ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

43 PERKARA RINGAN YANG MENYEKAT REZEKI


Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Yang highlighted to adalah yg kerap kita terbuat.

KURSUS USAHAWAN

inilah bakal usahawan yang berjaya.....antara peserta kursus usahawan

KONVOKESYEN


tapak konvokesyen di KUIS

Bilik Mesyuarat Hijjaz Record

after interview...wah2 ni pengalaman baru....untuk asgment...memang meletihkan...

FiRst tiMe...


Recording album...Hijjaz Record....hehehe...ala-ala artis la konon...pengalaman dalan studio nyanyian di Hijjaz Record...

Duhai Hati

Kata Pujangga
Perempuan Bagaikan Angin
Lembutnya Melenakan
Ributnya Menggusarkan.
Adakalanya Mereka Seperti Ibu Menyaji Kasih,
Menghidang Sayang
Adakalanya Mereka Seperti Anak
Ingin Dibelai, Minta Dimanjakan
Adakalanya Mereka Seperti Nenek
Berleter Seadanya, Merungut Semahuannya.
Namun, Teman Kembara Dalam Kehidupan Yang Sementara Ini.
Bahagia Dan Derita Kita Sangat Berkait Dengan Mereka.
( i )
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
Pandai-pandailah memujuk
Buka telinga,
Tajamkan pendengaran,
Amati suaranya
Teliti dengan hati yang terseni
Rasional atau emosi ?
Andainya emosi,
Belailah emosi itu
Jangan cuba dihadapkan secara rasional
Kerana si dia tak akan terdaya
Mengunyah hujah,
Berilah walau seribu sebab
Lengkap dengan perangkaan statistik
Atau dokumen saintifik
Berserta dengan beberapa affidavit
Dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
Fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya,
Perhaluskan kata,
Perindahkan bahasajinakkan perasaan,
Hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
Cuba gunakan sentuhan
Semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
Emosi isteri
Bagai riak-riak air dalam cawan
Jangan digoncang......
Buat selamba
Lambat laun, gelombang akan tenang
Air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....
Kalau ternyata,
Rajuknya berfakta
Masamnya berdata,
Geramnya berilmiah
Marahnya ada prima facie
Ini rajuk taraf tinggi namanya
Perlu ditangani berhati-hati
Kalau ternyata benar,
Apa salahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
Katakan " Sayang....abang alpa "
Bisikkan " Darling.. I lupa.."
Hulurkan tangan,
Pinta kemaafan
Pendekatan kasanova,
Tapi hati suci.
Rajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam
Tetapi...
Kalau kena cicahnya
Enaknya akan terasa.
Ingat,
Api yang panas,
Padam oleh salji yang dingin.
( ii )
Arghh...
Tiba-tiba isteri merungut
Malah kadangkala agak mengugut
Minta aksesori serta perabut
Minta Villa yang tersergam indah
Atau mahligai di lereng bukit
Sedangkan kita bukan Shah Jehan
Yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
Tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
Yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....segermelapan intan " ...
Sedangkan ditangan kitacuma cincin tembaga.
Aduh...
Peritnya mengukur cinta
Dalam ukuran mayam atau menimbang setia
Menerusi Bursa Saham papan utama
Kasih isteri, turun naik
Mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
Diakan dulu pilihan kita ?
Semasa mekarnya
Dia dihargai, dipuja-puji
Dia kini sudah menjadi ibupada anak-anak kita
Sudah takdir...
Permata yang dipilihperlu digilap semula.
Namun
Putus asa jangan sekali
Terimalah dia, dengan redha.
Justeru isteri
Pada hakikatnya
Adalah bayang-bayang suami
Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
Luruskan dengan berhati-hati bertegas
Tapi jangan berkeras
Lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
Lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama
Bisikkanlah " Duhai isteriku...marilah kita bina perkahwinan ini
Dengan cinta yang sejati
Marilah kita kutip rezeki
Dengan keringat tersuci
Kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
Padamu isteri,istanamu, di hati ini
Padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."
( iii )
Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
Usia meningkat kecantikan tergugat
Dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
Betis, tidak lagi bunting padi
Pipi, bukan lagi pauh dilayang
Apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
Jika berkurang, nyatalah cinta kita
Selama ini cinta di mata bertapak di body
Tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
Ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
Itulah cinta sejati.
Namun tidak salah di samping menyanjung budi,
Kita merampingkan 'body' kalau ada kesempatan
Ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
Tapi ingat niat kerana Tuhan
Bukan kerana ingin kuruskan badan
Tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
Sama-samalah merampinkan badan yang terlebih dikurangkan
Jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
Apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
Tapi kini saat menghitung dosa lalu
Ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
Moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
Di dunia ini dan di akhirat nanti
Itulah yang dikatakan
Hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.
( iv )
Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
Kekadang disergahnya kita
Ketika keringat masih membasah
Baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri
Mungkin kita berdosa dengan Tuhan
Atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
Yang telah kita lakukan.
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
Secara 'indirect' dari Tuhan
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji diri satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah.
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah baik-baik
Bukan senang nak senang
Ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
Akan mendapat pahala Nabi Ayub
Atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
Ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita.
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "
( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
Si diaku, si diamucinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
Biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
Yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
Yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir
Isteri atau kad ulang tahun perkahwinan
Atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami
Yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.
Isteri...
Tidak kutagih setia,
Sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu.....
Seorang isteri.

