ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

CERITA SANA SINI TENTANG " MAJLIS PELANCARAN ALBUM EVOTEES~



 Cerita kali ini ingin saya kongsi tentang meriahnya suasana sepanjang "Majlis Pelancaran Album 2 Devotees "Berjalan Tanpa Henti". Terbaik..Successfull, Delicous, Good and Thumnail. Apa yang baiknya kerana sepanjang majlis itu berlangsung alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar mengikut flow yang dirancang. Majlis berlangsung di Restoran Puteri, TTDI pada hari Jumaat (20.05.2011) merupakan juga ulangtahun yang ke 6 tahun Devotees bertapak dalam industri nasyid tanah air ini. (muda lagi Devotees nih)




Saya sebagai salah seorang Urusetia yang memegang jawatan (cewah formalnya) di beri tugas untuk menjemput Media untuk hadir ke majlis ini. Sebagai penolong kepada En. Adi Akmal b. Sehrom (Ketua) saya dipertanggungjawabkan dan diberikan amanah untuk menjemput media cetak dan media elektronik untuk turut hadir bersama untuk membuat liputan terkini. (Habis cerita part ini)

Jadual telah dibuat, tepat jam 9.30am bertolak dari pejabat Ez Qurban dan singgah ke Restoran NUR untuk sarapan pagi. (Nyum..nyum...diet pun tidak) lebih kurang dalam jam 10.ooam bertolak ke Restoran Puteri kira-kira hampir 15 minit telah sampai ke sana (saya di tipu ada insan yang beritahu 1 jam akan sampai ke sana..ouch...sangatlah nakal...) hehehehe....



Sesudah sampai disana semua ambil part kerja masing-masing. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Ramai media yang hadir tidak ketinggalan juga artis-artis jemputan yang hadir juga. Antara media yang datang ialah MHI, Galaksi (TV9), Melodi (TV3), Div@1 (TV1), Harian Metro, Gua.com dan banyak lagi. Antara tetamu dan artis jemputan ialah Inteam, Hafiz Hamidun, Salleh Brothers dan ramai lagi.


  Terima kasih juga kepada sahabat sepejabatku Kak Shima, Dayang, Fai, Norisz, Fitri, Pejei dan Aswad. Kita sama-sama terbaek..!!!!!!  :-)


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini :-