hebrew - Ani ohev otah (to female)

Hebrew - Ani ohev et otha (to male)

Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw

Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae

Hmong - Kuv hlub koj

Hopi - Nu' umi unangwa'ta

Hungarian - Szeretlek

Icelandic - Eg elska tig

Ilonggo - Palangga ko ikaw

Indonesian - Saya cinta padamu

Inuit - Negligevapse

Irish - Taim i' ngra leat

Italian - Ti amo

Japanese - Aishiteru

Kannada - Naanu ninna preetisuttene

Kapampangan - Kaluguran daka

Kiswahili - Nakupenda

Konkani - Tu magel moga cho

Korean - Sarang Heyo

Latin - Te amo

Latvian - Es tevi miilu

Lebanese - Bahibak

Lithuanian - Tave myliu

Malay - Saya cintakan mu / Aku ci nta padamu

Malayalam - Njan Ninne Premikunnu

Mandarin Chinese - Wo ai ni

Marathi - Me tula prem karto

Mohawk - Kanbhik

Moroccan - Ana moajaba bik

Nahuatl - Ni mits neki

Navaho - Ayor anosh'ni

Norwegian - Jeg Elsker Deg

Pandacan - Syota na kita!!

Pangasinan - Inaru Taka

Papiamento - Mi ta stimabo

Persian - Doo-set daaram

Pig Latin - Iay ovlay ouyay

Polish - Kocham Ciebie

Portuguese - Eu te amo

Romanian - Te ubesk

Russian - Ya tebya liubliu

Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort

Serbian - Volim te

Setswana - Ke a go rata

Sign Language - (represents position of fingers when signing'I Love You')

Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan

Sioux - Techihhila

Slovak - Lu`bim ta

Slovenian - Ljubim te

Spanish - Te quiero / Te amo

Swahili - Ninapenda wewe

Swedish - Jag alskar dig

Swiss-German - Ich lieb Di

Taiwanese - Wa ga ei li

Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe

Tamil - Nan unnai kathalikaraen

Telugu - Nenu ninnu premistunnanu

Thai - Chan rak khun (to male)

Thai - Phom rak khun (to female)

Turkish - Seni Seviyorum

Ukrainian - Ya tebe kahayu

Urdu - mai aap say pyaar karta hoo

Vietnamese - Anh ye^u em (to female)

Vietnamese - Em ye^u anh (to male)

Welsh - 'Rwy'n dy garu

Yiddish - Ikh hob dikh

Yoruba - Mo ni fe

KEPADA SESIAPA YANG RASA SAYANG SANGAT

DEKAT SESEORANG TAK TAHU NAK UCAPKAN

GUNAKAN BAHASA INI..HEHEHE.....

copyrigh : Siti

(koleksi)

TUGASAN

AftEr iNterVieW...Rangka ayat untuk siapkan Assigment


Satu hari dengan assigment KPM 6003 - Pengurusan Media....


Semalaman, tak tidur, berjaga malam untuk menyiapkan tugasan. Makin lama makin melekat mata ni, tak tahan nak tidur...kene hantar minggu kesebelas, sedar tak sedar memang dah minggu kesebelas. Baru sedia dengan Bab satu dan Bab Dua...bergegaslah saya dengan Min nak menyiapkan tugasan ni. Selalunya memang last minutes la yang kami buat.


- Tepat jam 9.00 bergegas pergi CC nak print


- Tepat jam 12 p.m dah submit


-SELESAI-


Habis Masalah


bEfoRe inTerView iN oFfiCe Hijjaz Record Sdn. Bhd.





our group with Abg Nasir after interview (Manager Promotion)



- depan HRSB-

43 PERKARA RINGAN YANG MENYEKAT REZEKI


Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Yang highlighted to adalah yg kerap kita terbuat.

KURSUS USAHAWAN

inilah bakal usahawan yang berjaya.....antara peserta kursus usahawan

KONVOKESYEN


tapak konvokesyen di KUIS

Bilik Mesyuarat Hijjaz Record

after interview...wah2 ni pengalaman baru....untuk asgment...memang meletihkan...

FiRst tiMe...


Recording album...Hijjaz Record....hehehe...ala-ala artis la konon...pengalaman dalan studio nyanyian di Hijjaz Record...

