ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~HaDiaH FroM Ummi@JoHoR...JaJa&DiN VS BiDaDaRi HuJaN~

Hadiah hari Jadi daripada Ummi awal sangat dapat. Mula-mula ummi tanya saya di facebook...bunyinye lebih kurang macam inilah ye..sebab dah kurang ingat dah ...

Ummi : Siti suka baca novel tak?
Siti       : Suka ummi, saya memang minat baca novel, tapi sekarang je kurang sikit sebab dah bz dengan kerja.
Ummi : Ada satu novel mesti siti akan minat?
Siti      : Nocel apa ummi?
Ummi : Keluaran jemariseni.com... novel dia sume sedap2 ummi suka.
Siti      : Yeke...apa yang bestnye ummi?
Ummi : Jaja & Din. Kalau siti baca mesti nak jadi macam jaja memikat din.

(Hehehe..ummi kalau ada yang berubah tu, faham2 la ye....kui3:)

Esoknya bila terjumpa ummi dalam facebook, ummi bagitahu dah poskan novel tu untuk siti. Terkejut bila dengar, pantas ummi ni dalam bekerja, hehehe...terasa seronok dan tak sabar nak baca.

Esoknya skynet sampai di Officeku, posman..posman....saya pun pergi sign dan cop amik hadiah tuh.

Bila buka hadiah tu ada 2 novel, surat dan 2 ball pen. Dalam surat tu ummi ada menulis sedikit. Inilah dia..hehehehe...






Dah nak tiba tarikh yang sebenarnya, ummi ada tanya lagi dalam facebook ruangan chat bersama ummi ...bunyinye seperti ini :

Ummi : Siti suka color apa?
Siti      : Siti suka color  biru, putih, hijau pucuk pisang, purple dan warna2 yang lembut.
Ummi : Lebih kepada purple ye siti. Ummi tengok dalam blog siti penuh dengan color purple.
Siti    : Ha'ah ummi suka sangat..antara warna kegemaran siti.

(Hehehe...ada lagi tapi dah lupa)....

Esoknya ummi call, kata nak hantar hadiah hari jadi lagi, untuk pejei.

Sampai-sampai hadiah tu, pejei buka, ada 2 balang tat nenas, surat dan 2 sharp pencil @ celak. Ummi bagi lagi tat nenas untuk ct. Dengan hiasan yang sangat menarik minat dan pandanganku.

Pejei bagi saya baca surat tuh, alangkah tersentuhnye hati bila baca, rasa touching tibe2..hehehehe...









Ummi, Terima Kasih banyak atas2 pemberian ikhlas dari ummi, kuih tat tu sedap sangat, family pun sangat suka. Boleh tempah dah ke ?

Selain dari kuih tat, apa lagi yang ada ye ummi?

~H@pPy BirtHd@Y tO mE~

~My Birthday dah lepas dah...baru nak masukkan cerita-cerita lama dalam nih..insyaAllah cerita baru akan menyusul nanti..tunggu ye...buat rakan setia blog kesayangan saya nih :)~

Genap sudah umurku mencecah 23 years old. Owhhh....semakin tua...Orang kata bila sudah semakin tua akan menjadi semakin matang. Hehehehe...


Bila dah cecah umur nih banyak yang harus difikirkan, semua tentang masa depan, dan pandang ke hadapan, umpama ayat nilah "Jangan Pandang Belakang" hehehe...Sungguh berhantu perkataan tuh.

Buka facebook ramai kawan-kawan yang wish, dan rasa terharu sangat, rupanya walaupun tak selalu jumpa, tak kenal hanya berukhuwah di alam maya, ramai yang ambil peluang untuk merapatkan ukhuwah silatulrahim sesama kita. 

Tak sangka ada seorang insan yang bernama Mohd Faizal Eshak yang lahir sama tarikh dengan saya. Cuba yang membezakan kami adalah tahun 1987/1986. Cantik sungguh nombor nih. Dah boleh jadi kembar tak seiras dah. Dia officemate saya.

Banyak dapat hadiah. Dari kawan-kawan, dari adik-beradik. Hehehehe...tak sangka ingat dah besar tak dapat hadiah dah, rupanya lagi besar lagi besar lah hadiah yang dapat.


Terima Kasih Arlinda Maik atas hadiah dan ucapan yang diberikan tuh...
Sangat suka..:)

Saya ucapkan untuk diri saya sendiri Selamat Hari  Lahir dan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga setiap doa akan dimakbulkan dan bersabar dengan ujian yang datang.

