ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

KEK KEGEMARANKU

CHOCOLATE INDULGENCE




Kek ini memang kegemaranku, bila makan sekali pasti nak lagi tau. Sapa yang dah rasa tu memang tau rasa dia macam mana. Coklat yang pekat dan memukau..wahwah.. i like this... lagi-lagi ada ais krim dekat tengah-tengah tu..mak aiii memang enak lemak berkrim....








MOISE CHOCOLATE CAKE

Kek ni pun sedap sangat, ni pun kegemaranku...terasa coklat pekat giler..hehehe... sapa yang agak-agak kurus tu boleh la melantak makan kek ni..nak makan tiap-tiap hari pun boleh...ngeh2

TAUTAN 22 APRIL 2009

Photobucket


Hari ini sorang-sorang dalam office, ramai staff yang sakit, al-maklumlah cuaca sekarang kurang baik. Ada yang demam, selesema dan macam-macam lagi.
So boleh dikatakan hari ini adalah masa untung My lavelly Blog ini mengedit-edit apa yang patut dan buang apa yang tidak patut. Hari ini sempat la sembang-sembang dengan akak angkat Kak Sara, so ada maklumat terbaru yang aku tahu hari ini. Memang best job tu, susah nak dapat..hehehe...nanti betul-betul terjadi baru aku publishkan dalam ini. Sekadar meluahkan apa yang terpendam di hati ini. Terasa macam seronok je dapat maklumat tadi.
Start hari Isnin hari tu berlansungnya Pesta Buku di PWTC. Aku jumpa clien sekitar kawasan tu, wah dengan ramainye orang memang memenatkan. Banyak buku-buku terbaru dan banyak terbitan yang aku cuba dapatkan. Banyak lagi booth yang aku tak pergi. Mungkin kene spend time untuk aktiviti riadah mencari buku-buku kegemaran. Apa yang menarik disini, aku terpanggil untuk membeli satu buku ni, boleh dikatakan majalah keluaran TELAGA BIRU SDN BHD dan merupakan booth yang paling ramai pengunjung. Aku sempat menyelak-nyelak beberapa helai MAJALAH SOLUSI yang seratus peratus tentang islam yang diketengahkan. Memang aku galakkan anak-anak muda kini untuk mencari bahan yang sebegitu.
Aku ni malas nak tulis panjang-panjang, hehehe, maklumlah sendiri je yang nak baca, so nanti ada masa aku sambung semula...

SEBAB-SEBAB PENJARA PUDU DITUTUP

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu.. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "BilikTerakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan "BILIKTERAKHIR " adalah kerana dulu iamerupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah beratsebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung.
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati di tali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir"itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.
Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah BilikTerakhir itu lalu lesap begitu saja.Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri BilikTerakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.
Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila di dapati banyak harta karun dalamnya.. Ia cubamengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " AhmaaaaaadAlbab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha HaHa " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaaaa....
udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........ .. ......... .....
Tahniah kerana minat membaca.
p/s : Kita pun terkena juga, so kene kanlah orang lain pulak, takpe kan......

-TaKe tiMe to ResT-

Dah seminggu aku batuk je campur demam, demam pun dah reda sikit...suhu yang tak menentu membuatkan aku rasa tak selesa nak mulakan hari-hari ini untuk kerja, cewah dah macam cerpen pendek pulak ni...hehehe....
Hari ini jumpa clien dekat gombak, memang mencabar la kerja macam ni, sapa yang rasa pasti tahu kehebatan dia, ngeh2... aku ni baru je berjinak-jinak dalam dunia pemasaran, so aku mencuba sesuatau yang baru, alhamdulillah aku insyaAllah dapat melakukannya dengan sebaik mungkin berkat sokongan dan tunjuk ajar daripada rakan sekeliling dan keluarga tercinta.
Nak kata penat tu rasanya semua kerja yang aku pernah keje, memang penat. tapi dekat sini aku belajar untuk berjumpa dengan orang-orang besar, berkomunikasi dengan baik, belajar berdikari(ehem tapi aku ni memang seorang yang berdikari,ngeh2) tapi kadang-kadang tu kene jugak ada orang disisi, kita ni mana boleh hidup sorang2 ye tak...
Program usahawan yang ditanguhkan ini membuatkan aku rasa geram sangat2, satunya kerja aku banyak tergendala. Memang perlukan kesabaran yang tinggi aku dekat sini..hehehe....bukan aku je yang marah, ramai lagi...
Stop dekat sini lah dulu, panjang lagi akau nak tulis tapi after rehat, nak balik umah sekejap....