Duhai Hati

Kata Pujangga
Perempuan Bagaikan Angin
Lembutnya Melenakan
Ributnya Menggusarkan.
Adakalanya Mereka Seperti Ibu Menyaji Kasih,
Menghidang Sayang
Adakalanya Mereka Seperti Anak
Ingin Dibelai, Minta Dimanjakan
Adakalanya Mereka Seperti Nenek
Berleter Seadanya, Merungut Semahuannya.
Namun, Teman Kembara Dalam Kehidupan Yang Sementara Ini.
Bahagia Dan Derita Kita Sangat Berkait Dengan Mereka.
( i )
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
Pandai-pandailah memujuk
Buka telinga,
Tajamkan pendengaran,
Amati suaranya
Teliti dengan hati yang terseni
Rasional atau emosi ?
Andainya emosi,
Belailah emosi itu
Jangan cuba dihadapkan secara rasional
Kerana si dia tak akan terdaya
Mengunyah hujah,
Berilah walau seribu sebab
Lengkap dengan perangkaan statistik
Atau dokumen saintifik
Berserta dengan beberapa affidavit
Dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
Fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya,
Perhaluskan kata,
Perindahkan bahasajinakkan perasaan,
Hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
Cuba gunakan sentuhan
Semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
Emosi isteri
Bagai riak-riak air dalam cawan
Jangan digoncang......
Buat selamba
Lambat laun, gelombang akan tenang
Air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....
Kalau ternyata,
Rajuknya berfakta
Masamnya berdata,
Geramnya berilmiah
Marahnya ada prima facie
Ini rajuk taraf tinggi namanya
Perlu ditangani berhati-hati
Kalau ternyata benar,
Apa salahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
Katakan " Sayang....abang alpa "
Bisikkan " Darling.. I lupa.."
Hulurkan tangan,
Pinta kemaafan
Pendekatan kasanova,
Tapi hati suci.
Rajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam
Tetapi...
Kalau kena cicahnya
Enaknya akan terasa.
Ingat,
Api yang panas,
Padam oleh salji yang dingin.
( ii )
Arghh...
Tiba-tiba isteri merungut
Malah kadangkala agak mengugut
Minta aksesori serta perabut
Minta Villa yang tersergam indah
Atau mahligai di lereng bukit
Sedangkan kita bukan Shah Jehan
Yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
Tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
Yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....segermelapan intan " ...
Sedangkan ditangan kitacuma cincin tembaga.
Aduh...
Peritnya mengukur cinta
Dalam ukuran mayam atau menimbang setia
Menerusi Bursa Saham papan utama
Kasih isteri, turun naik
Mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
Diakan dulu pilihan kita ?
Semasa mekarnya
Dia dihargai, dipuja-puji
Dia kini sudah menjadi ibupada anak-anak kita
Sudah takdir...
Permata yang dipilihperlu digilap semula.
Namun
Putus asa jangan sekali
Terimalah dia, dengan redha.
Justeru isteri
Pada hakikatnya
Adalah bayang-bayang suami
Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
Luruskan dengan berhati-hati bertegas
Tapi jangan berkeras
Lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
Lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama
Bisikkanlah " Duhai isteriku...marilah kita bina perkahwinan ini
Dengan cinta yang sejati
Marilah kita kutip rezeki
Dengan keringat tersuci
Kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
Padamu isteri,istanamu, di hati ini
Padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."
( iii )
Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
Usia meningkat kecantikan tergugat
Dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
Betis, tidak lagi bunting padi
Pipi, bukan lagi pauh dilayang
Apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
Jika berkurang, nyatalah cinta kita
Selama ini cinta di mata bertapak di body
Tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
Ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
Itulah cinta sejati.
Namun tidak salah di samping menyanjung budi,
Kita merampingkan 'body' kalau ada kesempatan
Ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
Tapi ingat niat kerana Tuhan
Bukan kerana ingin kuruskan badan
Tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
Sama-samalah merampinkan badan yang terlebih dikurangkan
Jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
Apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
Tapi kini saat menghitung dosa lalu
Ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
Moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
Di dunia ini dan di akhirat nanti
Itulah yang dikatakan
Hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.
( iv )
Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
Kekadang disergahnya kita
Ketika keringat masih membasah
Baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri
Mungkin kita berdosa dengan Tuhan
Atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
Yang telah kita lakukan.
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
Secara 'indirect' dari Tuhan
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji diri satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah.
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah baik-baik
Bukan senang nak senang
Ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
Akan mendapat pahala Nabi Ayub
Atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
Ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita.
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "
( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
Si diaku, si diamucinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
Biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
Yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
Yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir
Isteri atau kad ulang tahun perkahwinan
Atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami
Yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.
Isteri...
Tidak kutagih setia,
Sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu.....
Seorang isteri.

