ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

SELAMAT TAHUN BARU MUHARAM 1433H

Hari berganti-hari, tahun berganti tahun, Umur juga berganti (meningkat dari tahun ke tahun). Alhamdulillah diri ini juga diberikan kesempatan lagi untuk terus bernafas dan merasa akan kenikmatan hidup didunia ini.  

Diri ini bermuhasabah sejenak adakah diri ini sudah terus-terusan berubah ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Ternyata banyak lagi yang perlu di kejar. Ilmu akhirat. Ya Allah diri ini terkadang terlalu lalai dengan ilmu dunia sehingga lalai dengan menuntut ilmu akhirat.


Ku memohon dan berdoa agar diperkenankan segala permintaanku untuk menjadi insan dan muslimah yang baik, terbaik daripada sebelum ini. InsyaAllah.

Kehadiran bulan Muharam tahun ini dapat kita ambil manfaatnya kerana banyak kelebihannya. Tetapi terdapat beberapa perkara yang penting dan yang perlu diambil perhatian dalam beribadah pada bulan ini :-


1- Melakukan Perubahan Ke Arah Kebaikkan


Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. 
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

2- Berpuasa Sunat


Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)
Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunatpada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).

Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)

Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.

Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.
 



3- Berpuasa Sunat


Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)
Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunatpada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).

Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)

Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.

Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain. 


4- Puasa Khas 1 Muharam dan Sembilan awal Muharam

Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak
( tidak diterima”).

Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;

1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).
2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.
( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)

Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal. Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam. Imam mUslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik.

Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.

5- Memasak Bubur 'Asyura

Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandaran kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nami Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir ra dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’. 

6- Doa Awal Tahun

Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)
Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw. 


SUMBER : al-fikrah

  
 

ALUMNI KUIS



Tempat TUMPAH ILMUKU DISINI. Berapa lama suah tidak aku jejakkan kaki kesini. Masa akhir kesini ingin mengambil SIJIL di Bahagian Peperiksaan. Selepas itu tiada jejak aku kesini. :-)

Terima kasih kepada kawanku yang bernama Hamidoon iaitu salah seorang MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) telah memberitahu kepada saya bahawa KUIS akan membuat satu Majlis ALUMNAI kepada semua Ex-Student yang pernah menuntut ilmu disana. Saya mengambil keputusan untuk turut serta dan segera memohon cuti. Alhamdulillah dapat sudah.


Disebalik suasana disana..










BIRTHDAY MAK NGAH ISTERI USTAZ JALAL

Salam'alaik semua... Kali ini saya ingin bercerita tentang....

Tarikh keramat untuk Mak Ngah iaitu isteri tercinta kepada Ustaz Jalal. Birthdaynya telah iraikan di Pejabat Albaghdadi Method bersama-sama Ez Qurban. Wah kelihatan ceria wajah Mak Ngah masa nih...

Apa-apa pun saya orang yang paling happy sebab dapat makan lagi....:-) Disebalik tabirnya....Di bawah ini...






TENTANG SAYA....

Salam'alaik semua... Kali ini saya ingin bercerita tentang....

Lamanya menghilang...lepas tu muncul balik....kemudian menghilang dan muncul semula...Yea...begitulah saya dan blog...kejap-kejap rapat kejap-kejap jauh....

Setelah sekian lama menyepi disini, kini diriku terpanggil semula untuk memeriahkan semula blog yang sudah lama ketinggalan dengan pelbagai cerita-cerita terkini.

Sebenarnya banyak sangat cerita yang ingin dikongsi bersama. Semuanya tersimpan di list draf saya. Semuanya tak di publishkan lagi. Kenapa? kerana banyak sangat cerita....Hehehehe...


Selepas ini cerita ama dan baru akan di publishkankan.. Untuk tatapan sahabat yang ku kenali..:-)

PERTUNANGAN NANA & AZLAN 09/07/2011 (SABTU)

Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang kisah kawan karibku daripada Sekolah Menengah, satu kelas dan rumah lain-lain. (hehehehe).. 


