ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

CERITA DI JOHOR PULAK

~Habis cerita ke Kuantan, bersambung untuk bercerita tentang travel ke Johor pulak. Syoknye tidor dalam kereta. Sudah tentu penat. (Tido berjam-jam, buka mata makan, minum, tengok pemandangan pastu tido balik)~

~Dalam perjalanan macam biasa ambil gambar ler. Berhenti rehat dan makan-makan. (Solat jamak).~

~Sampai di Danga Bay -Johor tepat jam 9 lebih (malam masa ni).~


~Nyum2...Chiken Chop ala2 Dhanga Bay~hehehe...~
~Tambahan minuman dengan choc shake..huhu..menyelerakan
(tengah lapar time nih tak kira nak jugak :)~

 ~Uwaaa...tak perasan, gambar candit...~

~Selesai makan, bermulalah perjalanan ke UTM, Skudai ambil masa lebih kurang dalam setengah jam. Banyak sungguh kereta malam tu, melihat keindahan singapore amat teruja untuk kesana, malangnya pasport takde....uwaaaa...~
~Tepat jam 12 lebih sampai di UTM. Mengantok yang teramat sangat, menunggu pulak kunci dari si pemilik rumah yang kami sewa. Punyalah lama, kaki dah lenguh2(Penat tetap penat). Lebih kurang 15 minit sampailah kuncinya. Dalam hati gumbira sebab boleh tido terus (tapi solat dulu-jamak takhir).~

~Yuhu...bende nilah yang paling geli. Ada "LIPAS" pulak dalam bilik. uwaaaaaa...terpaksalah buat muka tak malu, jumpa "Cik mah- nak minta bunuh lipas tuh...hehehehe...tup2 cik mah suh pindah bilik. (penukaran bilik pun bermula). Saya tido di bilik besar.(TQ CIK MAH).Nyamannye....esok kene bangun awal kul 6 dag bangun~

~Masa untuk mulakan tugasan yang seterusnya. Buka meja pendaftaran dan kelaurkan barang-barang keperluan seperti biasa. Set buku, banting, resit, pen dan banyak lagi.
~Ramai peserta yang hadir, ada datang awal sangat dan ada pulak yang datang lewat, datang time nak rehat pun ada. (hehehe...ada hal yang tidak dapat dielakkan tapi tetap juga hadir). Semangat macam ini yang kita mahu.~

~Meja pendaftaran peserta (selesai pendaftaran dan berehat sebentar)~

~Fokus dengan penerangan Ustaz jalal~

~sesi latihan dengan menggunakan teknik al-baghdadi(ketukan huruf)~

~Yezaaa~
~Sesi berehat nih...~
~Ehem..Harmaini apalah yang difikirkan tu ye!!!~

 ~Fokus untuk siapkan resit peserta. (Yang itu Cik Mah&Bekas pelajar SMIP)

 ~Pejei sibuk dengan sijil peserta~

~Sesi penyampaian sijil. Masing-masing menunggu peserta
(Ustaz Azhar dan Aswad)~

~Selesai sudah akhirnya. Selama 2 hari kursus. Esok kerja pulak.~
~Singgah di R&R Machap untuk makan dan solat. Nyum2 makan ais krim mahal..sedapnye....(tapi tempat ni banayk sangat lalat) tension giler...~

~Singgah di Ayer Keroh untuk beli Belacan untuk mak, dan kacang tumbuk untuk semua familyku (itu kesukaan semua keluargaku).~

~Tepat jam 10 malam sampai di Office. Angkat2 barang dan terus balik..yeeeaaa...~