~Misi BeRani MaTi YanG tak Mati-Mati~

Satu misi perjuangan antara hidup dan mati yang tak pernah ada penghujungnya melainkan dengan satu cara yang bisa merubahkan semuanya!!!


Ku gagahkan hati untuk terus menyampaikan hasrat kepada si dia atas tujuan tertertu dengan harapan misi ini berjalan dengan lancar. Habis pusing kepala memikirkannya, kadang-kadang tidak nyenyak tidur dan kadang-kala memikirkan sesuatu diluar jangkaan. Setiap yang berlaku pasti ada jalan keluarnya. Sama ada cepat atau lambat.


Sampai satu pesanan yang menyatakan hasrat untuk bersama dalam misi ini tetapi agak sukar dan perlu fikir. Nampaknya keputusan yang diterima sangat mendukacitakan. Tidak mengapa itu semua ketentuan Allah.


Mungkin itu adalah petunjuk dari Allah bahawa misi ini bukanlah jalan yang terbaik. Pasti ada yang tersembunyi disebalik kekalutan yang diri ini alami. Semangat demi semangat dipertaruhkan, hasil yang dapat sangat mendukacitakan juga.


Setiap hari pasti ada sahaja misi yang dibuat. Tetapi tiada noktahnya, tiada titik-titik penyelesaian yang diri ini jumpa. Apa yang ada hanyalah kedukaan dan linangan setitis air jernih yang sangat berharga. Walau di genggam kekayaan tiada sama nilainya dengan titisan ini. Terlalu berharga sehinggakan ia jatuh di depan insan yang baru berapa bulan kukenali. Sangat memilukan hati dan memalukan. Apa yang bisa dilakukan itu semua ketentuan, Hanya Tuhan Yang Tahu apa yang diri ini rasakan.


Titisan itu masih tidak bisa berhenti, dari satu perjalanan ke satu perjalanan mengalir dan tetap mengalir. Penuh sehelai kertas lembut yang berwarna putih diri ini ambil sehelai demi sehelai, akhirnya menjadi banyak dalam pangkuanku. Sungguh memilukan jika teringat kembali.


Sampai satu saat terasa kosong dan sunyi tanpa kehadiran ilhamku disisi. Wahai insan yang diciptakan Allah sebagai peneman hidup, hadirlah di dalam diri ini, redahilah walau apa sahaja liku-liku kehidupan yang dikau lalui, datanglah kepadaku untuk menjadi peneman hidupmu, menjadi sayap kirimu, diri ini adalah tulang rusukmu yang akan menemanimu di dunia jua di akhirat. Ajarlah diri ini dengan sebaik-baik keimanan dan ketaqwaan.


Misi ini sangat berani ku lalui, ku redahi dengan jalan yang sangat berliku. Tanpa segan dan silu ku berdepan dengan sesiapa yang sangup menyelesaikannya. Tetapi setiap misi pasti ada sahaja keputusan yang sangat memilukan. Allah Maha Mengetahui dan Maha Melindungi. Yang rapat dan boleh dipercayai adalah yang sangat penting dalam misi ini.


Hati ini akan selalu berdoa kepada Allah S.W.T supaya dipermudahkan segala misi yang dirancang, yang baik di ambil dan yang kurang baik dijauhkan dengan sejauh yang mungkin.




~Duhai hati...Terimalah dengan hati yang terbuka...Ikhlaskanlah hati walau apa yang telah terjadi, dekatkanlah diri pada Allah semoga hati-hati akan menjadi tenang......~

~KisaH CiNTa~

Kembali bernafas dengan bait-bait yang baru. Sangat mengembirakan dan sangat mengasyikkan. Tiada sapa yang dapat merasakan apa yang diri ini rasakan. Suka kah? Marahkah? Geramkah? Pilukah? Sakit Hatikah? Sakit Jiwakah? atau apa sahaja penyakit yang seangkatan dengannya semuanya saya letakkan dalam tanda soal?...Why? Errrrrr....


Amat seronok bila timbulkan persoalan seperti ini, ada juga yang suka dan ada juga yang tidak. Apa-apapun terpulang pada diri anda untuk menilainya. Saya tak boleh buat apa-apa. Saya bukan penentu masa depan kalian, saya juga bukan tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Jalan yang paling senang untuk kita amalkan adalah berdoa. Semoga Allah sentiasa memberikan kita pilihan yang tepat dan memberi pertunjuk atas teka-teki selama ini.


