ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

KEMBALI DENGAN WAJAH BARU!!!

Jeng...Jeng...Jeng kembali daku dengan wajah yang baru. Alhamdulillah banyak sangat pemilihan untuk layout blogku ini, akhirnya inilah yang terpilih. Nampak seperti kebudak-budakkan atau lebih senang keremajaan, simple and sweet. Berkenan jugalah dengan designnye.

Masih diberi kesempatan untuk terus berkarya dan meluahkan segala isi hati yang sedalam-dalamnya di dalam blog ni. Tempat meluahkan segala isi hati yang terpendam jauh ke dasarnya. Akanku berikan sepenuh perhatian untuk sentiasa mengupdate dan memberikan keceriaan di dalam blog nih. Bukan sahaja keceriaan untuk diriku malah keceriaan untuk pengarang jantung hatiku ini...Hehehe...Sapa lagi blog ni lah. :)

Untuk karya seterusnya rasanya tak sempat untuk dicoretkan malam ini. Nampaknya batery laptopku semakin menunjukkan kemerah-merahannya. Tanda yang aku tidak suka melihatnya. Hehehehe....memandangkan charge batery laptopku rosak terpaksalah aku bertahan dan bersabar untuk beberapa hari ini. Aduhai rindulah aku disini.

InsyaAllah akanku coretkan segala isi hatiku disini.  Biarkan hatiku sentiasa tenang setenang air di lautan dan angin di daratan. Wah, ayat berbunga-bunga. :)

Corat Coret 2010 Part II

Sambungan dari Corat Coret 2010 Part I.


Sedikit sahaja sambungan dalam Part II ni. Begitulah rutinku hari-hari. InsyaAllah sekiranya bersabar pasti banyak ganjaran yang diterima.

Hari ini aku menonton cerekarama di TV2 yang bertajuk "Nahi Mungkar". Antara barisan pelakon yang berlakon dalam drama tu Zamarul Hisyam. Pengajaran yang boleh disimpulkan dalam cerita ini adalah segala perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikkan dan segala perbuatan jahat akan dibalas dengan hukuman. Begitu besarnya kuasa Allah S.W.T sehingga tiada siapa yang dapat melawan kekuasaanya. Sebagai hamba kita patut bersyukur dengan apa yang telah diberikannya kepada kita. Apa yang ada hanyalah pinjaman semata-mata. Walaupun kita punyai pangkat dan darjat yang besar tetapi disisi-Nya kita bukan siapa-siapa. Hanyalah insan yang kerdil lagi hina disisi-Nya.

Aku terfikr sejenak dan mulai tersedar betapa manusia ini lemah. Mudah di tipu dan diputarbelitkan dengan kata-kata yang akan memusnahkan hidupnya sendiri secara tidak disedarinya. Melainkan iman yang ada pada dirinya benar-benar kuat dan berpegang teguh dengan Allah. Syaitan adalah musuh kita yang paling kuat. Aku juga sebagai manusia biasa kadang-kadang terlalu lalai dan leka dengan kehidupan duniawi semata-mata. Tetapi aku bersyukur dikurniakan kedua ibu bapa yang membesarkan aku dan mengenalkan aku pada pencipta-Nya. Setiap kali aku terlalai ada yang mengingatkan. Terima kasih Mak dan Abah kerana berjaya menjaga anakmu ini. Jasa kalian tidak akan dilupakan walau dimana sahaja anakmu berada.

Sebagai insan kita haruslah bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun apa yang kita terima tidak memadai tanamkanlah sifat sabar dan sentiasa bersyukur dengan semuanya. Pasti ada hikmah disebalik yang berlaku. Pasti akan diturunkan rezeki yang melimpah ruah sekiranya rasa syukur itu ada dalam diri kita. Didiklah diri dengan iman dan taqwa. Kuatkanlah hati dengan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan berusaha sehabis mungkin untuk masa hadapan. Perjuangan perlu diteruskan sehingga titisan darah yang terakhir.

