ADVERTISING

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~Tawaduk Cinta~

Kehidupan perlu diteruskan walau badai mendatang. Umpama pepatah melayu ni. Tepuk dada tanyalah iman.

Subhanallah cantik sungguh keindahan malam-malam sebegini. Lagit sungguh indah sekali dipandang. Walaupun hujan tetapi tetap tenang dan mendamaikan. 

Tajuk "Tawaduk Cinta" tiba-tiba sahaja tajuk itu bermain di kepala saya. Terasa sampai ke dalam hati dengan tajuk ini. Ada makna tersurat dan tersirat yang perlu di teliti.

Kalaulah saya mendapat ilham untuk menulis lirik, pasti saya akan cuba menuliskan lirik ini yang bersesuaian dengan tajuk dan tema.

Alangkah indahnya jika cinta sentiasa bersulam dengan hati yang sentiasa tawaduk kepada Allah. Alangkah indahnya sentiasa mendapat nasihat dan tunjuk ajar dari insan yang bergelar alim ulama. Sungguh indah melihat raut wajah seorang tahfiz yang rutin hariannya sentiasa memuji-muji Allah dan tidak lekang dengan bacaan ayat-ayat suci di mulutnya. Sentiasa beristiqhfar dan istiqomah dalam menuntut ilmu agama. Sungguh indah sentiap inci yang ada pada diri mereka.

"Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosaku, janganlah engkau biarkan aku dalam keadaan yang lalai dan leka, peliharalah pancainderaku dari melihat perkara maksiat,jauhilah diriku dari perbuatan yang keji. Ya Allah sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yang hina disisi-Mu, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, permudahkanlah segala urusan hidup dan matiku, janganlah engkau biarkan aku tersesat di dunia ini, kuatkanlah agamaku kuatkanlah imanku, engkaulah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Makbulkanlah permintaanku ini Ya Allah" Amin...

Ya Allah, sesungguhnnya engkaulah yang telah memberikan manusia itu akal untuk berfikir dan terlalu sempurnya untuk memilih yang mana baik dan yang mana buruk.

Sesungguhnnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga insan-insan yang sentiasa teruji sentiasa tabah dan redha menghadapinya.