Alhamdulillah, pasti ada yang mempunyai pandangan masing-masing tentang Kisah Cinta ye...Saya pun tak tahu kenapa nak buka tajuk ini, banyak lagi tajuk yang bermanafaat untuk dikarang, tetapi tangan ini sentiasa ingin menulis bait-bait puitis, romantis ini juga.


Apa-apa pun hidup mestilah ceria dan aman damai. Tanamkan sifat sabar dalam diri. (Cuba yang terbaik). Tanamkan sifat rendah diri (InsyaAllah). Semoga semuanya selamat. Dunia dan Akhirat. :)

B@WLiNG at WANGSA WALK

Jadi babysiter sementara. Bawa anak-anak ustaz&Ustazah ke Wangsa Walk untuk bermain bowling, Seronok sangat dorang bila sampai dekat sana.

Sampai-sampai pergi kedai ais krim yang sangat sedap. Nyum2 amik satu air krim coklat, yang lain semua pilih sendiri.

Ramai sangat masa ni, biasalah time nig tengah giler bola...sume kehidupan dengan bolalah, bagi yang minat bola. Hehehehehe....

Gambar ni masa balik dari main bowling, muka keletihan tapi seronok.


~WALIMAH @ SUNGAI NIBONG & MELAKA (SAFIYAH & SHUKRY)

Di Sungai Nibong Selangor, masing-masing belum mandi lagi..hehehe...dah sebok bergambar...inilah bila lama tak berjumpa gambar tetap bergambar...

Majlis Perkahwinan di musim cuti sekolah sudah menjadi tren bagi kaum melayu. Hehehe...tidak terlepas majlis seperti ini dalam agenda keluargaku. Hehehe...

Kaum bapa ada tugas masing-masing. Nampak meriah bila beramai-ramai macam ni.

Masanya pengantin diijabkabulkan..Alhamdulillah akhirnya sudah bergelar sebagai seorang isteri.



Tapi yang ini saudaraku yang kahwin. Sedikit demi sedikit hantaran yang dibuat akhirnya berjaya juga.


Ambil peluang untuk bergambar di Kamar pengantin yang cantik nih. Walaupun nampak sederhana tetapi ada yang uniknya.




Tak kurang hebatnya, saya juga tidak melepaskan peluang untuk posing habis habisan di kamar ini. Hehehe...Maaf ye penagantin excited sikit masa nih nak bergambar.




Sedikit bingkisan semasa majlis berlangsung :







Tak kurang hebatnya, menunjukkan bakat membuat air untuk tetamu. Hehehe...masa ni lah nak tunukkan bakat yang terpendam. Walaupun jarang-jarang buat air kat rumah ye...Kui3...




Sesi buka hadiah..masa ni dah malam dah pun dalam kul 10 lebih juga. Masing-masing dah tidor, tapi telah dikejutkan untuk sesi yang terakhir buka hadiah. Penat melayan tetamu malam boleh pengsanlah. Banyak betol aksi-aksi spontan dari pakcik-pakcikku. Hehehe...seronok pun ada. Hilangkan sikit rasa mengantuk...

@ MELAKA...

Sebelum bertolak memohon doa supaya perjalanan kesana selamat pergi dan pulang.Amin.

Inilah lumrah, bagi setiap pasangan yang nak menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, takkan lari dari menyediakan mas kahwin, hantaran, jamuan dan sebagainya.

Sanagat seronok bila perut yang kosong dapat diisikan dengan makanan pengantin. Macam-macam jenis lauk yang membuatkan lagu-lagu dalam perutku berbunyi semakin kuat. Hehehehe...Apa lagi sorulah.....

Sekitar memories disana : -

~19/07/2010(SABTU)@Chek Out Hotel, Pasar Tanjung, Makan & Bertolak ke lapangan Terbang TAWAU~

Masa chek out. Apa-apapun sarapan tetap takleh miss. Sedap lak tuh, ada hot dog, nasi goreng..nyum2...sayalah banyak makan. ok2 sambung cerita semula.


Bertolak ke Bandar Tawau, ambil masa dalam satu jam setengah juga. Dalam perjalanan tuh bas berhenti di tepi jalan. Kenapa? haha..sebabnya dekat sana ada jual buah-buahan sebiji hanya RM0.50 sahaja. Murah tak. Siap potong lagi. Manis betul buah-buahan dia...Rambutan ada, Langsat ada, Tembikai, Cempedak, Tembikai Susu..sangat manis. Memang sedap. Tak rugi beli.

Habis dekat situ, pergi ke satu tempat untuk makan tengahari. Isi perut sebelum memulakan langkah seterusnya. Perut masing-masing sudah berkeroncong. Tak boleh tahan, banyak lagu dah yang bermain di dalam perutku. Hehehehe...

Tugas saya pada waktu itu adalah menyediakan makanan untuk Puan Siti dan Suaminya. Kesian Puan Siti, semangat yang sangat dalam untuk bersama dalam Program ini telah menerima satu musibah "Kakinya terseliuh" sampailah dia tidak boleh berjalan hanya dengan menggunakan kerusi roda sahaja. Walauapapun dia tetap bersemangat. Alhamdulillah kini dia semakin sembuh.

Berjalan ke Pasar Tanjung. Shooping lagi, tapi dekat sini shooping ikan masin, ikan bilis dan banyak lagi jenis2 ikan yang boleh di beli. Best2...saya berjalan dengan Mak Cik Norhayati :). Saya bukannye tahu sangat nak pilih2 ikan bilis le, ikan masin le, time nihlah kene belajar. Tapi memandangkan saya berjalan dengan Mak Cik, selamat le sikit, minta makcik pilihkan mana yang ok. Dapat lagi ikan bilis, Terima Kasih Mak Cik, nampak je Unplug, terus saya beli dua bungkus dan saya bayarkan. Satu untuk mak cik satu untuk saya. :). Apa yang saya beli dekat sini, hanya ikan masin sahaja, itu pun ikut selera saya je..hehehe :).


Selesai semua, terus ke Lapangan Terbang TAWAU, waktu berlepas pada jam 6.35 petang. Dah habis dah program rupanya. Inilah saat2 sedih bila nak berpisah dengan peserta. Meraka semua sangat baik dan peramah. Saya tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan mereka. Sesi bergambar adalah wajib untuk kenang-kenangan.


Sesampai di LCCT, kami terus ambil bagasi. Melambai-lambai peserta-peserta yang ingin pulang ke destinasi masing-masing. Alhamdulillah Allah telah permudahkan semuanya. Selesai untuk Program kali ini. Bergambar dengan Puan Siti. Berkerusi Roda kerana kakinya tidak boleh bergerak sangat. Walau dugaan menimpa dia tetap tenang dan tersenyum. Kami doakan semoga cepat sembuh. :). Jumpa dengan geng2 Ummi dan makan sekali dengan mereka. Tengok tu gambar mereka. Kemana sahaja pergi pasti jumpa..hehehehehe.... Mereka bermalam di Tune Hotel esoknya akan pulang ke JOHOR. Semoga kita dapat berjumpa lagi di kembara akan datang ye...:)

 ~TAMAT~

~18/07/2010(JUMAAT), KURSUS, SHOOPING & BARBEQUE~

 Makan dulu sebelum pergi KURSUS AL-BAGHDADI DI MASJID KAMPUNG SERI JAYA, SEEMPORNA.


Merupakan hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Tiba masanya semua peserta untuk ke kelas Tajwid dengan menggunakan asas dan kaedah yang lain iaitu dengan menggunakan Teknik Al-Baghdadi. (Alat ketuk iaitu merupakan alat bantu mengajar yang digunakan sepanjang khursus ini). Hendak bercerita tentang Al-Baghdadi sangat panjang. InsyaAllah untuk maklumat lanjut boleh lawat laman web ini Syihab Resources atau boleh hubungi di talian 019-6920123.

Tepat an 12.30 sekumpulan peserta lelaki bergegas untuk mengerjakan "Solat Jumaat" beramai-ramai. Masa ini juga kami meminta kepada semua peserta yang menginap di Dragon Inn bertukar ke Hotel Seafeas atas sebab-sebab yang tertentu. (SELESAI)