Akhirnya Nana dan Azlan diikatkan dengan tali pertunangan pada 09/07/2011 bersamaan dengan hari Sabtu dan kebetulan hari itu merupakan PERHIMPUNAN BERSIH di Stadium Merdeka. TAHNIAH diucapkan buat Nana dan Lan kerana sudah melangkah ke alam pertunangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan nanti. Semoga perhubungan kalian bertambah baik dan dapat semarakkan kasih sayang yang lagi mantap. InsyaAllah...


Nana setelah selesai disolek...

Mengenali nana sewaktu di Sekolah Menengah lagi, kami sangat rapat dan duduk sebelah menyebelah di kelas dulu. Teringat kembali kata-kata kami sekawan, siapalah diantara kami yang akan berkahwin dulu atau bertunang. Apa yang dapat dilihat sekarang Nanalah orang yang pertama. Hehehehe... InsyaAllah pasti ada yang bakal menyusul, siapakah diantara kami ini, Jeng..Jeng...Jeng...


Wajah ceria setelah selesai disolek oleh adiknya sendiri. Pertama kali tengok nana make-up, lain tapi tetap natural tau..psssttt : nanti dah kawin kena selalu berhias tau nana...Hehehehehe....


Sempat lagi berposing, sambil menunggu si nana tuh bermak-up, (pinjam bunga ye nana)... mungkin kalau sendiri punya mesti ada debarannya kan..lllooollll...:-)




Bersama yanti juga kawan rapat semasa di Sekolah Taman Melati. Sudah lama tidak berjumpa dan di Majlis ini sempat bergambar dan berborak sakan...




Empat sekawan yang kemana-mana sentiasa bersama...Cewah taklah bersama-sama sangat, Yanti dan Nana memang sangat biasalah keluar bersama-sama. Sue bedah dari Sekolah lain, dia merupakan kawan Nana pada mulanya, kenal punya kenal dah bolehlah masuk club kami, cewah takdelah club sangat, kiranya boleh genglah dan terus berkawan sampailah sekarang.




Ambil aura sikit, manalah tahu tetiba aura tuh menjadi, heheheheh  (faham-fahamlah sendiri yek...)




Inilah tempat nana untuk disarungkan cicin oleh bakal ibu mertua. TAHNIAH sekali lagi NANA..:-) Tak lama dah nak diijabkabul dah kan..:-)

~K@T@-K@T@ SEM@NG@T UNTUK DIRI SENDIRI~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. InsyaAllah.


Baru ada kelapangan dan kesempatan untuk kembali seperti sediakala meneruskan dengan penulisan yang walaupun nampak simple tetapi padat dan insyaAllah dari masa ke semasa masih punya perasaaan untuk terus mematangkan penulisan ini lagi. 


Di kala malam yang sunyi sepi, saya masih belum dapat melelapkan mata dan terus mengadap laptop ini yang kadangkala semangat untuk menatapnya dan kadang-kadang letih kerana penat dan jarang-jarang untuk menatapnya.


InsyaAllah, berbekalkan doa dan kecekalan dihati ini, alhamdulillah semangat baru kembali datang menyinari taman-taman hati ini, walaupun dulu terasa tersiat-siat dalam hati akibat beberapa masalah yang datang bertimpa-timpa.


Syukur alhamdulillah, dengan ujian yang datang adakala semangat diri naik dan menurun, sifat profesional , yakin dan positif dengan diri sendiri, Alhamdulillah  berkat semangat dan doa semuanya dapar diselesaikan dengan sempurna.


Akibat kesilapan yang paling besar saya buat dalam diri saya, saya bermohon sangat-sangat agar perkara itu tidak akan kembali lagi dan berulang untuk kedua kalinya. Ia akan menjadi ingatan yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila dan masalah itu juga membuatkan saya lebih berhati-hati. 


Tiada siapa yang tahu masalah yang kita hadapi. Teman rapat, kawan sepejabat atau siapa sahaja melainkan Allah S.W.T. saya rasa bersyukur kerana masih dikurniakan akal yang waras dan tidak melakukan apa-apa tindakan pada masa itu. Allah lebih mengetahui apa yang berlaku sebaliknya. Sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.


Takperlu dikesalkan dengan apa yang berlaku, semoga akan datangnya bahagia nanti. InsyaAllah. Berdiam itulah yang terbaik. Kadang-kala kejujuran tidak mendatangkan kebaikkan malah mendatangkan kekuatiran dan kadang-kala kejujururan adalah lebih baik daripada berdiam diri.

~HAMBAMU-MAWI & AKIL HAY~

Kali ini saya ingin kongsikan cerita tentang video klip vs lagu kegemaran saya yang sekrang ini menjadi ringtone dan sms song untuk hp saya. :-)


Suka rasanya ingin berkongsi sedikit tentang lagu ini. Mula-mula dengar dah terasa minat dan suka dengan lirik lagunya. TAHNIAH kepada yang menulis lirik ini dan penghasilan muzik dalam lagu ini.


Walaupun latar belakang penyanyi yang dulunya kontroversi membuatkan saya kurang berminat dengannya tidak membuatkan lagu yang dia nyanyikan dapat meluatkan hati. Tidak sama sekali. Apa yang dia lakukan itu adalah masalah dibelakangnya sahaja.


Lagu ini yang dinyanyikan oleh Mawi dan Akil Hay sangat mantap dan sesuai dengan lagu tema Imam Muda. Walaupun program yang berbentuk islam kurang mendapat sambutan tetapi saya percaya masih ramai yang dapat memberikan sokongan kepada mereka yang terlibat dalam Imam Muda. Jika dibandingkan dengan program-program lain yang lebh terbuka yang mendapat sambutan daripada orang ramai tidak dapat disamakan dengan program realiti yang berbentuk islam ini. 


Saya sokong program realiti yang berbentuk ISLAM.... :-)


LAGU TEMA IMAM MUDA MUSIM KE 2...






~HOSPITAL TAWAKAL @ DOKTOR ZAHARIN ZAIN (NASI LEMAK KOPI "O"~

Kali ini saya ingin bercerita tentang anak buah saya dimasukkan ke Hospital Tawakal Kuala Lumpur selama 2 hari dan oktor yang merawatnya ialah oktor Zaharin Zain yang keluar di TV9 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi "O" yang dipengacarakan oleh Sharifah Shaheera (Pelakon).

Muhammad Rafiq Aiman bin Azwa, anak buahku yang comel ditahan dan dimasukkan kedalam wad kerana deman. Sebelum ini dia ada suspek lelah, dan sebagai langkah berjaga-jaga kena tahan wad untuk 2 hari.




Hari Sabtu pada 02/07/2011 selamat keluar. Biasalah manja sikit anak buah pertama mestilah jadi cucu kesayangan atuk dan nenek dan keluarga. Hehehehe...




Disebalik saya disana :-

CERITA TENTANG SAHABAT

Kawan
bila rasa ingin menangis
hubungilah aku
aku takkan suruh kau berhenti menangis
tapi...aku akan kata
"aku ingin menangis dengan kau
tapi tak leh lama sangat
nanti habis air mata aku"

Kawan
jika terasa nak larikan diri
jauh dari masalah yg menyelubungi
maklumkan aku
aku takkan halang kau
tapi... aku akan kata
"berlarilah bersama aku
untuk kau lupakan sementara masalah
cuma jangan terlalu laju
aku tak larat nak kejar
kaki aku pendek."
dan lepas itu aku juga akan kata
"Kau tak boleh selamanya lari dari masalah, hadapi ia"

Kawan
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia
beritahulah aku
aku takkan minta kau benci pada keluargamu
tapi… aku akan kata
"Kajilah punca kekecewaanmu, dan paling penting
terimalah segala ketentuan Allah..."

Kawan
jika kau kecewa
dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti
ceritalah pada aku
aku takkan memburukkan dia
tapi aku akan kata
"cubalah letakkan diri kau ke dalam dirinya,
dan kau akan mengerti..."

