ADVERTISING

TEMAN SAYA DI BLOGGER

HARGAILAH DIRI KERANA DIRI BUKAN RINGGIT NILAINYA...

Adakala  pergaduhan  berlaku bukan kerana masalah yang besar, tetapi kerana sikap  ego  dan  sukar  bertolak  ansur merajai diri. Pergaduhan adalah permulaan kepada keretakan hubungan silaturrahim. Terputusnya silaturrahim maka terputuslah rahmat dari Allah.

Hati kita akan merasa tidak senang apabila kita membawa sampah kotor dan  busuk  ke mana  sahaja  kita pergi. Beginilah  rasanya  apabila kita menyimpan perasaan benci dan marah pada orang lain. Buanglah perasaan itu kerana ia hanya akan membebankan kita. Perkara yang kotor, busuk dan buruk tidak harus disimpan dan dibawa ke mana-mana pun bersama kita.

Beribadah dengan kuat akhirnya menjadi rugi apabila amalan itu ditayang-tayangkan pada umum . Usahlah bercerita tentang ibadah yang dilakukan demi meraih pujian dan perhatian teman. Kerana yang memberi ganjaran ke atas setiap amalan yg dilakukan hanyalah Allah. Biarlah Allah saja yang tahu segalanya.

Tiada kesudahan kesalahan dan dendam yang diungkit-ungkit. Hanya akan menambahkan benci, menyakitkan hati dan mengganggu jiwa raga. Orang yang suka mengungkit-ngungkit mudah dikuasai syaitan.

2 comments:

  1. Syabas..sahabatku..pagi ni daku bertambah semnagat untuk bekerja. teruskan usaha untuk menulis dengan lebih banyak lagi..

    dri permata umi

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda disini :-