ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd,
OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail,

hendaklah kamu mengambil ikan itu....


Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia
akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin
TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada

takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....

cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..

Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....

Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,


TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu
ISTIMEWA....


Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya. ...

akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan
TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk
dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah,

cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....

yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.


MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. .. Mengapa kamu berlengah,


cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar
KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia
menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL....



Thanks & best regards,
Nurnarita Muhammad Safian
"GOOD THINGS COME TO THOSE WHO CAN WAIT..."

OPSSSS......

Hari ni pagi2 dah bangun, hehe...selalunye tabiat ct suka sgt tiduq...ni tak tahulah apa yg membuatkan tak tidoq tak tahulah....ehem....hari ni betul2 tension sebab apa nak tau? sebabnye pasal kucing yg membuatkan diriku ini pening...Kucing..Kucing..Kucing....memang betul ko kucinglah....bangun pagi2 nak sahur Ya Allah bau yg memang benci selama ni tak tahan sgt2..boleh pulak dia pi b....(tet...paham2lah ye) depan bilik hostel...baunye Ya Allah semerbak kalah minyak wangi aku...ngeh2....memang tension giler....nasiblah diberikan kesabaran yg tinggi kalau tidak nampak je kucing ikutkan hati nak je babap2 punggung dia...ngeh2....ikutkan hati..tapi nasib tak ikut...hahahah.....

Nak bercerita tak tahu nk bercerita dekat sapa, blog nilah destinasi dan persinggahanku yg utama dalam hidupku selain diariku. Opsss.....tercerita pulak..takpe....

Sekarang ni minggu exam, alhamdulilah dah selamat jawab 2 paper tinggal lagi satu paper....nak kata senang tu takdelah...azab jugak....nak dibuat cerita tak penah2 aku buat dalam exam ni lah pertama kali aku buat....Memang lalai sgt time tu...dah last minutes baru nakpak....memang tekejut beruk sgt2...nasiblah dapat jawab semua soalan tu..tapi ada setengah yg aku tak dapat nk elebratekan..just bg poin je...memang tak puas hati...tension aku..tension.....lalai betul la aku time tu....kenapa ntah aku pun tak tau? nasiblah aku boleh buat...dah ada poin just huraikan je....tapi itulah masa aku nak menggoreng apa yg patut..ntah apa2 yg aku goreng pun aku tak tau....

Uish.....memang pening maaaa....aku tension buka pose tu terus aku makan byk..ngeh2....takpe bdn aku slim dah..kekekeke....bende dah lepas takleh nak unduq balik...kalo lah aku ni leh jd doremon lama dah pi bilik pensyarah tukaq jawapan..ngeh2...kalo doraemon....ngeh2...

Apa lagi ek....bulan2 pose ni aku jarang borak2 ngan member melalui talian SMS..hehe..kalo perempuan tu adalah kalo ajnabi tu kureng...sebab bulan pose..kene berjaga2..hehe...jangan mare ye sapa yg baca.....
hahaha.....dapat mesej dari mahabbah terus terpikiaq siapa mangsaku...kui3....jeng2....kenapa ek nak lima je...org bg la sepuluh ke....ish2 tak paham betul budak2 ni..bab2 mengena memang nomboq satu la....kenapa ea mangsaku yg ni :hahaha

Mahabbah :

Saudari ni selalu gak masuk blog ni..hahaha....dia dok pekene ni pun nak balas balik..kahkahkah.......

Saudara Amin Khalidy :

ct penah masuk web dia...rasa best pulak byk maklumat dekat sana....

Muyassarah :

ehem ni pun br je, masuk2 web nye banyak bahan lawak...

Sakinah :

Yang ni sahabat lama...heheh....kadang2 selalu tanya dia apa yg tak tahu..hehehe...then selalu gak jenguk2 blog dia...

Muslim Voice :

Dia ni lah org pertama yg ct kenai dkt grapesnasyid..then dia ada gak masuk blog...hehehe...takpelah lalu lalang je...masuk gak....kekeke

Minta maaf la ye dekat korang...kekeke...kita sama terkenalah gamaknye...sekadar suka2...jangan mare lah bulan2 pose ni..tak baik...

EHEM TERKENA JUGAK

TAG...TAG....TAG AKU PUN TERKENA...TAG...TAG..

Tengah malam dah....ct ngah study....datang satu mesej shoubox dari cik mahabbah......

salam cik ct, jemput dtg di blog saya, ada buah tngn untk ct.. epi2 sokmo

memang saja je cik mahabbah ni suh ct tergelak tengah malam buta ni.... ingatkan apa tadi...buah tangan katanya..ingatkan nak bagi duit raya..almaklumlah sekarang dah pertengahan ramadhan, mana tahu ada kad2 raya yang comel2 untuk ct ke...hehehe...cepat2 lah ct masuk upa2nya.....