Tetapi kawan
jika suatu hari aku berdiam diri
aku tak balas sms kau
aku tak angkat panggilan dari kau
hubungilah aku segera (kot emel ke, kot surat ke)
sebab waktu itu aku
ermmm...
aku sangat perlukan kau (dan aku malu untuk mengakuinya)
atau mungkin...
aku telah kekal bersemadi
diruang nan dalam dan sepi.



Dan untuk sahabat yang membaca, "Persahabatan itu adalah nilai hati bukan untuk dipendam, tapi untuk ditunjukkan. Ditunjukkan dengan kaedah terbaik, dan dilandaskan tulus ikhlas kerana Allah SWT".

PERMINTAAN DARI SAHABAT

Hadiahkan aku doamu..

Jika aku adalah sahabatmu yang jahat..
Doakan aku berpaling dari kejahatan..
Doakan aku agar menjadi sahabatmu yang baik..

Jika aku sahabatmu yang baik..
Doakan kebaikkanku tulus dengan keikhlasan..

Jika aku sahabat yang ikhlas..
Doakan keikhlasanku sampai ke pangkuan Ilahi..

Gerakkanlah setiap tindakanku pada mu dengan doa..
Doakan aku agar aku tidak lupa mendoakan mu jua..

KEMUNCAK IMAM MUDA II @ MUKTAMAR PUSAT ISLAM

Cerita yang ingin dikongsi kali ini ialah Malam Kemuncak Imam Muda II di Dewan Muktamar Pusat Islam terus menerus secara langsung di Astro Oasis saluran 106 dan yang menggunakan Astro Beyorn di saluran HD 188. 


 Telah terjawab siapakah yang bakal menjadi imam muda unggul pada malam itu beliau ialah Imam Muda Hassan iaitu pemuda yang sangat manis wajahnya apabila dilihat terpancar sinaran dan sejuk mata memandang. Seorang Pensyarah sepenuh masa berusia 26 tahun berasal daripada Perak telah berjaya menempatkan diri sebagai juara Imam Muda unggul yang terbaik pada malam itu 01/07/2011 (Jumaat). Seorang yang sederhana dan petah berbicara. TAHNIAH diucapkan kepada beliau dan sebagai juara inilah tangungjawab yang perlu dipikul untuk menjadi seorang pendakwah serba boleh yang dapat menjadi contoh kepada anak muda masa kini. InsyaAllah...


Malam itu hanya Imam Muda Hassan  dan Imam muda Nazrol yang bertanding. Mereka berdua diberikan tugasan dan kembali ke kampung halaman masing-masing untuk menyiapkan tugasan yang diberikan bersama masyarakat. 


Imam muda Nasrol berasal daripada Johor dan telah berkahwin juga tidak kurang hebatnya apabila diberikan tugasan ini. Seorang Pengetua Sekolah Rendah Agama dan telah berjaya juga menghabiskan task yang diberikan dengan baik sekali.


Mereka berjaya menambat hati penonton pada malam itu. Kedua-dua ini mempunyai kemampuan dan kreativiti yang tersendiri. Masing-masing punya kelebihan dan mampu membuat yang terbaik. 


TAHNIAH juga kepada Astro Oasis yang bersaluran di 106 berjaya menerbitkan program islam yang mencari imam muda yang unggul dan berkreadibili. Program yang sebegini yang baik dan perlu di dedahkan kepada remaja masa kini.



TAHNIAH IMAM MUDA HASSAN.

GAMBAR KENANGAN SEMASA MALAM KEMUNCAK IMAM MUDA II 


Sebelum Majlis Bermula, kelihatan di lensa kamera Imam Muda Ashraf.


Bersama seorang peserta yang memenangi Kuiz Bank Islam.


Bersama Kak Yarn (Pengarah Urusan Produk Hijrah)


Adik Syafiqah bersama Farah Anuar (Astro Oasis)


Adik bersama Imam Muda Aran (musim I)


Bersama Imam Muda Nuri (musim I)


Bersama Catriona Ross (Pelakon)


** Banyak gambar yang tidak sempat dirakamkan kerana hal tertentu.**

MERAIKAN HARI PERPISAHAN 2 ORANG PELAJAR LATIHAN INDUSTRI EZ QURBAN SDN BHD DARI KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA (KIA)

Pada tarikh 11 April 2011 sehingga 17 Jun 2011 Ez Qurban Sdn Bhd telah menerima 2 orang pelajar Latihan Industri atau lebih mesra dipanggil pelajar praktikal dalam jurusan Diploma Pengurusan Pejabat dan Kesetiausahaan daripada Kolej Islam Antarabangsa, Gombak yang dikenali sebagai Imah@Fai dan Noriz. 

Kedua-dua mereka ini banyak menyumbangkan tenaga dan membantu dalam menyiapkan pelbagai kerja yang telah diamanahkan kepada mereka bak kata orang sangat selesalah dengan mereka ini. 

Mula-mula masuk masing-masing sangat pendiam dan malu-malu. Apabila sudah kenal masing-masing peramah dan tetap nampak sopan dan ayu. Hehehehehe...

Terima kasih kerana berjaya menghabiskan masa praktikal disini dan harapan saya semoga pengalaman yang dapat disini dapat di praktikan di mana-mana syarikat yang bakal kamu berdua kerja nanti. InsyaAllah.

Ucapan terakhir semoga berjaya dunia dan akhirat.


Wajah-wajah gembira :-

Makanan di taja oleh EzQ. Hehehehe
 Nampak gembira, tapi dalam sedih kot..Hehehehe
 Dapat hadiah, Surat penghargaan dan duit lagi. Hehehe...
 Sama macam yang dekat atas nih..:-)
 Dapat jugak hadiah TQ Fai@Imah
Dapat jugak dari Noriz. TQ :=)
Last snap, coolllll jeq..:-) 

MELAWAT FITRI DI HOSPITAL SELAYANG

Setiap hari Rabu tepat jam 06.00 petang hingga 07.00 petang menjadi kebiasaan semua pekerja Ez Qurban beriadah ke Sinamax, Gombak untuk bermain Badminton. 


Ini ini adalah hari Rabu bertarikh 08/06/2011, hujan yang sangat lebat tetapi kami semua tetap pergi ke sinamax untuk bermain Badminton, inilah masa untuk beriadah bersama-sama dengan rakan-rakan dan "release tension" setelah penat bekerja.


Tepat jam 7.30 petang, saya masih di pejabat setelah penat dengan aktiviti tadi, menerima panggilan telefon daripada "Jannah" seorang staff yang dulu pernag bekerja bersama-sama kami "part-time"lah kiranya. Sekarang menjadi sikcu tadika di Gombak dan sambung belajar "PJJ" di Serdang. Dia maklumkan kepada saya yang Fitri staff EzQ kemalangan masa nak pergi ke Sinamax untuk bersama kami dalam bermain Badminton.


Bila terima sahaj panggilan daripada dia, terus jadi lemah dan terkejut, hari yang masih hujan dengan sangat lebatnya ingatkan akan stay di rumah sahaja. Rupa-rupanya dia teruskan perjalanan dengan tidak kisah dengan hujan yang sangat lebatnya. 


Keadaannya teruk juga, kakinya patah sedikit dan tempurung kakinya lari. Dia telah di operation dan kakinya telah bercacak dengan besi. Mula-mual tengok sangatlah sakit. Harap dia akan sembuh seperti sedia kala. InsyaAllah. (saya pun tak tahu yang cakap macam mana coz ayat pun agak kurang dan bolehlah difahami) hehehehehe....pening kepala bila melihatnya.


Kini dia telah pulang ke rumah dan semalam 30/06/2011 ( Khamis ) dia ke Hospital Selayang, untuk Operation sekali lagi untyk di jahit kakinya semula setelah di operation. :-) semoga dia tabah dan cepat kembali untuk bekerja.






 
Sedikit gambar yang sempat diambil semasa kali pertama melawat fitri. Gambar terkini tak sempat nak ambil.