ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~ Luahan Perasaan ~

Sekadar meluahkan perasan yang agak jiwang sedikit disini, hehehe..jiwa kacau malam-malam ni la...aduh letihnye hai kalau menghadapi penyakit jiwa kacau ni..hehehe...
Bak kata remaja sekarang ni lah, bila datang je jiwa kacau ni mesti ada masalah percintaan, hehehe...yeke? apa betul ke kebenaran ni? hahaha.nanti aku selami dengan sedalam-dalamnya...
Kehidupan seseorang insan tu tak pernah lari dari melakukan kesilapan. kadang-kadang kehidupan ini macam roda, ada masa kita akan ada di atas dan kadang kala kita akan ada dibawah. Ia tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah. Begitu juga dengan perasaan boleh berubah-ubah tanpa kita ketahuinya.
Hati dan Perasaan nampak macam satu pasangan yang rapat antara satu sama lain. Begitu juga apabila adanya lelaki dan perempuan. Kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain. Selagi ada hati disitulah letaknya Perasaan.
Hati aku memang berubah-ubah. Tiada siapa yang boleh membaca hati aku, kadang pada masa yang sama tak ada siapa pun yang dapat membacanya. Aku juga kadang-kadang tak dapat baca isi hati aku sendiri.
Sukar untuk meluahkan rasa kasih atau sayang pada seseorang. Apatah lagi perasaan cinta. Perkataan Cinta melemahkan kepala lutut aku. Aku tak tahu berhadapan dengan CINTA. Memang ada yang cuba untuk mendekati aku, tetapi ada sahaja yang membuatkan aku rasa kekok dan tidak tahu melakukan apa-apa. Pernah aku menerima cinta seorang insan tetapi putus ditengah jalan, ada yang tidak sampai ditengah-tengah hubungan yang terbina behenti setakat itu sahaja. Sukar untuk mencari keserasian antara kami berdua. Perkataan MEMILIH, itulah yang aku dengar dari kawan-kawan yang mengatakan aku seorang yang memilih. Apa-apapun aku tidak kisah apa yang mereka ingin katakan.
Bukan ketampanan, Bukan Harta Kekayaan yang aku mahukan dari seorang insan yang bernama lelaki. Cukuplah sekadar hati yang jujur dan ikhlas dalam sesuatu perhubungan itu. Mahu menerima setiap kelemahan yang ada dan membantu dalam memperbaikinya. Arghhh...betapa sukarnya mencari..betapa sukarnya menanti...betapa peritnya hati...betapa sakitnya perasaan...betapa hancurnya badan...
Aku kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan...Perjuangan perlu diteruskan..insyaAllah...
Kisah ini akan bersambung lagi...