ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

Penat..penat...penat.....meletihkan semenjak dua menjak ni. Dah masuk minggu peperiksaan dekat kolej, walaupun agak penat tetapi alhamdulilah berkat doa mak, abah, teman-teman alhamdulillah ku gagahkan jua diri ini untuk berjaya dan membawa kejayaan buat mereka, insyaAllah.

Pejam celik..pejam celik dah masuk hari ke 13 berpuasa, sekejap sangat masa berlalu...semoga Ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang lebih baik dari yang lepas.... Ya Allah hamba mohon agar diampunkan dosa-dosa hamba, berilah hamba kekuatan dalam mengharungi liku-liku hidup ini. Jangan biarkan hamba keseorangan menghadapi cubaan ini. Ya Rabbi Engkaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah tinggal lagi 2 paper lagi untuk dihabiskan, 16 semptember 2008 paper KPM 6003 (Pengurusan Media), alhamdulillah setakat ini adalah nota yang dah baca dan faham, ada yang susah jugak, tapi insyaAlah kene skor juga...dan last paper 23 september 2008 KMD 6003 (Komunikasi Media dan Dakwah), ehem...paper ni pun nakpak macam senang tapi tak boleh buat main-main...

Doakan ye wahai sahabat-sahabat sejatiku..insyaAllahhuta'alaminalaminin...