ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

CORAT-CORET 2010 PART II

Bertemu kembali...Setelah beberapa hari meninggalkan My Lovely Home ni terasa rindu yang amat sangat kerana disinilah tempatku meluahkan apa yang terbuku, berkongsi dan sebagainya.

-Pengisian Program hari ini :
   a. Kerja seperti biasa dari jam 9am-5pm.
(Di office banyak kerja yang perlu disiapkan, hampir hari-hari kerja tak pernah habis. Bukan berkurang tapi makin bertambah adalah.)

   b.  Rehat. Tapi hari ini tak makan pun dari pagi sampai petang. Balik rumah baru makan. Diet sikit,  tapi nak kata diet tak jugak memang takde selera makan.

   c.  Macam biasa buka facebook, Blogger, Game dan yang seangkatan dengannya untuk tenang fikiran.

   d.  On-Air di Radio Ikim.fm (Kembara Ukhuwah Surabaya). Ustaz Jalan, Ustaz Azhar dan Sarah ke sana.

   e.  Macam biasa saya menjaga panggilan dari pendengar setia Kembara Ukhuwah.


Itu yang saya ingat. Ada banyak lagi tapi saya tak ingat sangat.

Makin hari makin mantap dalam banyak hal. Itulah roda kehidupan manusia, ada kala berada di atas dan ada kala berada di bawah. Lagi banyak usaha yang dibuat lagi banyak hasil yang kita dapat. Lagi menguntungkan lagi banyak yang datang bergolek-golek.

Langkah telah dicipta dan tunggu apa yang berlaku seterusnya.
          

~CORAT-CORET 2010 PART 1~

Salam Ya Salam...

Syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya ana masih lagi bernafas dan diberikan usia yang panjang untuk menikmati sisa-sisa hidup ini. InsyaAllah, mudah-mudahan akan digunakan dengan sebaiknya.

Barulah ada masa untuk mengedit blog ini. Dah lama rasanya tak mengedit dan meluang-luangkan masa di alam mayaku ini. :). Terasa rindu yang teramat sangat untuk berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang akhir tahun lepas 2009 dan juga tahun ini 2010. Membuka lembaran baru dengan azam yang baru dan titik permulaan yang baru. (Hanya ana je yang tahu apakah lembaran itu). Tetapi apa yang penting ana perlu seiringkan masa dan keadaan untuk terus kehadapan dan mencabar diri untuk menjadi lebih baik. Perlukan agresif dan inivatif. (Ehem...psst...jangan tanya apa ni ye saya je yang tahu) hehehe..:).

Sepanjang akhir tahun lepas banyak sangat dugaan dan keperitan yang aku alami. Dari segi dalaman dan luaran. Wah bunyi agak menakutkan je ye. Masalah yang agak rumit tapi boleh diselesaikan dengan baik dan berhemah.

Aku flashback semula apa yang berlaku sebelum ni. Banyak sangat tapi apa yang ingat aku akan tulislah. Aku kehilangan "Nenek Kesayanganku" pada bulan januari 2010. Agak sekejap juga masa berlalu tetapi sempat jugak aku tersenyum dan bergurau dengan arwah nenekku. Apa yang tidak dapat dilupakan. Setelah akhir hayatnya kami sekeluarga, anak-anak arwah, cucu-cucunya, cicit-cicitnya dan jiran tetangga tidak lepas menyedekahkan Al-Fatihah dan Yasin buat arwah nendaku.  Kali terakhir aku juga turut serta dalam proses memandikan mayat, mengkafankan dan mengsolatkan jenazah arwah nendaku. Inilah kali pertama aku menguruskan jenazah. Syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Inilah pengakhiran hayat manusia, tiada siapa yang akan hidup beribu tahun melainkan Allah. Kita adalah peminjam atas bumi ini. Apa yang kita patut lakukan adalah dengan sentiasa beramal dan meninggalkan apa yang dilarangan-Nya. Kehidupan manusia terlalu singgat. Jadi gunakanlah masa ini dengan mendekatkan diri kepada-Nya. 

Sedekahkan Al-Fatihah buat nendaku. Semoga rohmu dicuci rahmat dan tenang disana. Amin.

Tutup cerita ini dan aku buka cerita baru.

Kisah sedih yang lama-lama telah aku tanam jauh-jauh. Sejauh mana, dan dimana aku pun tak tahu. Tetapi memang jauhlah. Hehehe.:). Tahun baru, semuanya kene baru, tapi buat yang dan ada kekasih hati tu jangan pulak nak baru lagi-lagi yang dah kawin. Setia pada yang satu. :).

Semuanya kenalah gembira dan tenang lagi aman. Aku banyak nak kongsi tapi banyak yang aku lupa. Dalam kotak memori aku ni apa yang aku ingat adalah kisah-kisah gumbira sahaja. :).  Kisah lucu banyak sangat tapi aku tak tahu nak kongsi kisah ni macam mana. Bak kata pepatah aku tak tahu nak tulis lucunya bagaimana.hehehe...

Aku akan edit dari masa ke semana. Takat inilah dlu yang dapat dicoretkan. Hari pun dah lewat malam. Ehem dah pai rupanya. So terpaksalah aku tidur. Esok nak bangun pagi, bangunsubuh dan banyak kerja yang nak dilakukan lagi. Nasiblah hari cuti. Yea...Cuti...hehehe..kalau bleh sambung hari selasa lagi bagus. Tapi tak dapat...rasa muram la sebab semuanya cuti aku sorang je yang kerja. Uwaaaa.... Tapi takpa itulah namanya ikhlas. Kenalah ikhlas walaupun banyak dugaan. Iman kene kuat inilah salah satu ibadah namanya. :)