Buat diri aku juga, banyak yang aku tinggalkan dan banyak juga yang aku terlupa. Aku perlu istiqamah dalam apa jua perkara yang aku lakukan. Setiap kesabaran, setiap cabaran pasti ada ganjaran yang akan diterima suatu hari nanti. Allah itu maha mendengar. Segala rintihan dan permintaan hambanya pasti akan dimakbulkan seandainya sifat sabar itu sentiasa tertanam dalam diri. InsyaAllah semuanya pasti akan termakbul jua.

Faktor kawan-kawan juga memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita. Kawan yang baik maka baiklah kita, kawan yang merosakkan maka rosaklah kita. Tanggungjawab kita adalah jangan sampai tersalah memilih kawan. Bak kata pepatah "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" Ehem...memang benar, tetapi haruslah memilih kawan yang baik dan mengajak kita kearah kebaikkan bukan kejalan yang akan memusnahkan hidup kita. "Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak perbuatan buruk padahnya" dalam pepatah ini dapat disimpulkan. Setiap apa yang kita hendak lakukan berfikirlah sepanjang-panjangnya jangan menyesal dikemudian hari. Kerana perkara yang telah terjadi tidak akan berpatah menjadi asalya melainkan dengan bertaubat kepada Allah.

Agama Islam itu suci. Jangan biarkan kita mengotorkannya dengan melakukan perbuatan yang melanggar syariat. Berpegang teguhlah kamu dengan agama Allah. Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran. Itu sahaja yang dapat saya akhirinya. Mudah-mudahan diri saya dijaga dan terjaga. Jauhilah dengan perkara-perkara yang menyesatkan ini. InsyaAllah.

CORAT-CORET 2010 PART II

Bertemu kembali...Setelah beberapa hari meninggalkan My Lovely Home ni terasa rindu yang amat sangat kerana disinilah tempatku meluahkan apa yang terbuku, berkongsi dan sebagainya.

-Pengisian Program hari ini :
   a. Kerja seperti biasa dari jam 9am-5pm.
(Di office banyak kerja yang perlu disiapkan, hampir hari-hari kerja tak pernah habis. Bukan berkurang tapi makin bertambah adalah.)

   b.  Rehat. Tapi hari ini tak makan pun dari pagi sampai petang. Balik rumah baru makan. Diet sikit,  tapi nak kata diet tak jugak memang takde selera makan.

   c.  Macam biasa buka facebook, Blogger, Game dan yang seangkatan dengannya untuk tenang fikiran.

   d.  On-Air di Radio Ikim.fm (Kembara Ukhuwah Surabaya). Ustaz Jalan, Ustaz Azhar dan Sarah ke sana.

   e.  Macam biasa saya menjaga panggilan dari pendengar setia Kembara Ukhuwah.


Itu yang saya ingat. Ada banyak lagi tapi saya tak ingat sangat.

Makin hari makin mantap dalam banyak hal. Itulah roda kehidupan manusia, ada kala berada di atas dan ada kala berada di bawah. Lagi banyak usaha yang dibuat lagi banyak hasil yang kita dapat. Lagi menguntungkan lagi banyak yang datang bergolek-golek.

Langkah telah dicipta dan tunggu apa yang berlaku seterusnya.
          

~CORAT-CORET 2010 PART 1~

Salam Ya Salam...

Syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya ana masih lagi bernafas dan diberikan usia yang panjang untuk menikmati sisa-sisa hidup ini. InsyaAllah, mudah-mudahan akan digunakan dengan sebaiknya.

Barulah ada masa untuk mengedit blog ini. Dah lama rasanya tak mengedit dan meluang-luangkan masa di alam mayaku ini. :). Terasa rindu yang teramat sangat untuk berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang akhir tahun lepas 2009 dan juga tahun ini 2010. Membuka lembaran baru dengan azam yang baru dan titik permulaan yang baru. (Hanya ana je yang tahu apakah lembaran itu). Tetapi apa yang penting ana perlu seiringkan masa dan keadaan untuk terus kehadapan dan mencabar diri untuk menjadi lebih baik. Perlukan agresif dan inivatif. (Ehem...psst...jangan tanya apa ni ye saya je yang tahu) hehehe..:).

Sepanjang akhir tahun lepas banyak sangat dugaan dan keperitan yang aku alami. Dari segi dalaman dan luaran. Wah bunyi agak menakutkan je ye. Masalah yang agak rumit tapi boleh diselesaikan dengan baik dan berhemah.

