ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

-TaKe tiMe to ResT-

Dah seminggu aku batuk je campur demam, demam pun dah reda sikit...suhu yang tak menentu membuatkan aku rasa tak selesa nak mulakan hari-hari ini untuk kerja, cewah dah macam cerpen pendek pulak ni...hehehe....
Hari ini jumpa clien dekat gombak, memang mencabar la kerja macam ni, sapa yang rasa pasti tahu kehebatan dia, ngeh2... aku ni baru je berjinak-jinak dalam dunia pemasaran, so aku mencuba sesuatau yang baru, alhamdulillah aku insyaAllah dapat melakukannya dengan sebaik mungkin berkat sokongan dan tunjuk ajar daripada rakan sekeliling dan keluarga tercinta.
Nak kata penat tu rasanya semua kerja yang aku pernah keje, memang penat. tapi dekat sini aku belajar untuk berjumpa dengan orang-orang besar, berkomunikasi dengan baik, belajar berdikari(ehem tapi aku ni memang seorang yang berdikari,ngeh2) tapi kadang-kadang tu kene jugak ada orang disisi, kita ni mana boleh hidup sorang2 ye tak...
Program usahawan yang ditanguhkan ini membuatkan aku rasa geram sangat2, satunya kerja aku banyak tergendala. Memang perlukan kesabaran yang tinggi aku dekat sini..hehehe....bukan aku je yang marah, ramai lagi...
Stop dekat sini lah dulu, panjang lagi akau nak tulis tapi after rehat, nak balik umah sekejap....

Salam pagi buat semua, alhamdulillah, berkat kesabaran dan tunjuk ajar daripada sahabat saya Lang Biru, blog saya telah selamat diubah suai dengan begitu mengerikan lagi..rasa masuk2 mcm dah rasa rumah hantu pulak..hehehe....

Minggu ini agak sibuk jugak dengan kerja, walaupun tak banyak jumpa clien tapi banyak telah dipelajari, sibuk dengan mentelaah rate card, pakej dan sebagainya...petang tadi meeting yang tidak formal, bincang tentang pakej yang akan dibuat...

Dalam kerja banyak yang perlu dikorbankan, salah satunya ialah masa dan tenaga. hehehe...tapi kalau dah dalam kepala ini jam balik dah dekat umah sahaja yang dipikiaq...huhuhu...

Isnin dan Selasa(30 dan 31/03/09) open day for media di Mecd,Putrajaya. Usahawan yang berjaya akan datang untuk payment..heheh...Semoga Berjaya Usahawan-usahawan semua!!!
SIFAT-SIFAT 20 YANG WAJIB BAGI ALLAH
1. Wujud - ada
2. Qidam - terdahulu
3. Baqa' - kekal
4. Mukhalafatuhulilhawadits - tidak sama dengan yang baru
5. Qiyaamuhu binafsih - berdiri sendiri
6. Wahdaniyah - satu [ Tunggal ]
7. Qudrat - kuasa
8. Iradah - menentukan
9. Ilmu - tahu
10. Hayat - hidup
11. Sama' - mendengar
12. Bashar - melihat
13. Kalaam - berkata-kata
14. Qadiran - berkuasa
15. Muridan - menentukan
16. 'Aliman - mengetahui
17. Hayyan - hidup
18. Sami'an - mendengar
19. Bashiran - melihat
20. Mutakalliman - berkata

-PENTING-

Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran......
Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita.Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR ..................
Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis"Surah Injilu Matay"(Terus reject)Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tidak mengetahuinya...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya padarupanya sahaja tetapi tengok dan sel id ikilah isinya juga... tengokkeseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untukmenghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimahAl-Quran.......sebenar ayat Bible.

Peribahasa Milennium...

Tak Tahan Baca...


Peribahasa: Lembu punya susu, Nestle dapat nama.
Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.
Peribahasa: Melepaskan batuk didalam lift.
Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai! Jangan lah tempat awam yang ter-enclosed. Besar nya hamlau!
Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.
Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.
Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu lah selalunya tak bagus.
Peribahasa: Biar putih tulang jangan kuning gigi.
Maknanya: Macam mana nya hensem ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga, kuning-berkarat, jangan lah eksen kental nak tackle pompan. Geli-geman di buat nya.
Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...
Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.
Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi...... kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke....
Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......bro!!!!
Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano <-- Klassik siak!
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.
Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya: maknernyer . . maknernya................ Jgn nak tersengeh2 kat depan PC. Pi ah buat keje...chowww...

PAKEJ PERIKLANAN MENARIK...

Pihak Suara Johor Sdn Bhd (Radio Best 104 FM) kini mempelawa pihak tuan/puan untuk mengetengahkan perniagaan untuk tahun 2009 melalui pakej pengiklanan yang sedang ditawarkan :

1. Pakej Delima (RM3,402.00 termasuk 5% cukai kerajaan)
30 Spot Iklan x 30 Saat Iklan
PERCUMA : 30 Spot Iklan x 30 Saat Iklan
: Kos Produksi

2. Pakej Zamrud (RM3,442.95 termasuk 5% cukai kerajaan)
3 sesi temubual x 15 minit
PERCUMA : 1 Sesi temubual x 15 minit
: 20 Spot x 30 Saat Promo Rancangan
: 12 Spot x 30 Saat Iklan
: Kos Produksi

Berikut disertakan sekali risalah pakej iklan, profile radio & rate card (normal price) bagi Radio Best 104 FM

Sekian, Terima Kasih.

p/s : Banyak pakej yang menarik menanti anda…boleh terus hubungi saya dan set temujanji.


SUARA JOHOR SDN BHD
Bukit Pelangi, Jalan Pasir Pelangi
80050 Johor Bahru,
Johor.

Tel : 07-331 4104
Fax : 07-335 1104

Pejabat Jualan Kuala Lumpur:


Adex Media Sdn Bhd
2770-B Jalan Changkat Permata,
Taman Permata ,
53300 Kuala Lumpur.

Siti Nor Fatahya binti Shaiful Bahkri
Account Executive

H/P: 012-2453475 (Siti)
Tel: 03-4108 7805
Fax: 03-4108 3853
Larangan memakan harta orang lain dengan jalan yang salah dan larangan berbunuhan. Ancaman siksa yang pedih bagi pelakunya.
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangnya) . (Surah Annisa: 29-30)

MINGGU KAWAN SEDUNIA

HADIAH UNTUK KAWAN-KAWAN,
SAHABAT,TEMAN...
SEMPENA
MINGGU KAWAN SEDUNIA
yang ku sayangi, cintai dan sanjungi selama ini...Walaupun hadiah ini tak dapat dipegang tak dapat dirasa tapi amat bermakna sangat-sangat...semoga kalian dapat menerima ini dengan hati yang terbuka dan menerima kehadiran diri ini. Semoga kita akan saling tegur menegur antara satu sama lain dan merapatkan ukhuwah silatulrahim dengan lebih kuat lagi...
Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??


Mereka berkedip bersama..... ......,


Bergerak bersama...... .....,


Menangis bersama..... ......,


Melihat bersama dan......... .,


Tidur bersama..... .....


Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.....


PERSAHABATAN seharusnya seperti itu......... ....


Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN ............ .


Hari ini adalah MINGGU KAWAN SEDUNIA ........... Siapa kawan anda ??


Hantar surat ini kepada semua kawan-kawan..... Termasuk saya jika saya salah seorang kawan anda....... Lihat berapa banyak anda dapat balik daripada mereka, Jika anda mendapat lebih drpd 3..... Itu bermakna anda adalah seorang


"KAWAN YANG PENYAYANG.."



...KITA KAWAN KAN...

Saya hadiahkan kepada kawan-kawan yang sangat saya sayang tanpa mereka mungkin saya akan menjadi tidak ceria. Pertama saya nak hadiahkan buat sahabat yang rapat dengan saya Nana, walaupun insan ini tak ada blog dan jarang-jarang masuk, tapi dia senang nak on9, coz ada broadband celcom..tututtt...heheh...dia ni kawan saya dari sekolah rendah sampai sekarang, i miss u so munch nana..and fatahya doakan semoga hubungan yang dibina bersama insan tersayang akan berakhir ke jinjang pelamin...na banyak sangat yang kita tempuh suka,duka tapi kita tetap bersama kerana kita pandang bulan yang sama..kekekeke...

==ac sahabatku di kolej, hanya beberapa bulan je kenal, dah berjauhan...dia ni memang kawan yang baik, walau pada mulanya nampak macam nak main-main tapi dah keal very sporting and sempoi boy...lama-lama nampak cute jugek..hehe...(acap siti nak mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap selama ini..banyak siti dah buat pada acap kadang-kadang ada yang siti tak perasan pernah sakitkan hati acap ye)..

