ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~17/06/2010@ PULAU MABUL-BOT-SUKANEKA-SNOWKELING-HOTEL~



Hari ke dua bersamaan dengan hari Khamis. Inilah saat yang dinanti-nantikan akan ke PULAU MABUL yang indah sekali. Dalam kepala ni bayangan pulau yang inginku redahi, inginku selami. Hehehehe...Menjadi kenyataan apabila melihat lautan yang sangat cantik dan jernih sekali airnya.




Bot...Bot...Bot...tanpa keselamatan, insurans, Astaghfirullahalazim... Semuanya diluar jangkaan. Tetapi alhamdlillah perajalanan pergi dan pulang semuanya selamat. Telingaku semakin kurang pendengaran angkara enjin bot yang sangat kuat. Tetapi sekarang dah ok dah. :).


Sesampai disana diberikan sedikit taklimat ringkas dan pecahan kumpulan. Kanak-kanak dan golongan dewasa. Permainan meniup belon, ikat kaki yang diiringi oleh Kak Mas. Manakala untuk permainan dewasa pula diiringi oleh Dj Erwan, permainannya ialah tendangan bola dengan mata ditutup. (Hehehe...main tulis je nama sukan dia).

Itu dia bidan terjun, Gol Keeper sementara, di import dari Luar Negara. Susah nak dapat tender nih. (Hehehehe). Dah macam nak kene tembak pun ada nih. Huhuhuhu...Apa2 pun saya beraya buktikan sayalah Gol Keeper yang boleh kalahkan Gol Keeper German. Hehehehe...:)


Ini yang best. Part ni yang sangat best. Bermandi-manda dan melihat keindahan alam semulajadi. Oleh kerana banyak sangat batu karang, tak dapat nak ketengah-tengah. Walaupun cetek tapi kakiku sangat sakit. Mandi dekat2 je tetapi airnya dalam. Puas dengan apa yang saya nampak. Tapak Sulaiman, Batu Karang, Cengkerang...dapat pegang lagi. Tapi tak sempat ambil gambar.


Seharian di PULAU MABUL memang sangat indah sekali. Ramai yang ambil masa untuk melihat keindahan alam. Semua turun padang. TAHNIAH SEMUA!!!!