ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1431




Syukur Alhamdulillah, Dengan Limpah Kurnia-Nya dengan Izin-Nya saya masih diberikan kesempatan dan peluang untuk terus hidup di dunia ini. Semoga amalan dan amal kebajikan dapat dimantapkan dari hari ke hari dan seterusnya.


Berakhir sudah bulan Zulhijjah dalam bulan islam. Esok merupakan tahun baru islam, 1 Muharam 1431 Hijrah.  Dimana kita berazam menjadi terbaik dari yang terbaik. Berazam sesuatu yang baru dan mentop-up segala kekurangan yang ada pada diri kita. Tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan diri kita sendiri. Kesempatan yang ada ini kita perlu gunakan dengan sebaiknya.


Saya perlu berubah dari semasa ke semasa. Banyak ilmu yang perlu saya top-up dari pelbagai segi. Subhanallah banyak sebenarnya yang ketinggalan. Berguru dengan ilmu dan menjadi pendidik yang baik.


Apabila tiba akhir bulan Zulhijjah. Seluruh umat islam akan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Sempena menyambut tahun baru islam dimana kita sentiasa berhijrah dari segi pemikiran, hijrah dari segi amalan dan hijrah dari segi ilmuan dan banyak lagi.





Doa Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca doa ini, maka syaitan akan berkata
"Hampalah kami disepanjang tahun ini"







Maksudnya :




Allah S.W.T berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.




Wahai tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan dimana dimana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.




Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu. Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka. 




Doa Awal Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insyaAlah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun.







Maksudnya :


Allah S.W.T berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim yang awal dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tenera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu. Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.