==Insan ni datang tanpa diduga, my member ni yang kenalkan (ac t.Q) this boy very alim and nice alwayz..tak sangka dapat berkawan dengan dia..FiQ...Mula-mula ct rasa yang ct tak boleh masuk dengan dia, tapi lama-lama alhamdulillah Allah masih kuatkan hati dan beri semangat untuk terus bersabar sehingga pada satu masa ct dapat sesuaikan diri dengan dia...Rasa bersyukur tak tahu nak cakap macam mana, ct sukar untuk sesuaikan diri dengan mana-mana boy, nampak peramah tapi untuk kenal dengan lebih rapat agak sukar...t.q so much fiQ selama ni bertahan dengan karenah ct...kerana keikhlasan, kejujuran dan seangkatan dengannya yang ada yang awak tunjukkan pada saya, saya akan jaga persahabatan ini dengan sebaik mungkin...

==Mahabbah, insan ini selalu masuk blog ct kadang-kadang melawat-lawat tengah-tengah malam, bagi komen, borak-borak...heheh..memang terhibur ngan dia,baik budaknye...kadang ct pun selalu melawat and merayap-rayap dekat blog dia, heheh, banyak ilmu yang boleh dikongsi... t.q mahabbah..semoga ukhuwah yang dibina akan berkekalan...

==Lang Biru, insan ni selalu bagi semangat untuk ct cantik-cantikkan blog ni..hehe...walaupun tak selalu tapi dia melawat-lawat juga blog ct..t.q...sampaikan salam pada wife...

==Pemuda Lening...dia pun ada melawat dan bagi komen..walaupun tak selalu tapi menjadi kawan ct dalam menyokong menyampaikan dakwah-dakwah disini untuk sama-sama kita share...

==Amin Khalidy, blog dia ada jugak ct melawat-lawat, banyak yang ct dapat..best blog dia..heheh...kadang-kadang ct curi-curi jalan-jalan dekat sana ye cari-cari maklumat...teruskan usaha amin...

==Buat kawan-kawan kelas Diploma Komunikasi,i miss u all, semoga ukuwah kita terbina hingga ke akhirnya...segala maklumat nak buat reunion ke kita leh discuss ye..so jgn lupa kengkawan ye...segala maklumat peribadi, no tepon, alamat kalo ada yg bertukar tu infom ye..mana tau nanti sapa2 nak kawin kan senang nak contact..kui3...

all da best my friends.....

==nisacyber...insan ini selau borak-borak di ym..walaupun dia tak join lagi blog ct, ukhuwah kami dah terjalin...so pandai cakap arab budak ni...kadang-kadang bercakap sikit-sikit jeq dengan nisa ni coz arab ct kureng sikit tapi faham...hehehe...nisa terimalah hadiah yang tak seberapa ini..ingat ct selamanya...

==budak-budak bilik C401, u all memang adik-adik yang baik, dan sorang kakak dalam bilik ni, kak ina..memang best sporting jeq semua...walaupun banyak masalah tapi kita tetap bersama kan...buat kak ina, mas, dini, ain, and adikku yang tertinggal pulak sbb berlainan bilik...zainab..akak doakan semoga berjaya dalam exam nanti..doakan akak juga ye...semoga persahabatan kita tak tamat macam itu sahaja...

==Muslim Voice...Akademi Nasyid...hehehe...dah jadi kawan dekat sini mula-mula ingt faizal tahir..kui3...upa2nye...tidak..so dia ni pun jarang-jarang buka blog ct..tapi selalu bg komen..sekarang ni dah jarang sebab dia bz...yea2...

Kalian semua amat saya hargai sampai bila-bila...
Jika ada salah dan silap sama-samalah kita saling tegur menegur antara satu sama lain..

Yang Ikhlas

_ct_fatahya_

ROMANTIKNYA RASULULLAH S.A.W

"SIFAT ROMANTIK NABI"



Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."


Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.


Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".


Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kitatauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga.


Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.


"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajahorang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'AlaminSabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demikebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya...


==kisah ini saya dapat melalui email, seorang sahabat saya yang hantar dan suka saya letakkan disini untuk dikongsi bersama...betapa kisah boleh jadikan ini sebagai panduan kepada diri kita..kerana yang baik itu amat dituntut sekali untuk kita ikuti dan yang sebaliknya perlu dijauhkan...


==bila baca banyak kali, memang selalu impikan seorang insan yang sebegini, tapi siapalah diri ini, tak semua akan kita dapat dan genggam...kalau inginkan kejayaan perlu ada usaha, kalau impikan seorang teman hidup yang diimpikan perlu jga berusaha, berdoa. Perlu redha dengan ketentuan, kerana tak semua yang diimpikan akan kita dapat...


==kesimpulannya terimalah dengan apa yang kita ada...bersyukurlah dengan nikmat yang diberi dan redhalah dengan apa yang berlaku, kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi...


