ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~J@L@n-J@L@n KenDuri KaHwiN~

Ahad 10/10/10


Hari ini penuh dengan aktiviti, masa sentiasa terisi dengan kenduri kahwin. Sok Sek Sok Sek mesti dengar kompang kawin. Terasa teruja bila melihat pasangan dua sejoli tu naik ke pelamin. Hehehehe...


Kenduri yang pertama ke Kenduri Anak Pak Mail. (Merupakan tuan ampunya gerai makan yang saya selalu kunjugi. Jemputan khas untuk warga kerja Ez Qurban Sdn Bhd). Detik manis tidak terakam diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Kenduri ke dua ke rumah kenduri Kak Ummu. Rakan seperjuangan lama sejak mula saya praktikal di IKIM. Alhamdulillah akhirnya ke jinjang pelamin juga. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Sangat seronok dan cantik pengantin pada waktu ini. 




Sedikit kenangan yang sempat dirakamkan bersama pengantin. Terserlah keserian pengantin. Saya, Kak Shima, Kak Arlin dan Liza sempat bersama-sama.

====================================================================================



Pulang ke rumah ambil mak, abah dan adik untuk ke kenduri rakan sekerja di tempat lamaku bekerja dahulu. Hubungan tetap akrab walaupun jauh. Akhirnya sampai juga ke rumah pengantin walaupun lambat tepat jam 4.15 minit petang.


Musibah menimpa apabila ayahku terlanggar belakang kereta wira. Mujur tidak teruk sangat, kami semua selamat. Kereta melompat apabila ayahku tekan padel minyak serentak tolak gear ke D. Bumper kereta lari sedikit dan bonet depan terangkat. Alhamdulillah lampu, logo perdana tidak pecah. 






Sambung ke cerita kenduri kawan, datang-datang terus call pengantin. Hehehe..mujur pengantin ada tengah bergambar-gambar. Jumpa ayah dan ibu pengantin terus makan. Selesai makan saya bergambar dengan kak elly. Alhamdulillah akhirnya walaupun banyak dugaan yang menimpa bersatu jua. Allah itu Maha Kaya dan Maha Mengetahui dan yang terbaik untuk hambanya. SELAMAT PENGANTIN BARU KAK ELLY. SEMOGA BERBAHAGIAN DAN BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT.