ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

TARGET...!!!!!!!!!!!

Kali ini saya ingin kongsikan cerita lagi ....

Selamat meningkat umur buat Cik Siti Nor Fatahya ye. Setiap kali tahun baru pasti berkira-kira dengan usia. Semakin meningkatnya tahun makin meningkat jugalah usia kita. Selagi hayat masih ada lakukanlah dan gunakanlah masa yang ada itu dengan sebaiknya.

Banyak sangat target yang cuba dibuat. Semakin hari semakin banyak dan banyak sekali. Tahun baru ini target saya adalah ingin menjadi insan yang baik dan berbakti kepada ibu dan ayah.


Sebagai seorang anak saya rasa bersyukur dan redha dengan kehidupan yang ada sekarang. Tanpa didikan dari ibu dan ayah tentu saya tidak seperti ini. Dari saya tidak mengenali dunia, tidak mengenal huruf sehinggalah saya tahu siapa pencipta, saya tahu dunia dan saya mengenal huruf dan dapat melakukannya dengan sendiri.


Alhamdulillah walaupun saya bukan dari kalangan keluarga yang kaya raya, tetapi kami hidup sangat bahagia. Saya redha dan bersyukur dengan kehidupan sekarang walaupun dalam kesederhanaan. Sekurang-kurangnya saya merasai sedikit daripada kesusahan sebelum mendapat kesenangan di suatu hari nanti. InsyaAllah. Terima kasih Mak dan Abah. Alang sangat sayangkan Mak dan Abah sangat. Maafkanlah sekiranya ada kekasaran dan tindakan yang pernah alang lakukan sebelum ini. Setiap manusia itu bukanlah dilahirkan sempurna. Ada kelebihan dan keburukan. Semua itu tidak dapat lari dalam diri alang. Alang sangat bahagia dan berbangga mempunyai keluarga yang ada sekarang. TQ sangat-sangat. Alang cuba jadi anak yang baik dan berbakti kepada keluarga. 


Bila dibicarakan tentang target mestilah pencapaian yang berjaya kita capai.


1- Memiliki sedikit harta dunia (/)
2- Berbakti kepada keluarga (/) **tidak terkira jika dibandingkan dgn apa yg diberikan.
3- Mendapat segulung Diploma (/)
4-Mendapat segulung Ijazah (x) ada rezeki insyaAllah akan sambung
5- Dipermudahkan urusan jodoh (x) belum bertemu lagi. InsyaAllah pasti kena berusaha lebih. 
6- Mencari Ilmu akhirat (x) terlalu kerdil dan masih banyak lagi yang perlu di cari gali.


***banyak yang patut disenaraikan. Biarlah rahsia setakat ini.


Semuanya akan di usahakan pada tahun ini. AMIN.

Permulaan Bicara Tahun 2012

Sekejapnye masa berlalu.Baru rasanya saya berada dalam tahun 2011 kini SELAMAT DATANG TAHUN 2012. Begitu cepat dan pantas masa berlalu.


Sekadar ingin berkongsi apa yang terpendam dihati. Tentu ramai sekali dikalangan kita yang mempunyai pengalaman-pengalaman pahit, manis yang sangat sukar untuk dilupakan.


Begitu juga saya, sangat melalui saat-saat yang sangat pahit dan sangat manis. Tentu sekali pengalaman yang manis yang tidak aka saya lupakan sampai bila-bila akan tetapi pengalaman yang pahit itu biarlah terkubur dan saya akan paku dan pahatkannya sehingga apa yang dirasa dapat disimpan dan ditutup sedalam-dalamnya. Semua mengajar saya untuk terus berhati-hati apabila berkata-kata. Kejujuran sebenarnya sangat baik tetapi ia juga boleh memakan diri jika tersilap langkah. Apa yang ingin disampaikan sebenarnya adalah bersifat peribadi. Komunikasi yang berkesan apabila kita dapat berbicara secara empat mata dan tiada masalah komunikasi yang dihadapi. (bukan tidak ada tetapi dalam kadar yang sedikit).


Setiap daripada kita pasti mengharapkan yang terbaik untuk melangkah ke tahun baru ini. Semoga semuanya dipermudahkan dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.


Selagi hayat masih ada dan saya masih berpeluang ini, saya ingin cuba untuk mendalami ilmu dunia dan akhirat. InsyaAllah. Inilah masanya untuk saya berubah kearah yang lebih baik. 


Ilmu tidak akan kita dapat sekiranya tidak dicari. Sebagai orang Islam kita wajib menuntut ilmu. Tanpa ilmu siapalah kita.