Aku flashback semula apa yang berlaku sebelum ni. Banyak sangat tapi apa yang ingat aku akan tulislah. Aku kehilangan "Nenek Kesayanganku" pada bulan januari 2010. Agak sekejap juga masa berlalu tetapi sempat jugak aku tersenyum dan bergurau dengan arwah nenekku. Apa yang tidak dapat dilupakan. Setelah akhir hayatnya kami sekeluarga, anak-anak arwah, cucu-cucunya, cicit-cicitnya dan jiran tetangga tidak lepas menyedekahkan Al-Fatihah dan Yasin buat arwah nendaku.  Kali terakhir aku juga turut serta dalam proses memandikan mayat, mengkafankan dan mengsolatkan jenazah arwah nendaku. Inilah kali pertama aku menguruskan jenazah. Syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Inilah pengakhiran hayat manusia, tiada siapa yang akan hidup beribu tahun melainkan Allah. Kita adalah peminjam atas bumi ini. Apa yang kita patut lakukan adalah dengan sentiasa beramal dan meninggalkan apa yang dilarangan-Nya. Kehidupan manusia terlalu singgat. Jadi gunakanlah masa ini dengan mendekatkan diri kepada-Nya. 

Sedekahkan Al-Fatihah buat nendaku. Semoga rohmu dicuci rahmat dan tenang disana. Amin.

Tutup cerita ini dan aku buka cerita baru.

Kisah sedih yang lama-lama telah aku tanam jauh-jauh. Sejauh mana, dan dimana aku pun tak tahu. Tetapi memang jauhlah. Hehehe.:). Tahun baru, semuanya kene baru, tapi buat yang dan ada kekasih hati tu jangan pulak nak baru lagi-lagi yang dah kawin. Setia pada yang satu. :).

Semuanya kenalah gembira dan tenang lagi aman. Aku banyak nak kongsi tapi banyak yang aku lupa. Dalam kotak memori aku ni apa yang aku ingat adalah kisah-kisah gumbira sahaja. :).  Kisah lucu banyak sangat tapi aku tak tahu nak kongsi kisah ni macam mana. Bak kata pepatah aku tak tahu nak tulis lucunya bagaimana.hehehe...

Aku akan edit dari masa ke semana. Takat inilah dlu yang dapat dicoretkan. Hari pun dah lewat malam. Ehem dah pai rupanya. So terpaksalah aku tidur. Esok nak bangun pagi, bangunsubuh dan banyak kerja yang nak dilakukan lagi. Nasiblah hari cuti. Yea...Cuti...hehehe..kalau bleh sambung hari selasa lagi bagus. Tapi tak dapat...rasa muram la sebab semuanya cuti aku sorang je yang kerja. Uwaaaa.... Tapi takpa itulah namanya ikhlas. Kenalah ikhlas walaupun banyak dugaan. Iman kene kuat inilah salah satu ibadah namanya. :)

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1431




Syukur Alhamdulillah, Dengan Limpah Kurnia-Nya dengan Izin-Nya saya masih diberikan kesempatan dan peluang untuk terus hidup di dunia ini. Semoga amalan dan amal kebajikan dapat dimantapkan dari hari ke hari dan seterusnya.


Berakhir sudah bulan Zulhijjah dalam bulan islam. Esok merupakan tahun baru islam, 1 Muharam 1431 Hijrah.  Dimana kita berazam menjadi terbaik dari yang terbaik. Berazam sesuatu yang baru dan mentop-up segala kekurangan yang ada pada diri kita. Tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan diri kita sendiri. Kesempatan yang ada ini kita perlu gunakan dengan sebaiknya.


Saya perlu berubah dari semasa ke semasa. Banyak ilmu yang perlu saya top-up dari pelbagai segi. Subhanallah banyak sebenarnya yang ketinggalan. Berguru dengan ilmu dan menjadi pendidik yang baik.


Apabila tiba akhir bulan Zulhijjah. Seluruh umat islam akan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Sempena menyambut tahun baru islam dimana kita sentiasa berhijrah dari segi pemikiran, hijrah dari segi amalan dan hijrah dari segi ilmuan dan banyak lagi.





