ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

CERITA TENTANG SAHABAT

Kawan
bila rasa ingin menangis
hubungilah aku
aku takkan suruh kau berhenti menangis
tapi...aku akan kata
"aku ingin menangis dengan kau
tapi tak leh lama sangat
nanti habis air mata aku"

Kawan
jika terasa nak larikan diri
jauh dari masalah yg menyelubungi
maklumkan aku
aku takkan halang kau
tapi... aku akan kata
"berlarilah bersama aku
untuk kau lupakan sementara masalah
cuma jangan terlalu laju
aku tak larat nak kejar
kaki aku pendek."
dan lepas itu aku juga akan kata
"Kau tak boleh selamanya lari dari masalah, hadapi ia"

Kawan
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia
beritahulah aku
aku takkan minta kau benci pada keluargamu
tapi… aku akan kata
"Kajilah punca kekecewaanmu, dan paling penting
terimalah segala ketentuan Allah..."

Kawan
jika kau kecewa
dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti
ceritalah pada aku
aku takkan memburukkan dia
tapi aku akan kata
"cubalah letakkan diri kau ke dalam dirinya,
dan kau akan mengerti..."

Tetapi kawan
jika suatu hari aku berdiam diri
aku tak balas sms kau
aku tak angkat panggilan dari kau
hubungilah aku segera (kot emel ke, kot surat ke)
sebab waktu itu aku
ermmm...
aku sangat perlukan kau (dan aku malu untuk mengakuinya)
atau mungkin...
aku telah kekal bersemadi
diruang nan dalam dan sepi.



Dan untuk sahabat yang membaca, "Persahabatan itu adalah nilai hati bukan untuk dipendam, tapi untuk ditunjukkan. Ditunjukkan dengan kaedah terbaik, dan dilandaskan tulus ikhlas kerana Allah SWT".

3 comments:

  1. so nice but try ayat yg lbh mnyntuh agar benar2 keinsafan berlaku n gugurnya air mata insaf...jgn terasa,suh coment kn...maaf..

    ReplyDelete
  2. Rizal, InsyaAllah...Terima Kasih atas komen itu, saya menghargainya dan insyaAllah next punya saya cuba yang terbaik...:-) nukilan ini sumber dari seseorang..:-)

    ReplyDelete
  3. siti..rindunya...tak nak komen la!! hehee

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda disini :-