_ct_fatahya_
Keheningan malam makin terasa..wah dah macam tulis novel dah...penat tak hilang coz baru balik dari rumah kak long and abg long...biasalah hari-hari cuti yang panjang ni tak sah kalau tak berkunjung kerumah mereka...hari ni banyak makan sebab makanan sedap giler...
alhamdulillah keputusan yang aku terima sangat baik, aku bersyukur pada-Mu ya Allah kerana telah memberikan kesempatan ini untuk aku terus melebarkan sayapku untuk melankah setapak demi setapak demi masa depanku...
dalam perancangan jangka pendek mungkin aku akan sambung study diperingkat digree, but tengah berusaha untuk cari pekerjaan yang baik untuk masa depan aku dan keluarga...
kepuasan yang aku cari....jeng-jeng....
AYAH

Ditujukan khas buat kaum lelaki di sini yang
bergelar ayah dan juga untuk ayahku
yang sentiasa dalam ingatan,sebagai penghargaan.
Jagalah perasaan dan jangan
abaikan mereka selagi masih hidup.
Pic dibawah hanya hiasan.

AYAH

Kaulah duta hatiku
Melayari tanpa rasa jemu
Melukis warna kehidupanku
Mengajar kebahagiaan
Meneguk manis pahit

Ayah!
Merenung menjelajah ke depan
Kau lontar panah-panah
Memanahi satu kehidupan
Antara suka dan duka
Meneruskan pelayaran
Tanpa minta balasan

Ayah!
Dikala mengejar
Kau terlupa
Wadah buatmu sendiri
Tiada keluhan kehampaan
Kau meniti batas-batas waktu
Tanpa banyak bicara

Ayah!
Jasamu ku simpan rapi
Tak mampu menghitung
Tak setanding mutiara di dasar laut
Juga tiada hiasan yang setanding
Dengan kemuliaanmu.
Sentiasa segar dalam ingatan

Dari anak tersayang
Dec 2008

(Sayu hati baca ni...untuk sahabat-sahabatku..renungilah...untuk tatapan semua...siti copy dari email yang dihantar oleh sahabat sejati...)

TANDA - TANDA BERBOHONG

BERAPA KERAP ANDA PERASAN BAHAWA TIBA-TIBA TEMAN LELAKI ATAU PASANGANMEMBOHONGI ANDA? ADA SAHAJA ALASAN YANG DIBERI SEHINGGA ANDA MERASAKANADA SESUATU YANG DISELINDUNGKAN. ITU JIKA ANDA MENGESANNYA DENGAN LEBIHAWAL DAN ANDA TAHU DIA MEMANG SEDANG BERBOHONG. TETAPI BAGAIMANA PULAJIKA SI DIA SEDIKIT PUN TIDAK MENUNJUKKAN BAHAWA DIA SEDANG BERBOHONGDAN ANDA TERUS-TERUSAN MEMPERCAYAINYA.
Jangan risau, tip dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda berbohong atau tidak.
Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akandipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenalisebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan andadan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatuyang diselindungkannya.

Menutup mulut

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabilaberbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir darisegi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidakberbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cubamenghalangnya.

Gagap

Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagapmerupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiadaapa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain sepertisedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebutberbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dansidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atastindakannya itu.

Pergerakan mata

Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandangtepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangandari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada jugakeadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip denganbanyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yangberkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normalsahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka ciptapembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainyamerupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah

Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabilaseseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dantidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, iniberkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang ituberbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannyadengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinyaberbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkinmerupakan tanda orang tersebut berbohong.
BERDOALAHAngkatlah telapak tanganmu menengadah kepada ALLAH.
Katakanlah semua keperluanmu, mintalah yang kamu inginkan
mintalah rezeki anda dan adukan semua keadaanmu.
Berapa banyak kalian meminta tetapi Dia selalu memberi.
berapa banyak kalian memohon dan Dia pun memberi secara percuma,
berapa banyak kalian telah melakukan kesalah dan Dia meluruskan,
berapa banyak kalian mengalami kesulitandan Dia kemudian memudahkan.
Dan berapa banyak kalianberdoa lalu ALLAH mengabulkannya.


IMAN

Iman adalah kekuatan hidup, memerlukan kebenaran.

Juga keberanian berjalan mencapai tujuan yang lebih jauh daripada apa yang di lihat.


Tidak sempurna iman seseorang sebelum dia mencintai sesamanya seperti mencintai diri sendiri.

Dan tidak dapat tegak lurus iman seseorang sehingga hatinya juga lurus dan hati itu tidak dapat lurus sebelum lidahnya jujur.

Keimanan adalah tenaga kehidupan.

Bibit iman yang kecil lebih baik daripada kebahagian yang paling besar.

Tanpaiman, kita bagaikan kaca jendela yang kotor ditengahkegelapan.

Apabila anda mahu menggunakan akal dan ilmu pengetahuan yang anda miliki semaksimum mungkin, maka anda di paksaoleh kedua-duanya bagi beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Orang yang tergamak melakukan perbuatan yang ditegah agama menandakan ketidak sempurnaan iman di jiwanya.

Sesungguhnya kekuatan iman itu dinilai pada sejauh mana seseorang itu dapat membendung hasutan nafsunya serta menjauhi bisikan-bisikan jahat yang menggodanya.

Oleh itu amat penting bagi setiap mukmin sentiasa menjaga pergaulan- nya agar tidak terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat yang berlaku di sekitarnya.


BoiKoT BaranGan ISRAEL

*--IKIM--*
*--seGmeN naSyiD..heHe..--*
*--Dj ZaRita anD ustaZ iRwaN--*
*--SaHabaT sePerjuaNgan TaLbiYah--*
*--WitH aBg aFif daRi uNit PrograM PPLI--*
maKLumat pEnting darI En.RohaizaD baHagiaN peNerbitaN
KhusYuK tuNjuk aJar daRipaDa aBg HafidZ uNit pEneRbitaN
*--JaMuaN pErpisaHaN daRi waRGa PPLI--*
Bos yaNg sPortiNgs Ir. Ahmad Jais b. Alias witH En. Asim pEgaWai pEntafsiR
*--KaK MaI mY cLoze fRieNds--*

----TraninG wEeKs---

---> Logo IKIM, tempat Praktikal saya selama 3 bulan, banyak sangat pengalaman yang dapat dekat sini...masuk kerja jam 8 pagi hingga 5 petang...Isnin hingga Jumaat...




<--->Atas ni siti dengan Ustaz Akil Hayy, Hari Raya Aidilfitri...Jamuan Hari Raya Di IKIM...Ramai artis yang dipanggil, minat yang ini, very rock..hehehe...tetap sempoi... Suasana meriah dengan kehadiran kakitangan dan Dj2 IKIM...



My cUte fRieNds...*KaK uMmU anD saHabaTkU taLbiYah* miZZ u aLwaYz...



*--PeSerta PDRM yaNg haDir uNtuK BenGkeL dI IKIM--*


-------------------LokaSi IKIM---------------------------


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh....
Sahabat-sahabatku sekalian, teman-teman seperjuangan, diri ini ingin memoon ampun dan maaf andai ada melakukan kesilapan yang tidak disedari, harap diri ini dimaafkan dari hujung rambut sampai hujung kaki..doakanlah sahabatmu ini semoga sentiasa terpelihara iman dan akidah...
Rasanya dah lama hampir 3 bulan saya tidak mengedit blog ini. terlalu busy dengan praktikal dan kerja-kerja yang lain.Hampir tiap-tiap minggu penuh dengan aktiviti yang tidak dapat dielakkan. Hari bekerja pula penuh dengan bengkel, forum, failling data, buat folder peserta, tag nama dan sebagainya. Syukur alhamdulillah semua ini dapat diselesaikan dengan sempurna.
Tiga bulan praktikal telah pun tamat, sekarang busy dengan penulisan report untuk di jilidkan dan perlu dihantar kepada pensyarah seminggu selepas tamat praktikal. Masa yang diperlukan amat pantas sekali dan perlu berkejar untuk semuanya. Inilah yang dapat dilihat aktiviti seharian semakin mematangkan diri... Ilmu perlu dicari sehingga kemana sahaja kita pergi...
Terasa rindu dengan kawan-kawan, rasa tak tertahan diri merindui teman-teman sekuliah yang sama-sama merasai suka dan duka semasa bergelar sisiwi dan siswa dahulu... kalau masa boleh berputar akanku putar kembali...heheh...
JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd,
OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail,

hendaklah kamu mengambil ikan itu....


Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia
akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin
TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada

takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....

cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..

Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....

Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,


TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu
ISTIMEWA....


Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya. ...

akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan
TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk
dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah,

cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....

yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.


MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. .. Mengapa kamu berlengah,


cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar
KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia
menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL....



Thanks & best regards,
Nurnarita Muhammad Safian
"GOOD THINGS COME TO THOSE WHO CAN WAIT..."