ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

SAMBUNGAN SINETRON NIKITA EP 4

EPISOD 4 PART 1


EPISOD 4 PART 2


EPISOD 4 PART 3


EPISOD 4 PART 4


EPISOD 4 PART 5


EPISOD 4 PART 6

SAMBUNGAN SINETRON NIKITA EP 3

EPISOD 3 PART 1


EPISOD 3 PART 2


EPISOD 3 PART 3


EPISOD 3 PART 4


EPISOD 3 PART 5


EPISOD 3 PART 6

SAMBUNGAN SINETRON NIKITA EP 2

EPISOD 2 PART 1


EPISOD 2 PART 2


EPISOD 2 PART 3


EPISOD 2 PART 4


EPISOD 2 PART 5


EPISOD 2 PART 6


EPISOD 2 PART 7

SINETRON NIKITA

EPISOD 1 PART 1


EPISOD 1 PART 2



EPISOD 1 PART 3


EPISOD 1 PART 4


EPISOD 1 PART 5


EPISOD 1 PART 6

BINTANG UTAMA KETIKA CINTA BERTASBIH-RASMI-


AKTRESS INDONESIA


MARSHANDA

Andriani Marshanda yang akhrab dengan panggilan "Caca" atau "Chacha" ini lahir pada 10 Ogos 1989, di Jakarta, Indonesia. Kini berusia 20 tahun merupakan seorang artis muda yang banyak membintangi sinetron, iklan, seorang penyanyi dan juga pengacara yang tidak asing lagi di Indonesia.

Anak sulung dari tiga beradik ini adalah anak kepada Irwan Yusuf dan Riyanti Sofyan merupakan pengurus kepada artis muda ini. Gadis yang berzodiak Leo ini sangat aktif dalam bidang lakonan dan berjaya membawa watak-watak yang dilakonkan.

Marshanda yang beraga Islam memulakan kariernya dalam dunia periklanan sejak kecik di peringkat sekolah rendah dengan tidak sengaja dan kebetulan. Pada waktu itu, ia menemani Mak Ciknya yang merupakan model terkenal iaitu "Chintiya Rustam", bekas model iklan sabun Lux dan terjun ke iklan Citra Lintas. Sesampai di sana Marshanda diminta untuk casting. Akhirnya terpilih untuk membintangi iklan Bank Danamon. Seterusnya Marsha banyak membintangi iklan TV mahupun melalui media cetak. Antaranya ialah Filma, Cadbury, Supermi, Tango, Chicken Nuggets, Vaseline dan banyak lagi.

Khabaran Dariku Untuk Hari Ini Isnin 080609

Sambungan kisahku yang lalu.... :-) salam pertemuan buat viewer yang sudi melawat blog kesayangan terindahku ini...

Selamat sudah, pihak yang berkenaan telah pun memberitahu aku yang dia akan mengeluarkan surat memohon maaf kepada aku. So aku akan bagi pada clien aku supaya tidak timbul masalah dikemudian hari. Paper hari ini aku lihat, terselit iklan clien aku. Syukur segalanya berjalan dengan lancar.

Kisah aku lagi... Macam biasalah kemana-mana aku akan drive, kadang-kadang ada masa aku ok, aku drive pun ok, tapi bila tak ok macam orang gila jugak aku dibuatnya. Aku pun temankan insan yang bernama ramlee ni ambil absobernye di kedai aksesori keretalah mana lagikan. Tepat jam 2pm barang-barangnya pun sampai. huhuhu... otak aku makin serabut dengan masalah, jadinya si abg ramlee ni gerun jugak dengan aku...bawa kereta macam apalah aku pun tak tau, dia yang tau... antara ayat dia ek... (ehhh..ko ni yaya tau bawa ke tak, gerun jugaklah ko bawak...) ahaks... pstt - Otak ngah pening dengan masalah macam tu lah aku bawa...

Wah, dengan bantuan abg hafidz segala-galanya berjalan dengan landar...mengedit untuk di masukkan ke dalam buliten. Pihak yang bertanggungjawab khabarkan pada aku yang dia bagi FOC untuk iklan dalam buliten tu. So selamat aku nak jawab dengan clien.

Malamnya pulak, lepas solat maghrib... ada keje lagi yang aku buat, Clien aku nak jumpa dekat kawasan Kari Kepala Ikan, malangnya aku tak tahu dimana tempat itu, aku suggestkan dekat tempat yang aku tau, pergilah dekat Secret Recipe, berbincang-bincanglah kami dekat sana, then tujuan utamanya ialah untuk menyerahkan invoice dan amik cek. Borak punya borak sampailah dalam jam 10pm aku pun balik. Urusan kami dah habis. So aku pun follow up dengan pihak yang berkenaan untuk compomkan semula. Semuanya beres.....

Ehem...itulah ceritanya...best ke tak best ke, aku je yang tahu..hahahaha.....