MUTIARA HARI INI

Kegelapan ada 5 macam dan lampu juga ada 5 macam,

1. Percintaan dunia adalah gelap dan lampunya ialah TAQWA
2. Segala rupa maksiat adalag gelap dan lampunya ialah TAUBAT
3. Kubur adalah gelap dan lampunya ialah LAILAHAILLALLAH
4. Akhirat adalah gelap dan lampunya ialah AMAL YANG SOLEH
5. Jambatan sirat adalah gelap dan lampunya ialah YAKIN

Ceritaku...

Penat rasanya, malam-malam ni dengan tugasan yang anyak juga....klik google nak cari tentang ilmu falaq, sebab subjek komunikasi dan dakwah group ana kene buat laman web, jadi kami dah bincang dan semua setuju untuk wat tentang ilmu falaq..Best rasanya tajuk ni, sebab berpeluang untuk mengkaji tentang astronomi ni, sebab kalau ikut kalender islam tiap-tiap 15 hb, apa yang ana suka tengok ialah bulan, bulan penuh nampak cantik...ana memang suka...

Kelas pagi tadi, wah-wah, agak menagntuk, tersengguk-sengguk kepala ni menahan ngantuk, lecturer ajar dekat depan ana mengantuk, tidoq lambat siapkan tugasan...huhuhu...amat memenatkan, tapi itulahkan..buat keje last minit, memang padan muka sendirilah...2 hari lepas pi pepustakaan, ana pinjam 3 buah buku, 1 buku komunikasi massa, 1 buku novel tajuk dia "air mata adam" dengan 1 buku islamik tentang "Memupuk cinta kepada Allah". tak berkesempatan lagi baca ketiga2 buku ni, siap semuanye baru ana baca...

Malam Yang Hening

huhu errr....hari ni, macam-macam buat...banyak dengan assigment, dengan interview, dengan buat kerja last minute. Agak kelam kabut dan penat. Baru terasa penat letih disegenap tubuhku ini. Pagi-pagi jam 8 pagi kelas sampai jam 12 tengah hari. Pergi cc dengan member untuk siapkan tugasan. kepala agak pening satu hari mengadap laptop. Nak buat bermacam-macam kerja. Terasa nak pitam, nak pengsan semua ada. Lepas isyak tadi pergi cafe baru nak print tugasan yang dah siap dan ada file yang tak simpan dalam pendrive terpaksa balik bilik dan tak pergi ke cafe tadi terus pergi bilik kawan nak print tugasan alang-alang harga sama satu paper RM0.30 baik pergi je, dah terdesak sangat. Macam-macam perkara jadi hari ni. Kepala yang berdenyut-denyut minta kawan picitkan, hilanglah sikit sakit kepala ni. Sampai bilik dah jam 2 pagi. Memang tak ada masa sekarang dengan tugasan yang banyak. subjek semester ini agak sedikit tetapi tugasan agak memberatkan juga.

KECANTIKKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA

Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani
Lelaki yang cantik.....................
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan, Perempuan yang gagah.................
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ...

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA:
YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

DOA UNTUK KEKASIH YANG TERCINTA

Doa untuk Kekasih

DOA UNTUK YANG BERCINTA , SAPE-SAPE YANG TENGAH BERCINTA ATAU BARU NAK BERCINTA ATAU TENGAH BERTUNANG.. AMAL-AMALKANLAH DOA NIH..

'Bingkisan Doa.'

Ya Allah....
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami....
agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah...
ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan....
dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantillah yang telah hilang....
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku....
kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina Kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

DOA UNTUK ISTERI ATAU BAKAL ISTERI

Doa ini agak panjang tapi menarik.. mudah-mudahan, Allah memberi yang terbaik untuk anda.....para isteri dan bakal isteri...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku atau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
JADIKANLAH DAKU SRIKANDI PENYEJUK DI MATA ..
PENAWAR DI HATI ..
DI DUNIA DAKULAH PENYERI
DI SYURGA MENANTI DAKU BIDADARI......

