ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

Corat Coret 2010 Part II

Sambungan dari Corat Coret 2010 Part I.


Sedikit sahaja sambungan dalam Part II ni. Begitulah rutinku hari-hari. InsyaAllah sekiranya bersabar pasti banyak ganjaran yang diterima.

Hari ini aku menonton cerekarama di TV2 yang bertajuk "Nahi Mungkar". Antara barisan pelakon yang berlakon dalam drama tu Zamarul Hisyam. Pengajaran yang boleh disimpulkan dalam cerita ini adalah segala perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikkan dan segala perbuatan jahat akan dibalas dengan hukuman. Begitu besarnya kuasa Allah S.W.T sehingga tiada siapa yang dapat melawan kekuasaanya. Sebagai hamba kita patut bersyukur dengan apa yang telah diberikannya kepada kita. Apa yang ada hanyalah pinjaman semata-mata. Walaupun kita punyai pangkat dan darjat yang besar tetapi disisi-Nya kita bukan siapa-siapa. Hanyalah insan yang kerdil lagi hina disisi-Nya.

Aku terfikr sejenak dan mulai tersedar betapa manusia ini lemah. Mudah di tipu dan diputarbelitkan dengan kata-kata yang akan memusnahkan hidupnya sendiri secara tidak disedarinya. Melainkan iman yang ada pada dirinya benar-benar kuat dan berpegang teguh dengan Allah. Syaitan adalah musuh kita yang paling kuat. Aku juga sebagai manusia biasa kadang-kadang terlalu lalai dan leka dengan kehidupan duniawi semata-mata. Tetapi aku bersyukur dikurniakan kedua ibu bapa yang membesarkan aku dan mengenalkan aku pada pencipta-Nya. Setiap kali aku terlalai ada yang mengingatkan. Terima kasih Mak dan Abah kerana berjaya menjaga anakmu ini. Jasa kalian tidak akan dilupakan walau dimana sahaja anakmu berada.

Sebagai insan kita haruslah bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun apa yang kita terima tidak memadai tanamkanlah sifat sabar dan sentiasa bersyukur dengan semuanya. Pasti ada hikmah disebalik yang berlaku. Pasti akan diturunkan rezeki yang melimpah ruah sekiranya rasa syukur itu ada dalam diri kita. Didiklah diri dengan iman dan taqwa. Kuatkanlah hati dengan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan berusaha sehabis mungkin untuk masa hadapan. Perjuangan perlu diteruskan sehingga titisan darah yang terakhir.

Buat diri aku juga, banyak yang aku tinggalkan dan banyak juga yang aku terlupa. Aku perlu istiqamah dalam apa jua perkara yang aku lakukan. Setiap kesabaran, setiap cabaran pasti ada ganjaran yang akan diterima suatu hari nanti. Allah itu maha mendengar. Segala rintihan dan permintaan hambanya pasti akan dimakbulkan seandainya sifat sabar itu sentiasa tertanam dalam diri. InsyaAllah semuanya pasti akan termakbul jua.

Faktor kawan-kawan juga memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita. Kawan yang baik maka baiklah kita, kawan yang merosakkan maka rosaklah kita. Tanggungjawab kita adalah jangan sampai tersalah memilih kawan. Bak kata pepatah "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" Ehem...memang benar, tetapi haruslah memilih kawan yang baik dan mengajak kita kearah kebaikkan bukan kejalan yang akan memusnahkan hidup kita. "Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak perbuatan buruk padahnya" dalam pepatah ini dapat disimpulkan. Setiap apa yang kita hendak lakukan berfikirlah sepanjang-panjangnya jangan menyesal dikemudian hari. Kerana perkara yang telah terjadi tidak akan berpatah menjadi asalya melainkan dengan bertaubat kepada Allah.

Agama Islam itu suci. Jangan biarkan kita mengotorkannya dengan melakukan perbuatan yang melanggar syariat. Berpegang teguhlah kamu dengan agama Allah. Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran. Itu sahaja yang dapat saya akhirinya. Mudah-mudahan diri saya dijaga dan terjaga. Jauhilah dengan perkara-perkara yang menyesatkan ini. InsyaAllah.