Macam biasa, ada masa di Office aku pun gunakan masa yang ada untuk blog aku..hehehe...Pagi tadi aku pergi bank nak bank in kan cek. Then aku settelkan file-file clien aku. Apa lagi ek yang aku buat hari ini..Owh ye, baca paper Metro dan Harakah. Itu jelahkan...huhuhu....

Cau Cin Cau.....

TAUTAN JUMAAT DI Fatahya.Blogspot


Aku datang lagi. Hahahaha....hari ini aku nak berseorangan dan menulis sedikit catatan berkaitan apa yang aku lakukan sebelum-sebelum ini. Memandangkan hari ini aku ada sedikit masa, jadi aku tidak mensia-siakan peluang ini untuk mengedit blog kesayanganku.

Kejadian semalam (Khamis-040609) aku memang busy sangat-sangat dengan kerja-kerja design dan sebagainya. Aku berjumpa dengan kawan yang aku panggil abang(sebab dia tua dari aku) di Jalan Duta, kerja yang aku minta dia buat ialah mengedit design untuk clien aku, aku bawa CD yang clien aku bagi. Last-last komputer milik abang Ramlee ni tak boleh la bukak, aku minta tolong abang lagi sorang namanya abang afif, komputernya boleh dibaca tetapi yang keluar hanya PDF sahaja dan yang file lain tak boleh dibuka. Aku pun pergi ke tempat abang lagi sorang ni namanya abang Hafiz (aku anggap mcm ayah aku) baik sangat. Dia cuba masukkan CD sekali lagi, dan tak dapat baca, so kesudahannya aku terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil Laptop kepunyaanku untuk di bawa ke Officenya. Punyalah aku mengcopy sana sini file yang berkenaan dan transfer ke komputer abang Hafidz ni. Terharu sangat akhirnya semuanya berjalan dengan lancar dan disiapkan tepat jam 5.05 petang. TQ abang Hafidz....Jasamu tidak dapat dilupakan..cewah...huhuhu abang Ramlee dengan kerja dia lah..huhu adik aku mengacau dia..aku takleh nak watpe terpaksa biarkan..kekekekeke....pandai-pandailah layan...aku memang busy tak dapat nak layan sangat...Tapi apa2 pun abang Ramlee TQ sudi layan adikku yang sorang tu, minta kertas lah, penlah,pensillah macam-macam sebab dia memang suka kalau orang melayan dia..hehehe...minta maaf...

Masalah kerja aku pulak, apa yang aku pening sekarang aku terpaksa jawab bermacam-macam hal dengan clien. Oleh sebab kesalahan teknikal di pihak lain. Banyak masalah yang datang... Aku mula-mula boleh jugak bersabar. Tapi pihak yang berkenaan main sambil lewa, aku terpaksa jugak Follow up sentiasa untuk mengetahui maklumat selanjutnya....

Sebenarnya banyak lagi apa yang aku nak luahkan...Tapi kalau aku tulis sampai besok pun tak habis. Tak apalah ini meluahkan sekadar apa yang terbuku...cewah...My blog dah macam my diary dah...

So Sweet to all viewer yang sudi melawat.... Mungkin setakat ini dulu aku tulis....Ada sambungannya nanti ye...Tunggu....

ARTIS INDONESIA - DUDE HERLINO -

AKTRESS INDONESIA DUDE HERLINO

DUDE HERLINO dilahirkan di Jakarta, pada 2 disember 1980. Dude kini berumur 29 tahun. Dude mula dikenali ramai pada tahun 2005 setelah membintangi sinetron CINCIN yang diminati ramai. Setelah itu, nama Dude semakin dikenali di tanah air Indonesia kerana banyak tawaran yang diterima.

Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" iaitu tarikh kelahirannya. Aktress kacak yang popular dengan panggilan Dude ini seorang yang beragam Islam dan banyak membintangi beberapa buah filem antaranya ialah Gua Kapok Jatuh Cinta dan Disini Ada Setan The Movie. Dia juga turut terlibat dalam layar kaca Indonesia seperti Disini Ada Setan, Ada Apa Denganmu, Cincin, Intan, Cahaya dan yang terkini ialah NIKITA.

Kini Dude bernanung dibawah naungan produksi SinemaArt. Dia juga adalah alumnus dari SMAN 36 dan Universitas Indonesia. Hobinya membaca dan buku kegemarannya ialah Hidup Sebelum Mati, Ayat-ayat Cinta dan Rich dad Poor Dad.

DUDE HERLINO nama yang tidak asing lagi di tanah Indonesia. Namanya yang meningkat naik oleh kerana kredibilitinya yang senang dan diminati ramai pihak. Bukan sahaja kacak tetapi pandai menyesusaikan watak-watak yang dipegangnya.

Oleh : FatahyaKu...