50 TIP MEMIKAT LELAKI

Tidak cukup dengan 10 tips pikat lelaki, kini kami tambah dengan 50 tips cara memikat lelaki. Sebenarnya ini merupakan kesinambungan dari entri yang sebelum ini.


1.Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2.Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3.Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4.Jujur dan sentiasa merendah diri.
5.Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6.Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7.Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8.Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9.Jangan terlalu mengongkong.
10.Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11.Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12.Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
12.Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
13.Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
14.Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
15.Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
16.Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
17.Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
18.Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
19.Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
20.Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
21.Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
22.Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
Mengetahui bila hari lahirnya.
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
Manja!
Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
Jangan bersikap terlalu kuno.
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Untuk pengetahuan anda, tips yang ke-28 itu saya edit dari Agresif kepada Manja!

pEnaT saNgaT

Petang-petang macam nilah yang boring..takde nak buat apa..nak mesej kawan-kawan duit pulak tinggal sikit...geram sangat sebab ptptn lambat sangat dapat..ingat budak-budak yang belajaq dekat sini sume kaya-kaya belaka la..aduhai...bosan giler..

tadi baru habiskan buat assigment, KPM(PENGURUSAN MEDIA) dan KMD (MEDIA DAKWAH)

pening kepala la...dengan kerja-kerja ni semua...ehem...bosannnnnnnnnn

dari pagi tak makan lagi...huhuhu....

21 Pedoman Buat Wanita

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan iniselain dari *Terimalah lelaki sebagai sediakala*. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain,yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda.Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda danmenyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami,kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanyamenyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukandan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akanberubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dansedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik andapula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu :

(1)Kehendak Seks dan
(2) Kehendak untuk menjadi penting.

Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anakyang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat.Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingindikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenaikerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebihberminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang di lemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusahauntuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akanmelakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebihterhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka.Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya.Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diinginiberkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu,dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda diakhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya

Fil Quran


10 SMS CINTA PANAS

1. Aku mencintaimu bukan kerana kecantikkanmu. Aku mencintaimu bukan kerana kehangatan cintamu. Aku mencintaimu bukan kerana cintamu. Aku mencintaimu kerana cinta itu kamu.

2. Aku membencimu kerana kamu mencintaiku. Dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu. Kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu.

3. Cinta dilahirkan oleh Adam dan Hawa. Diperluaskan oleh Rama dan Sita. Di bawa mati oleh Romeo dan Juliet serta dibangkitkan kembali oleh aku dan dia.

4. Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik, kenapa kamu cinta padaku sedangkan aku tidak pandai, kenapa kamu cinta padaku sedangkan aku gemuk. Tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?

5. Untuk apa adanya hari v-day? Bukan untuk mengingati hari tersebut tetapi untuk kau mengingatiku serta menunjukkan penghargaan kau padaku. Sekurang-kurangnya ianya berlaku setahun sekali.

6. Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menambat hatiku. Tidak ada dua dan tiganya. Biarpun kamu hanya insan biasa.

7. Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamumengubati sepiku, kelembutanmu mengubat lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku…

8. Antara kita ibarat langit dan bumi. Ramai yang mentertawakan apabila kita bersama. Namun mereka sebenarnya buta melihat rahsia di sebalik kekuranganmu. Biarlah aku sahaja yang tahu kerana hanya aku sahaja yang ingin hidup di sampingmu.

9. Kejayaan kau memilikiku bukan kerana ketampanan, kekayaan dan pangkat yang engkau miliki tetapi kerana kekurangan yang ada dalam dirimu terlalu sedikit berbanding dengan lelaki lain.

10. Berjuanglah habis-habisan untuk merebut cintamukerana peluang itu hanya datang sekali seumur hidup. Sekali cinta itu pergi selama-lamanya ianya tidak akan kembali lagi..

10 Petanda Dia adalah Jodoh Anda

Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

  1. Bersahaja
    Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
  2. Senang bersama
    Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
  3. Terima kita seadanya
    Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
  4. Sentiasa jujur
    Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
  5. Percaya Mempercayai
    Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
  6. Senang Bekerjasama
    Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
  7. Memahami diri kita
    Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
  8. Tampilkan kelemahan
    Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
  9. Kata hati
    Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
  10. Mimpi
    Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?


    Madah Cinta
    “ Manusia merancang, Allah menentukan.”

    “Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.” – Al-Quran

Kelebihan Bulan Rejab

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu :


a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.


11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.