Doa Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca doa ini, maka syaitan akan berkata
"Hampalah kami disepanjang tahun ini"







Maksudnya :




Allah S.W.T berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.




Wahai tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan dimana dimana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.




Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu. Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka. 




Doa Awal Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insyaAlah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun.







Maksudnya :


Allah S.W.T berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim yang awal dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tenera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu. Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

~StoRy aBout mE~


Penatnye..penat sangat... Malam dah aku lihat dilangit dan di diawan biru, bintang-bintang bertaburan dan menerangi seluruh alam maya. Cewah, ayat berbunga-bunga sikit malamni..hehehe. Ada juga masa untukku mengupdate segala isi-isi penting buat tatapan blogku. Terasa kurang jika tidak mengakses blog ni. Banyak cerita yang ingin dikongsi. Banyak sangat dan terlalu banyak.


Syukur alhamdulillah, aku dah mula bekerja semula, setelah sekian lama menyepi, cewah... penat.penat..penat... campur mengantuk. Banyak sangat kerja yang perlu dihabiskan. Aku terlalu fokus...fokus dan fokus. Buat adik-adikku, maaf sekiranya akak tak terlayan ye... hehehe... my office dekat je, takdelah jauh sangat dari rumah tapi jalan kaki memang lambat sampailah dan seelok-eloknya kene naik kereta :-). Banyak sangat aku makan sekarang ni tapi jarang makan dekat umah, windunye masakan mak. Nak makan lauk-lauk yang mak masak...hehehe... Pagi, Tengahari, Petang sampai Malam, makan...makan...dan makan....kil3, makin lama makin tembam aku dekat sana. Hari ni aku mengcompile segala maklumat-maklumat peserta Qurban dan Kembara Qurban. Agak mencabar jugak buat pertama kalinya, ada jugak banyak kesilapan yang aku buat. Antaranya macam biasalah kesalahan ejaan dan tanda-tanda yang agak kurang sama dengan borang yang diisikan oleh peserta. Biasalah perkara kecil..hehehe... small mater ...


Semalam aku tak sangka kawan aku hantar mesej. Actually, now my friends menjalankan ibadah haji dan sekarang masih di Mekah. Tanah suci Mekah. Tak sangka dia ingat aku dekat sini. TQ so much. Apa yang saya boleh ucapkan hanyalah mengirimkan doa kepadanya supaya diberikan kesihatan yang baik supaya dapat menjalankan ibadah dengan baik dan pulang mendapat haji mabrur. Amin... 

Owh ye, aku geram sangat, habis maklumat dan link-link sahabat, kawan-kawan link artis dalam blog aku hilang. Aku tak tahu mcm mana boleh hilang. Banyak yang aku tak ingat. Auhai....


Banyak sebenarnya yang nak dikongsi dalam ni, memangdangkan mata yang semakin lama semakin mengecil dan kuyu. Sampai disini sahaja yang dapat dikongsi dulu. Rasa tak larat sangat dan letih. Hehehe.. next time or tomorrow i 'll stay here and write my story . I miss so much with my friends, my roomate and mak angkat dan segala-gala yang berkaitan. Hehehe....

~SHOOPING-SHOOPING~

~Siapalah wanita tanpa aksesori dan barang-barang kecantikkan. Itulah yang saya sering dengar daripada mulut-mulut kaum wanita yang sangat mementingkan keterampilan diri yang sentiasa terjaga dan kelihatan rapi apabila beradapan di khalayak ramai~




~Saya juga salah seorang yang amat meminati aksesori yang penuh dengan kilau-kilauan dan warna-warni, bukan itu sahaja tetapi kelihatan menarik dan menawan apabila dikenakan bersesuaian dengan si penggunanya~



Sedikit Koleksi yang ingin saya kongsikan kepada anda :














~ Secara rawak saya perlihatkan buat tatapan semua~


~ Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya di talian 012-2453475 atau emailkan pada saya klik disini

~KawaNku SeLamaNya~

~Rumah kawanku pada 26 Julai 2009~
~Abangnya yang kawin, ingat dia yang kawin..hehehe




~Sekitar kenangan di Majlis Perkahwinan Abang Asrinayanti binti Ali Anas... Buat pertama kalinya kami 3 sahabat bertemu disni...~


~I Mizz U my Friends...

~Yanti, Siti, Nana & yang kecil Adikku Fiqah~

~Macam akak dengan Adik~ :-)

~Bergambar dengan pengantin~

~1,2,3 Senyum...~

~Sweet pakaian pengantin~

~Cewah-cewah konon2 puteri plastik~

~Bukan anak dengan mak, tapi adik dengan kakak.hehe~

~Siti Nur SyafiQah sayang~

~Yanti & Siti ~

~Dia pun nak bergambar, so sweet~

~The End Nana 7 Yanti ~

~LoveLy FrieNDs~

~Waduh-waduh..Suasana Hari Raya dah pun habis....Tapi kenduri kahwin pasti tetap berjalan seperti biasa... Seronok sangat bila tengok pasangan dua sejoli, bagai pinang dibelah dua duduk diatas pelamin, tersenyum manis....memang secocok dan damai bahagia~

 
~Ramai yang bertanya bila aku nak kawin? aduhai..soalah demi soalan terngiang-ngiang dalam diding telingan aku ni, bukan tak mau kawin, tapi belum ada jodoh lagi...samapai seru insyaAllah pasti ada kad-kad yang moleh lagi cantik melayang-layang dekat rumah kawan-kawan nanti..hehehe...


~Buat pasangan-pasangan yang baru berkawin atau dah lama berkahwin dan buat warga emas, semoga berbahagian hingga akhir hayat...Amin...~

Kenangan besama :


~Siti & Kak Mai - Biar jauh di mata tapi tetap lekat dihati~

~Posing maut masing-masing ~

~Alow2 bucuk2..hehehe...cute sangat ler..~

~Bingkisan Malamku~

Dunia ini jika dibandingkan dengan akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke laut, air yang tersisa di jarinya ketika diangkat itulah nilai dunia.



Ikutlah resam manusia pada zaman keagungan Islam. Mereka melebihkan akhirat berbanding urusan dunia. Mereka diibaratkan menjunjung akhirat dengan tangan kanan dan menjinjing dunia dengan tangan kiri. Andai akhirat di atas hampir terjatuh, mereka akan melepaskan dunia untuk menyelamatkan akhirat dari tergadai.





" Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka siapakah antaranya yang paling baik amalnnya "



{ Surah Al-Kahfi 18:7 }



Kenapa sering kita menginginkan pujian dari manusia?


Manusia itu sama juga macam kita, sebab kita adalah manusia. Lantas apabila kita memuji manusia lain, maka begitulah juga perasaan mereka ketika memuji kita. Bersifat sementara,dan batapalah nilaiannya. Tetapi jauh bezanya sekiranya yang memuji kita itu adalah Allah, yang menguasai sepenuhnya segala jiwa manusia di bumi. Bahagia kita ketika ikhlas lain keindahannya ketika mana kita gembira bila dipuji makhluk semata. Ya...memang sungguh sukar saudaraku, Ummu mengakuinya. Ikhlas, Ya Allah tiada taranya nilaiannya, sungguh beruntung pemiliknya.


Selalu terdengar di corong radio IKIM, berhati-hatilah kita dengan penyakit 'sum'ah, iaitu perasaan gembira bila kita dipuji, dan berasa tidak senang jika saudara kita yang lain mendapat pujian. Alangkah tidak bersih perasaan itu kan..tetapi untuk menghambatnya, subhanallah perlu mujahadah tinggi. Usah putus asa.


Sumber : Islamik

~PUISI MALAM~

Malam ini..
Kubisikkan namamu didasar angin
Kelak dia akan sampaikan padamu kata-kata semangat
Bernyanyilah kembali,
iringi hari meski terasa letih

Pagi tadi..
Kutekan sejumlah nombor untuk tanya khabarmu
Namun hanya nada tut tut tut yang kuterima
Aku terlalu bermain dengan khayalanku, jahatkah?!?!
Aku rindu dengan chatting chatting malam kita
Aku rindu dengan sebutan meongmu untukku,

Walau terkadang aku kesal, tapi kini aku rindukan itu

Aku yakin kau kuat,

Seperti kuyakin kalau kau akan bisa bermimpi kembali
Bangkitlah meg, seperti mega yang selalu cerah...