Hari yang sangat ditunggu-tunggu, "Shooping Sakan". Bukan sahaja peserta, urusetia pun tak hengat dengan shooping dia. Hehehe...termasuk sayalah sekali. Di kawasan SEMPORNA ada satu sahaja kedai mutiara yang kami tahulah, semua tertumpu disitu, memang untung banyak lah peniaga mutiara sepanjang hari tuh. Giler-giler la, rambang betul mata saya dengan mutiara-mutiara yang ada, sangat cantik sangat teruja dan sangat terpegun. Hehehehe...memang sayan borong habis-habisanlah. Beli gelang, rantai, brooch, batu air(boleh buat buah rantai, subang dll), butang baju melayu..hehehe...semua nih telah dibahagikan kepada ahli keluargaku dan kawan-kawan rapatku. Semperna Birthday mak, saya dapatlah belikan rantai mutiara yang mahal sedikit harganya. Hehehehe...:)


Saya dapat hadiah daripada Mak Cik Norhayati bt Tengku Sutan iaitu Jam Tangan Mutiara dan Ikan Bilis darinya juga. Terima kasih mak cik, saya selalu pakai itu tandanya saya menghargai setiap pemberian yang saya dapat. :). Ummi juga telah menghadiahkan saya Brooch Mutiara yang sangat cantik. TQ Ummi. Saya selalu pakai tau, sangat suka. 

Berhabisanlah saya dekat kedai tuh, rambang sangat mata sampai tak hengat jam dan menunjukkan tepat pukul 4 petang. Masa yang diberikan sehingga jam 5 petang. Hehehe...ramai makcik-makcik dah tak larat terus naik ke dalam bas. Pada mulanya saya naik kereta sapu untuk balik ke hotel, memandangkan satu bas telah penuh untuk pulang ke hotel saya patah balik ke bas untuk bawa mereka semua balik ke penginapan. Muka masing-masing senyum lebar je, sebab banyak mutiara yang dapat. Hehehehe....

Tiba malam, aktiviti seterusnya ke Kampung Seri Jaya untuk aktiviti kemuncak. Ada tarian dari penduduk kampung disana. Memang mantap sambil dihidangkan dengan Barbeque. Sungguh lazat!!!!. Sangat asyik dengan persembahan joget budak-budak kecil dan nasyid dari anak-anak kamupung Seri Jaya. 

Selesai majlis, 3 bas bergerak serentak untuk pulang ke Hotel. Dengan perut yang sangat kenyang dan mata yang sanagat mengantuk. Sampai bilik teruslah landing...

Next Story.....

~17/06/2010@ PULAU MABUL-BOT-SUKANEKA-SNOWKELING-HOTEL~



Hari ke dua bersamaan dengan hari Khamis. Inilah saat yang dinanti-nantikan akan ke PULAU MABUL yang indah sekali. Dalam kepala ni bayangan pulau yang inginku redahi, inginku selami. Hehehehe...Menjadi kenyataan apabila melihat lautan yang sangat cantik dan jernih sekali airnya.




Bot...Bot...Bot...tanpa keselamatan, insurans, Astaghfirullahalazim... Semuanya diluar jangkaan. Tetapi alhamdlillah perajalanan pergi dan pulang semuanya selamat. Telingaku semakin kurang pendengaran angkara enjin bot yang sangat kuat. Tetapi sekarang dah ok dah. :).


Sesampai disana diberikan sedikit taklimat ringkas dan pecahan kumpulan. Kanak-kanak dan golongan dewasa. Permainan meniup belon, ikat kaki yang diiringi oleh Kak Mas. Manakala untuk permainan dewasa pula diiringi oleh Dj Erwan, permainannya ialah tendangan bola dengan mata ditutup. (Hehehe...main tulis je nama sukan dia).

Itu dia bidan terjun, Gol Keeper sementara, di import dari Luar Negara. Susah nak dapat tender nih. (Hehehehe). Dah macam nak kene tembak pun ada nih. Huhuhuhu...Apa2 pun saya beraya buktikan sayalah Gol Keeper yang boleh kalahkan Gol Keeper German. Hehehehe...:)


Ini yang best. Part ni yang sangat best. Bermandi-manda dan melihat keindahan alam semulajadi. Oleh kerana banyak sangat batu karang, tak dapat nak ketengah-tengah. Walaupun cetek tapi kakiku sangat sakit. Mandi dekat2 je tetapi airnya dalam. Puas dengan apa yang saya nampak. Tapak Sulaiman, Batu Karang, Cengkerang...dapat pegang lagi. Tapi tak sempat ambil gambar.


Seharian di PULAU MABUL memang sangat indah sekali. Ramai yang ambil masa untuk melihat keindahan alam. Semua turun padang. TAHNIAH SEMUA!!!!