ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

MERAIKAN HARI PERPISAHAN 2 ORANG PELAJAR LATIHAN INDUSTRI EZ QURBAN SDN BHD DARI KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA (KIA)

Pada tarikh 11 April 2011 sehingga 17 Jun 2011 Ez Qurban Sdn Bhd telah menerima 2 orang pelajar Latihan Industri atau lebih mesra dipanggil pelajar praktikal dalam jurusan Diploma Pengurusan Pejabat dan Kesetiausahaan daripada Kolej Islam Antarabangsa, Gombak yang dikenali sebagai Imah@Fai dan Noriz. 

Kedua-dua mereka ini banyak menyumbangkan tenaga dan membantu dalam menyiapkan pelbagai kerja yang telah diamanahkan kepada mereka bak kata orang sangat selesalah dengan mereka ini. 

Mula-mula masuk masing-masing sangat pendiam dan malu-malu. Apabila sudah kenal masing-masing peramah dan tetap nampak sopan dan ayu. Hehehehehe...

Terima kasih kerana berjaya menghabiskan masa praktikal disini dan harapan saya semoga pengalaman yang dapat disini dapat di praktikan di mana-mana syarikat yang bakal kamu berdua kerja nanti. InsyaAllah.

Ucapan terakhir semoga berjaya dunia dan akhirat.


Wajah-wajah gembira :-

Makanan di taja oleh EzQ. Hehehehe
 Nampak gembira, tapi dalam sedih kot..Hehehehe
 Dapat hadiah, Surat penghargaan dan duit lagi. Hehehe...
 Sama macam yang dekat atas nih..:-)
 Dapat jugak hadiah TQ Fai@Imah
Dapat jugak dari Noriz. TQ :=)
Last snap, coolllll jeq..:-) 

MELAWAT FITRI DI HOSPITAL SELAYANG

Setiap hari Rabu tepat jam 06.00 petang hingga 07.00 petang menjadi kebiasaan semua pekerja Ez Qurban beriadah ke Sinamax, Gombak untuk bermain Badminton. 


Ini ini adalah hari Rabu bertarikh 08/06/2011, hujan yang sangat lebat tetapi kami semua tetap pergi ke sinamax untuk bermain Badminton, inilah masa untuk beriadah bersama-sama dengan rakan-rakan dan "release tension" setelah penat bekerja.


Tepat jam 7.30 petang, saya masih di pejabat setelah penat dengan aktiviti tadi, menerima panggilan telefon daripada "Jannah" seorang staff yang dulu pernag bekerja bersama-sama kami "part-time"lah kiranya. Sekarang menjadi sikcu tadika di Gombak dan sambung belajar "PJJ" di Serdang. Dia maklumkan kepada saya yang Fitri staff EzQ kemalangan masa nak pergi ke Sinamax untuk bersama kami dalam bermain Badminton.


Bila terima sahaj panggilan daripada dia, terus jadi lemah dan terkejut, hari yang masih hujan dengan sangat lebatnya ingatkan akan stay di rumah sahaja. Rupa-rupanya dia teruskan perjalanan dengan tidak kisah dengan hujan yang sangat lebatnya. 


Keadaannya teruk juga, kakinya patah sedikit dan tempurung kakinya lari. Dia telah di operation dan kakinya telah bercacak dengan besi. Mula-mual tengok sangatlah sakit. Harap dia akan sembuh seperti sedia kala. InsyaAllah. (saya pun tak tahu yang cakap macam mana coz ayat pun agak kurang dan bolehlah difahami) hehehehehe....pening kepala bila melihatnya.


Kini dia telah pulang ke rumah dan semalam 30/06/2011 ( Khamis ) dia ke Hospital Selayang, untuk Operation sekali lagi untyk di jahit kakinya semula setelah di operation. :-) semoga dia tabah dan cepat kembali untuk bekerja.






 
Sedikit gambar yang sempat diambil semasa kali pertama melawat fitri. Gambar terkini tak sempat nak ambil.

KARNIVAL INOVASI ISLAM DI MASJID NEGARA

Kali ini cerita tentang "Booth Al-Baghdadi Method Sdn Bhd" bersama-sama Ez Qurban Sdn Bhd di Karnival Inovasi Islam di Masjid Negara.

Kali ini bekerja di luar daripada pejabat selama 4 hari dari 2 jun hingga 5 jun 2011. Berganti-gantilah kami ikut shif masing-masing. 

Ramai juga pengunjung yang datang, alhamdulillah dengan cuaca yang panas setelah bekerja dengan air-corn yang sangat sejuk di pejabat sekali-sekala berpanaslahkan, seronok kerana dapat berkomunikasi dengan pengunjung. Terima kasih kerana sudi mendengar sedikit maklumat daripada saya yek...

Ramai artis yang hadir masa nih, semuanya berkumpul di booth Al-Hijrah, kebetulan TV ini baru sahaja dilancarkan di TV Astro saluran 114. Antaranya ialah Irma Hasmie, Kumpulan Maulid, Opie Zami, Farah Adeeba (TV9) dan ramai lagi. Imam Muda Azhar juga turut hadir dan sangat teruja apabila berdepan dengan imam muda itu.




Kumpulan Adik-adikku sayang bersiaran secara langsung pada hari Ahad penutup Karnival ini. Kumpulan Devotees juga turut diundang untuk membuat persembahan pada malam itu. 

Koleksi gambar sepanjang Karnival ini :-















CERITA SANA SINI TENTANG " MAJLIS PELANCARAN ALBUM EVOTEES~



 Cerita kali ini ingin saya kongsi tentang meriahnya suasana sepanjang "Majlis Pelancaran Album 2 Devotees "Berjalan Tanpa Henti". Terbaik..Successfull, Delicous, Good and Thumnail. Apa yang baiknya kerana sepanjang majlis itu berlangsung alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar mengikut flow yang dirancang. Majlis berlangsung di Restoran Puteri, TTDI pada hari Jumaat (20.05.2011) merupakan juga ulangtahun yang ke 6 tahun Devotees bertapak dalam industri nasyid tanah air ini. (muda lagi Devotees nih)




Saya sebagai salah seorang Urusetia yang memegang jawatan (cewah formalnya) di beri tugas untuk menjemput Media untuk hadir ke majlis ini. Sebagai penolong kepada En. Adi Akmal b. Sehrom (Ketua) saya dipertanggungjawabkan dan diberikan amanah untuk menjemput media cetak dan media elektronik untuk turut hadir bersama untuk membuat liputan terkini. (Habis cerita part ini)

Jadual telah dibuat, tepat jam 9.30am bertolak dari pejabat Ez Qurban dan singgah ke Restoran NUR untuk sarapan pagi. (Nyum..nyum...diet pun tidak) lebih kurang dalam jam 10.ooam bertolak ke Restoran Puteri kira-kira hampir 15 minit telah sampai ke sana (saya di tipu ada insan yang beritahu 1 jam akan sampai ke sana..ouch...sangatlah nakal...) hehehehe....



Sesudah sampai disana semua ambil part kerja masing-masing. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Ramai media yang hadir tidak ketinggalan juga artis-artis jemputan yang hadir juga. Antara media yang datang ialah MHI, Galaksi (TV9), Melodi (TV3), Div@1 (TV1), Harian Metro, Gua.com dan banyak lagi. Antara tetamu dan artis jemputan ialah Inteam, Hafiz Hamidun, Salleh Brothers dan ramai lagi.


  Terima kasih juga kepada sahabat sepejabatku Kak Shima, Dayang, Fai, Norisz, Fitri, Pejei dan Aswad. Kita sama-sama terbaek..!!!!!!  :-)