Sumber : Dari blog indah..

~Corat-coret 15 SEPTEMBER 2009~

Alhamdulillah, selesai semuanya.... dah malam pun ni, seperi biasa ada masa lapang yang panjang ni aku tidak melepaskan peluang ini untuk membelek-belek BLOG kesayangku ini... mengupdate apa yang patut dan segala-galanyalah yang berkaitan.... Esok dah masuk 27 Ramadhan... rasa macam sekejap sahaja, pejam celik dan sampai ke penghujunnya.. Entah sampai ke tidak kita untuk sampai ke ramadhan seterusnya.. InsyaAllah...apa-apapun itu semua kerja yang Maha Esa...
Hari ni tugas aku memasak di dapur, mak aku sibuk menjaga cucunya, so terpaksalah ambil alih sekejap tugas mak aku ni...hehehe... untuk bersahur besok aku masak Telur Masak Lomak Cili Api ehem.....best pulak aku rasa...kui3.... then dengan Ikan Goreng fuh...semua dah siap.... Nasi pun aku dah masak.. so masa untuk rehat...
Aku jual Brooch, so nak raya ni, adalah juga yang membelinya, aku hantar gambar brooch dekat kawan aku, dia nak beli, so lambat betul yahoo ni nak mengupload gambar...penat pulak aku tunggu....
Fuhhhh.... Penat betul hari ini... berkemas semperna Hari Raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi ni... Keje aku hari ini memasang langsir, memang meletihkan berapa tingkap ada dekat rumah aku ni..aduhai sakit segala tangan-tangan aku ni. Lap-lap tingkap...fuh memang best la, untuk menguruskan badan..hehehe... aku sapu sampah yang ada dalam umah...and banyak lagi la yang aku buat...nak sebut memang tak habis sampai esok pagi....

Apa yang aku buat malam ni, cek-cek email, facebook and friendster...huhuh..apa lag ye...itu jelah then cari resepi2 yang membuat selera aku nak mencuba pelbagai resepi masakan...hehehe...ehem....mataku terasa mengantuk pulak...InsyaAllah ada masa selalu aku meng update blog ni nanti....buat teman-teman yang dicintai dan disayangi... siti ingin mengcapkan SELAMT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI semoga lebaran ini disambut dengan meriah dan makan tu beringat ye..berpada-pada... InsyaAllah...

~ Malam Lailatul Qadar ~

Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".
Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.
Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.
Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.
Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

a. Menghayati malam tersebut dengan ibadah
b. Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
c. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :

a. Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
b. Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
c. Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
d. Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.

~ Luahan Perasaan III ~

Redup malam mencecah bumi... Langit malam berseri sekali....bintang-bintang bertaburan mengelilingi... Tiuan angin mendodoi mimpi....
Pengalaman selalu mendewasakan diri... semakin banyak dugaan yang datang semakin diri menjadi lebih bersifat matang dan sentiasa berhati-hati. Aku pasrah dengan apa yang berlaku... Mungkin ada kesilapan yang aku lakukan dan ada hikmah disebaliknya....
Allah sentiasa menguji umatnya. Kita adalah manusia yang hina lagi lemah disisinya. Hanya berbekalkan doa..insyaAllah semuanya bakal terjawab... Dalam hidup ini kta mesti selalu terima kenyataan... Bak kata pepatah "Berpijaklah di bumi yang nyata". Amat mendalam maksud pepatah ni...
Walaupun banyak dugaan yang datang, aku akan tetap menjadi diri aku yang sebenar... Orang lain ada mulut, kita tak akan boleh menutupnya, terpulang pada mereka untuk bercakap apa sahaja....Aku dah lali dengan semua tu...
Aku sedih sangat kerana dituduh macam-macam... Aku tak tahu apa salah aku sampai aku boleh jadi begini. Ya Allah apa salah aku, sampai aku diuji sebegini, namun apa yang terjadi aku redha dengan ketentuan-Mu ya Allah... Mungkin ini semua telah ditakdirkan untuk aku... arghhhhh.... aku perlu banyak bersabar....
Penantian itu suatu penyeksaan... mungkin dahulu aku pernah buka hati pada seorang insan. Tapi kini agak sukar untuk aku menerima sesiapa. Mungkin jika kena dengan cara dan gayanya insyaAllah... Aku berusaha dengan sebaik mungkin untuk mencari yang terbaik. Andai hati telah suka, insyaAllah aku akan terima juga risikan dari sesiapa... biarlah luka lama hilang dahulu. Moga-oga segala kebuntuan aku selama ini ada jalan penyelesaiannya....

~ Luahan Perasaan II ~

Malam yang hening terasa amat sunyi sekali. Aku kesunyian tiba-tiba mengenangkan kisah laluku. Terkenang-kenang kisah suka dan dukaku. Masa yang berputar amat cepat sekali. Membuatkan aku lemas dalam jaga. Apa yang dimaksudkan dengan lemas dalam jaga tu? Walaupun aku hidup tetapi aku kelemasan dengan suasana sekelilingku. Argh...kenapa boleh jadi begini ye....
Pengalaman mengajar aku erti kehidupan. Masa lalu aku tidak boleh aku lupakan dan terkenang sehingga kini. Aku lupa siapa diri aku yang sebenar. Siapa aku! Insan yang bernama manusia, sama sahaja dengan yang lain. Punya hati, punya perasaan, dan punya segala-galanya.
Aku mula mengenal apa itu CINTA sejak dibangku sekolah. Umur yang hanya belasan sudah pandai berpacaran bak kata dalam drama-drama Indonesia. Seorang lelaki yang baik, penyayang dan pelembut hatinya. Biasalah "Cinta Monyet", orang lain nak bercinta, kita juga ingin bercinta. Sehinggalah 2 tahun lebih dan akhirnya perhubungan tidak boleh diselamatkan dan berakhir ditengah jalan. Tetapi hubungan kami baik walaupun sudah tiada apa-apa hubungan.
Hubungan itu boleh dipupuk dengan pelbagai bentuk. Tetapi aku tidak tahu bentuk apakah yang dimaksudkan itu. Agak sukar untuk aku menerimanya.
Semakin ramai lelaki yang aku kenal, semakin aku mengenali watak-watak lelaki. Semakin aku mengenali semakin aku rasa kurang yakin untuk berhadapan dengan pehubungan yang lebih jauh. Meletihkan diri apabila memikirkan ini sahaja. Aduh.....apa yang patut aku buat...
Kisah ini akan bersambung lagi....

~ Luahan Perasaan ~

Sekadar meluahkan perasan yang agak jiwang sedikit disini, hehehe..jiwa kacau malam-malam ni la...aduh letihnye hai kalau menghadapi penyakit jiwa kacau ni..hehehe...
Bak kata remaja sekarang ni lah, bila datang je jiwa kacau ni mesti ada masalah percintaan, hehehe...yeke? apa betul ke kebenaran ni? hahaha.nanti aku selami dengan sedalam-dalamnya...
Kehidupan seseorang insan tu tak pernah lari dari melakukan kesilapan. kadang-kadang kehidupan ini macam roda, ada masa kita akan ada di atas dan kadang kala kita akan ada dibawah. Ia tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah. Begitu juga dengan perasaan boleh berubah-ubah tanpa kita ketahuinya.
Hati dan Perasaan nampak macam satu pasangan yang rapat antara satu sama lain. Begitu juga apabila adanya lelaki dan perempuan. Kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain. Selagi ada hati disitulah letaknya Perasaan.
Hati aku memang berubah-ubah. Tiada siapa yang boleh membaca hati aku, kadang pada masa yang sama tak ada siapa pun yang dapat membacanya. Aku juga kadang-kadang tak dapat baca isi hati aku sendiri.
Sukar untuk meluahkan rasa kasih atau sayang pada seseorang. Apatah lagi perasaan cinta. Perkataan Cinta melemahkan kepala lutut aku. Aku tak tahu berhadapan dengan CINTA. Memang ada yang cuba untuk mendekati aku, tetapi ada sahaja yang membuatkan aku rasa kekok dan tidak tahu melakukan apa-apa. Pernah aku menerima cinta seorang insan tetapi putus ditengah jalan, ada yang tidak sampai ditengah-tengah hubungan yang terbina behenti setakat itu sahaja. Sukar untuk mencari keserasian antara kami berdua. Perkataan MEMILIH, itulah yang aku dengar dari kawan-kawan yang mengatakan aku seorang yang memilih. Apa-apapun aku tidak kisah apa yang mereka ingin katakan.
Bukan ketampanan, Bukan Harta Kekayaan yang aku mahukan dari seorang insan yang bernama lelaki. Cukuplah sekadar hati yang jujur dan ikhlas dalam sesuatu perhubungan itu. Mahu menerima setiap kelemahan yang ada dan membantu dalam memperbaikinya. Arghhh...betapa sukarnya mencari..betapa sukarnya menanti...betapa peritnya hati...betapa sakitnya perasaan...betapa hancurnya badan...
Aku kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan...Perjuangan perlu diteruskan..insyaAllah...
Kisah ini akan bersambung lagi...