Ni dia katon ala2 macam kepala UPIN IPIN ni, menyengih je....dalam blog ct ni....agak2 macam kerang busuk..nasiblah comel..hehehe...Dia pun nak sinar2kan senyumannya di bulan RAMADHAN ni dalam blog ni....

Ini dia.......buah tangan yang agak2 comel gitu, macam admin blog ni..hehehe......hampeh betul cik mahabbah ni....bab2 mengenakan orang memang nombor satu. Rupa2nya blog cik siti ni tersenarai dalam blognye...hehehe...memang comel....rasa2 macam nak cubit2 pipi cik mahabbah ni..heheheh......
Jadi tugas saya adalah mencari kawan senaraikan orang2 yang bakal mendapat tag ini,,setelah saya pikir panjang2,, ini lah antara sahabat2 blog saya yang bakal di TAG ahakss... :

Saudari Sakinah

Saudari Mahabbah

Saudara Amin Khalidy

Saudari Muyassarah

Muslim Voice

maka adalah wajib bkn sunat @ jawaz mangsa2 yg namanye tertera diatas utk mengambil TAG ini dan mempamerkan diblog serta menyenaraikan 5 mangsa korg yg berikut pulak..sila jangan lebih dari 5 kerana ini SYARAT nye.. jgn nak lobih2 plak. ikut aje arahan.dingatkn jgn sesekali nak ngelak2 plak.okeh??moga dgn permainan TAG MENGETAG ini ukhwah kt sesama semakin erat dan kukuh..(hehe curi MAHABBAH BALIK....:P )

Penat..penat...penat.....meletihkan semenjak dua menjak ni. Dah masuk minggu peperiksaan dekat kolej, walaupun agak penat tetapi alhamdulilah berkat doa mak, abah, teman-teman alhamdulillah ku gagahkan jua diri ini untuk berjaya dan membawa kejayaan buat mereka, insyaAllah.

Pejam celik..pejam celik dah masuk hari ke 13 berpuasa, sekejap sangat masa berlalu...semoga Ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang lebih baik dari yang lepas.... Ya Allah hamba mohon agar diampunkan dosa-dosa hamba, berilah hamba kekuatan dalam mengharungi liku-liku hidup ini. Jangan biarkan hamba keseorangan menghadapi cubaan ini. Ya Rabbi Engkaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah tinggal lagi 2 paper lagi untuk dihabiskan, 16 semptember 2008 paper KPM 6003 (Pengurusan Media), alhamdulillah setakat ini adalah nota yang dah baca dan faham, ada yang susah jugak, tapi insyaAlah kene skor juga...dan last paper 23 september 2008 KMD 6003 (Komunikasi Media dan Dakwah), ehem...paper ni pun nakpak macam senang tapi tak boleh buat main-main...

Doakan ye wahai sahabat-sahabat sejatiku..insyaAllahhuta'alaminalaminin...

KADAR ZAKAT FITRAH TAHUN INI....


...BAYAR YE JANGAN TAK BAYAR...

2008



Assalamualaikum. ..


Mari kita Setting NIAT,


Upgrade IMAN,


Download SABAR,


Delete DOSA,


Approve MAAF & Hunting PAHALA


Agar Kita Getting GUEST LIST


Masuk SYURGA-Nya.


Pulang ke kampung SYURGA naik kereta JIHAD yang petrolnya ISTIQOMAH,

Dengan pemandunya memandu penuh KEIKHLASAN,

Lalu di jalan IMAN,

Tapi jangan Lupa bawa Peta Al-QURAN & SUNNAH agar kita tak sesat di tengah jalan...

juga jangan lupa bawa bekal TAQWA.....


Semoga kita semua akan bertemu disana.


Kini Ramadhan hadir lagi dan dengan segala kerendahan hati maafkanlah segala kesalahan saya selama ini. MARHABAN YA RAMADHAN.

"Allahumma Bariklana fi Rajaba wa Sya'bana Wa Balligna Ramadhan"


Selamat mempersiapkan diri untuk menjalankan ibadah puasa 1429 H. Mari kita kuatkan Iman, bersama menyongsong kehadiran bulan yang penuh dengan Kemuliaan, Maghfirah dan Keberkatan ini.....INSYALLAH

Perutusan Khas Semperna Ramadhan al-Mubarak

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.
Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.
Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.
Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.
Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - mks.
Presiden PAS
-- Berjuang,berjuang, berjuang dan terus berjuang!!!
Sumber : Visit to Blog : http://www.perisik- rakyat.com/

Al-Hadith - Antara 5 Kelebihan Bulan Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."
(Riwayat Imam Ahmad)

5 MosT HandsOme Man in tHe WoLd

Most handsome Saudi man.. the grandson of king Faisal

Hrithik RoshanMost handsome Indian man.... actor

Imran Abbas Most Handsome Pakistani actor

Tarkan Most handome Turkish man... singer

FazzaMost handsome Emeriti man

Most handsome
South African man!!!


HAIYOO . . I only told u . . . 5 only . . . :P