
Masih diberi kesempatan untuk terus berkarya dan meluahkan segala isi hati yang sedalam-dalamnya di dalam blog ni. Tempat meluahkan segala isi hati yang terpendam jauh ke dasarnya. Akanku berikan sepenuh perhatian untuk sentiasa mengupdate dan memberikan keceriaan di dalam blog nih. Bukan sahaja keceriaan untuk diriku malah keceriaan untuk pengarang jantung hatiku ini...Hehehe...Sapa lagi blog ni lah. :)
Untuk karya seterusnya rasanya tak sempat untuk dicoretkan malam ini. Nampaknya batery laptopku semakin menunjukkan kemerah-merahannya. Tanda yang aku tidak suka melihatnya. Hehehehe....memandangkan charge batery laptopku rosak terpaksalah aku bertahan dan bersabar untuk beberapa hari ini. Aduhai rindulah aku disini.
InsyaAllah akanku coretkan segala isi hatiku disini. Biarkan hatiku sentiasa tenang setenang air di lautan dan angin di daratan. Wah, ayat berbunga-bunga. :)