ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~WeLcoMe 2011...AHLAN WASAHLAN...SELAMAT DATANG...~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w juga buat para sahabat baginda. 


Datang kembali untuk menjinakkan diri kembali di ruangan blog yang sangatku sayangi, walau telah lama ditinggalkan tetap dalam ingatan. 


Tahun baru 2011 masih di awal bulan lagi. Masih awal lagi untukku terus mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011, Salam Tahun Baru 1432H. Masih terngiang-ngiang dalam ingatan apa yang berlaku dalam tahun ini. Walaupun masih awal tetapi tetap menjadi bahan cerita yang sangat menarik. (tersenyum sedikit mengenangkan cerita itu).


1- Januari & Februari 2011


~Saya sangat sibuk dengan kerja di pejabat, menghabiskan kerja-kerja yang terbengkalai setelah bercuti tahun baru. Alhamdulillah kesemuanya sijil-sijil peserta qurban tahun lepas 1431H telah selamat di edarkan mengikut alamat-alamat yang diberikan. Syukur alhamdulillah tidak ada masalah yang timbul. ~




~Sijil-sijil selamat di poskan pada akhir bulan februari sebelum bertolak ke Beijing, china. Inilah masalah yang terpaksa ditanggung. Masalahnya ialah pening kepala..Hehehehe~




~Muka kegembiraan apabila melihat senyuman kerana ini adalah simbol cuti di pejabat saya. Memang suka tak boleh lupa dah.~


2- Konsert Maher Zain Live @ Stadium Melawati Shah Alam 25&26/02/2011
(Jumaat-Sabtu)...

~Berhenti solat Maghrib di R&R (tak tahu nama tempat tuh apa) hehehe...


~Sampai dekat sana, cari-cari parking and melawat-lawat gerai-gerai dan terus beratur masuk ke stadium.




























































~Copyright by : modayu73...Thanks You Very Much~
~Yang diatas ini ialah Syuhaida, Syakira dan Faizal~
~Dari kanan saya dan Kak Shima. Selepas menyaksikan persembahan Maher Zain dan rakan-rakannya. Xpose yang menarik..heheheh...kesian gambar Fitri takde sebab dia ialah paparazinya~

~ Esok harinya akan bertolak ke Beijing, China. Masa ni barang-barang banyak yang tak packing lagi. Gamble je..;)

~Singgah ke Geng Corner kerana Lapar....Upin Ipin punya tempat...tapi Upin dan Ipinnya tidak ada...


~Inilah dia...masa ni sangat ramai orang yang datang~
~Jemputlah datang..Hehehehe~

Topik : Nukilan (1)

Cintai Dia Dalam Diam, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan Dan Keikhlasan..

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (QS. Adz Dzariyat: 49)

" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA." (QS. An Nuur: 32 )

" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." 
( QS. Ar Ruum: 21 )




Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..

" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya." ( Hadis )

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. 
( QS. Al Israa': 32 )

Cukup cintai dia dalam diam..,
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan..,
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??




".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 
( QS. Al Baqarah: 216 )

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk ~

FroM : My Beloved Friend..Thanks very much :)

~Behind the Scene 2010~

Masih teringat-ingat Kenangan Tahun 2010. Banyak sangat yang pahit dan manis. Tiada ucapan yang dapat ku tuliskan hanya senyuman dan ucapan terima kasih kepada semua. 

1- KURSUS ASAS AL-BAGHDADI DI PUTRAJAYA

-Semua peserta Qurban dan Aqiqah Ez Qurban diberikan Kursus Percuma. 
- Saya selaku Urusetia dan bersama rakan-rakan lain bertungkus lumus dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik buat semua peserta.




2- Sambutan Birthday Arlinda Maik- Sahabat seperjuanganku ...Alhamdulillah Semoga Panjang Umur dan Dimurahkan Rezeki :)








3- Riada bersama Staff - Bowling in Wangsa Walk Wangsa Maju



4- Suasana Musim Korban di Office ....




5- Phnom Penh, Kemboja




~Rentetan aktivitiku sepanjang tahun 2010~
~Maaf gambar-gambar diatas tiada penerangan..atas sebab-sebab tertentu..:)~