~1 September 2009~

~wahhhh...dah bulan baru hari ini, 1 September 2009.... sekejapnye rasanya dah masuk puasa yang ke 11...macam baru jeq puasa. Emm...apa-apapun yang penting puasa tahun ini dapat dimanfaatkan dengan baik. Isikan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan yang membawa keuntungan diri bukan sahaja didunia tetapi untuk akhirat nanti. Keuntungan tu bermaksud mempersiapkan diri dengan amalan-amalan yang memberi manafaat untuk diri kita untuk menghadap yang maha ESA.



~Selama menyepi ni dengan kerja-kerja, memang tak berapa kerap saya kesini (Blog kesayang saya ni). tidak mengedit, tidak dapat buka dan banyak lagi perkara yang tidak untuk kesini~

~Masanya untuk Kesinambungan cerita semalam ye :....

a) Syukur alhamdulillah tanggal 18 June 200 telah diadakan Majlis Istiadat Konvokesyen ke 12 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor... Selesai sudah saya menerima segulung Diploma pada petang hari jam 3 PM di pentas PKK...hati yang sangat terharu dan sedikit sebak dengan pencapaian ini. Ini semua berkat doa keluarga terutama mak dan abah..tanpa doa mereka tak mungkin saya akan berada di tahap sedemikian. TQ so much, I LOVE U ALL FOREVER....



~Sekitar Istiadat Konvokesyen~







To all my friends, especially student-student SIIUC Diploma in Communication, I miss You All Always..Please keep in tounch with each others... send perkembangan masing-masing ye... Semoga kamu semua berjaya dalam kerjaya masing-masing.

~Corat-coret 31 OGOS 2009~

...I'm coming back... lama sungguh dah tak mengupdate my lovely blog ni.... syukur alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar....

HAPPY MERDEKA DAY.... wah hari ini negara menyabut Hari Kemerdekaan yang ke 52, syukur kerana negara bebas merdeka dari penjajah... bersyukurlah wahai anak bangsa... bukan negara sahaja yang bebas dari penjajah, tetapi diri kita juga perlu bebas dari jajahan-jajahan nafsu yang hanya merosakkan diri sahaja. Keluarlah dari kepompong hidup yang hanya menyesatkan hidupmu sahaja wahai anak bangsa tanah air Malaysia.

SALAM RAMADHAN.... Syukur Alhamdulillah, dah sampai kita di dalam bulan puasa itu penghulu segala bulan. Semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik dari sebelum-sebelumnya. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak semoga dengan kedatangan bulan yang mulia ini bersama-samalah kita memanfaatkan bulan ini dengan amalan-amalan yang mulia. InsyaAllah... Banyak yang nak tulis tetapi masa tidak mengizinkan...oklah sambung besok lah.....banyak episod ni.... dah mengantuk sangat2 esok nak bangun sahur ni... tunggu sambungannya ye...



SAMBUNGAN SINETRON NIKITA EP 4

EPISOD 4 PART 1


EPISOD 4 PART 2


EPISOD 4 PART 3


EPISOD 4 PART 4


EPISOD 4 PART 5


EPISOD 4 PART 6

SAMBUNGAN SINETRON NIKITA EP 3

EPISOD 3 PART 1


EPISOD 3 PART 2


EPISOD 3 PART 3


EPISOD 3 PART 4


EPISOD 3 PART 5


EPISOD 3 PART 6