ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~ Luahan Perasaan II ~

Malam yang hening terasa amat sunyi sekali. Aku kesunyian tiba-tiba mengenangkan kisah laluku. Terkenang-kenang kisah suka dan dukaku. Masa yang berputar amat cepat sekali. Membuatkan aku lemas dalam jaga. Apa yang dimaksudkan dengan lemas dalam jaga tu? Walaupun aku hidup tetapi aku kelemasan dengan suasana sekelilingku. Argh...kenapa boleh jadi begini ye....
Pengalaman mengajar aku erti kehidupan. Masa lalu aku tidak boleh aku lupakan dan terkenang sehingga kini. Aku lupa siapa diri aku yang sebenar. Siapa aku! Insan yang bernama manusia, sama sahaja dengan yang lain. Punya hati, punya perasaan, dan punya segala-galanya.
Aku mula mengenal apa itu CINTA sejak dibangku sekolah. Umur yang hanya belasan sudah pandai berpacaran bak kata dalam drama-drama Indonesia. Seorang lelaki yang baik, penyayang dan pelembut hatinya. Biasalah "Cinta Monyet", orang lain nak bercinta, kita juga ingin bercinta. Sehinggalah 2 tahun lebih dan akhirnya perhubungan tidak boleh diselamatkan dan berakhir ditengah jalan. Tetapi hubungan kami baik walaupun sudah tiada apa-apa hubungan.
Hubungan itu boleh dipupuk dengan pelbagai bentuk. Tetapi aku tidak tahu bentuk apakah yang dimaksudkan itu. Agak sukar untuk aku menerimanya.
Semakin ramai lelaki yang aku kenal, semakin aku mengenali watak-watak lelaki. Semakin aku mengenali semakin aku rasa kurang yakin untuk berhadapan dengan pehubungan yang lebih jauh. Meletihkan diri apabila memikirkan ini sahaja. Aduh.....apa yang patut aku buat...
Kisah ini akan bersambung lagi....