MUTIARA HARI INI

Kegelapan ada 5 macam dan lampu juga ada 5 macam,

1. Percintaan dunia adalah gelap dan lampunya ialah TAQWA
2. Segala rupa maksiat adalag gelap dan lampunya ialah TAUBAT
3. Kubur adalah gelap dan lampunya ialah LAILAHAILLALLAH
4. Akhirat adalah gelap dan lampunya ialah AMAL YANG SOLEH
5. Jambatan sirat adalah gelap dan lampunya ialah YAKIN

Ceritaku...

Penat rasanya, malam-malam ni dengan tugasan yang anyak juga....klik google nak cari tentang ilmu falaq, sebab subjek komunikasi dan dakwah group ana kene buat laman web, jadi kami dah bincang dan semua setuju untuk wat tentang ilmu falaq..Best rasanya tajuk ni, sebab berpeluang untuk mengkaji tentang astronomi ni, sebab kalau ikut kalender islam tiap-tiap 15 hb, apa yang ana suka tengok ialah bulan, bulan penuh nampak cantik...ana memang suka...

Kelas pagi tadi, wah-wah, agak menagntuk, tersengguk-sengguk kepala ni menahan ngantuk, lecturer ajar dekat depan ana mengantuk, tidoq lambat siapkan tugasan...huhuhu...amat memenatkan, tapi itulahkan..buat keje last minit, memang padan muka sendirilah...2 hari lepas pi pepustakaan, ana pinjam 3 buah buku, 1 buku komunikasi massa, 1 buku novel tajuk dia "air mata adam" dengan 1 buku islamik tentang "Memupuk cinta kepada Allah". tak berkesempatan lagi baca ketiga2 buku ni, siap semuanye baru ana baca...

Malam Yang Hening

huhu errr....hari ni, macam-macam buat...banyak dengan assigment, dengan interview, dengan buat kerja last minute. Agak kelam kabut dan penat. Baru terasa penat letih disegenap tubuhku ini. Pagi-pagi jam 8 pagi kelas sampai jam 12 tengah hari. Pergi cc dengan member untuk siapkan tugasan. kepala agak pening satu hari mengadap laptop. Nak buat bermacam-macam kerja. Terasa nak pitam, nak pengsan semua ada. Lepas isyak tadi pergi cafe baru nak print tugasan yang dah siap dan ada file yang tak simpan dalam pendrive terpaksa balik bilik dan tak pergi ke cafe tadi terus pergi bilik kawan nak print tugasan alang-alang harga sama satu paper RM0.30 baik pergi je, dah terdesak sangat. Macam-macam perkara jadi hari ni. Kepala yang berdenyut-denyut minta kawan picitkan, hilanglah sikit sakit kepala ni. Sampai bilik dah jam 2 pagi. Memang tak ada masa sekarang dengan tugasan yang banyak. subjek semester ini agak sedikit tetapi tugasan agak memberatkan juga.

KECANTIKKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA

Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani
Lelaki yang cantik.....................
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan, Perempuan yang gagah.................
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ...

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA:
YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

DOA UNTUK KEKASIH YANG TERCINTA

Doa untuk Kekasih

DOA UNTUK YANG BERCINTA , SAPE-SAPE YANG TENGAH BERCINTA ATAU BARU NAK BERCINTA ATAU TENGAH BERTUNANG.. AMAL-AMALKANLAH DOA NIH..

'Bingkisan Doa.'

Ya Allah....
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami....
agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah...
ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan....
dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantillah yang telah hilang....
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku....
kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina Kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

DOA UNTUK ISTERI ATAU BAKAL ISTERI

Doa ini agak panjang tapi menarik.. mudah-mudahan, Allah memberi yang terbaik untuk anda.....para isteri dan bakal isteri...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku atau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
JADIKANLAH DAKU SRIKANDI PENYEJUK DI MATA ..
PENAWAR DI HATI ..
DI DUNIA DAKULAH PENYERI
DI SYURGA MENANTI DAKU BIDADARI......

50 TIP MEMIKAT LELAKI

Tidak cukup dengan 10 tips pikat lelaki, kini kami tambah dengan 50 tips cara memikat lelaki. Sebenarnya ini merupakan kesinambungan dari entri yang sebelum ini.


1.Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2.Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3.Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4.Jujur dan sentiasa merendah diri.
5.Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6.Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7.Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8.Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9.Jangan terlalu mengongkong.
10.Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11.Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12.Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
12.Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
13.Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
14.Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
15.Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
16.Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
17.Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
18.Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
19.Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
20.Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
21.Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
22.Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
Mengetahui bila hari lahirnya.
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
Manja!
Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
Jangan bersikap terlalu kuno.
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Untuk pengetahuan anda, tips yang ke-28 itu saya edit dari Agresif kepada Manja!