ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

TAUTAN JUMAAT DI Fatahya.Blogspot


Aku datang lagi. Hahahaha....hari ini aku nak berseorangan dan menulis sedikit catatan berkaitan apa yang aku lakukan sebelum-sebelum ini. Memandangkan hari ini aku ada sedikit masa, jadi aku tidak mensia-siakan peluang ini untuk mengedit blog kesayanganku.

Kejadian semalam (Khamis-040609) aku memang busy sangat-sangat dengan kerja-kerja design dan sebagainya. Aku berjumpa dengan kawan yang aku panggil abang(sebab dia tua dari aku) di Jalan Duta, kerja yang aku minta dia buat ialah mengedit design untuk clien aku, aku bawa CD yang clien aku bagi. Last-last komputer milik abang Ramlee ni tak boleh la bukak, aku minta tolong abang lagi sorang namanya abang afif, komputernya boleh dibaca tetapi yang keluar hanya PDF sahaja dan yang file lain tak boleh dibuka. Aku pun pergi ke tempat abang lagi sorang ni namanya abang Hafiz (aku anggap mcm ayah aku) baik sangat. Dia cuba masukkan CD sekali lagi, dan tak dapat baca, so kesudahannya aku terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil Laptop kepunyaanku untuk di bawa ke Officenya. Punyalah aku mengcopy sana sini file yang berkenaan dan transfer ke komputer abang Hafidz ni. Terharu sangat akhirnya semuanya berjalan dengan lancar dan disiapkan tepat jam 5.05 petang. TQ abang Hafidz....Jasamu tidak dapat dilupakan..cewah...huhuhu abang Ramlee dengan kerja dia lah..huhu adik aku mengacau dia..aku takleh nak watpe terpaksa biarkan..kekekekeke....pandai-pandailah layan...aku memang busy tak dapat nak layan sangat...Tapi apa2 pun abang Ramlee TQ sudi layan adikku yang sorang tu, minta kertas lah, penlah,pensillah macam-macam sebab dia memang suka kalau orang melayan dia..hehehe...minta maaf...

Masalah kerja aku pulak, apa yang aku pening sekarang aku terpaksa jawab bermacam-macam hal dengan clien. Oleh sebab kesalahan teknikal di pihak lain. Banyak masalah yang datang... Aku mula-mula boleh jugak bersabar. Tapi pihak yang berkenaan main sambil lewa, aku terpaksa jugak Follow up sentiasa untuk mengetahui maklumat selanjutnya....

Sebenarnya banyak lagi apa yang aku nak luahkan...Tapi kalau aku tulis sampai besok pun tak habis. Tak apalah ini meluahkan sekadar apa yang terbuku...cewah...My blog dah macam my diary dah...

So Sweet to all viewer yang sudi melawat.... Mungkin setakat ini dulu aku tulis....Ada sambungannya nanti ye...Tunggu....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini :-