ADVERTISING

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~I-CitY~

Sabtu 09/10/2010

Selepas pulang dari kerja, Ikut Family ke NSK untuk beli barang-barang dapur. Masa ni kene lah belajar serba sedikit macam mana nak cari barang-barang dapur. Hehehehe...Nanti senang, bila dah tau cari tau masak pulak...:)

Singgah ke Masjid Amaniah Selayang untuk menunaikan Solat Zohor. Ada bunyi panggilan di telefon bimbitku....Bunyi lagu Maher Zain- Open Your Eyes...tengok di skrin ....... Call. Ajak my family datang rumah kebetulan last raya hari itu. Kebetulan hari itu dia ada di rumah dan saya terus berbincang dengan family. Family kata okies, saya maklumkan dengan dia. Dia sangat busy.

Lama juga berkunjung ke rumah dia. Hampir jam 7 baru pulang ke rumah. Sebelum itu singgah semula ke Masjid Al-Amaniah Selayang untuk menunaikan Solat Asar.


=========================================================================


Telefonku berbunyi lagi, kali ini bunyi mesej pulak...

My Brother mesej : Alang hari ini kita pergi I-City nak? 
Alang : Boleh juga, alang tanya mak dulu!!!
My Brother : Okies...boleh...
Alang : Mak kata okies, tapi nak ke Giant dulu beli barang untuk adik.
My Brother : Okies, dalam kul 9 lebih la kita pergi?
Alang : Okies angah...bereh...:)


Selepas menunaikan solat maghrib dan Isyak di rumah, masing-masing bersiap. Tepat jam 10 malam On The Way ke sana. Perjalanan agak jauh jugak lah...banyak kereta. Malam-malam dengan suasana yang sangat sejuk.


Sampai disana, yuhuhuhuhuhu.....sangat cantik dengan pokok-pokok yang diterangi dengan lampu-lampu yang sangat cantik...Dah macam dalam suasana salji di Overseas.