ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~Keinsafan~

Alhamdulillah masih lagi diberikan nafas untuk terus menulis di ruangan blog kesayanganku ini. Syukur Alhamdulillah...tidak terkata dan tidak terluah oleh kata-kata.


Lama tidak menulis disini. Masih banyak lagi yang kurang. Banyak yang ingin dikongsi dan banyak juga maklumat yang boleh dikongsi bersama. InsyaAllah saya akan cuba mengpostkan segala cerita-cerita menarik disini. Untuk tatapan diriku dan juga sahabat-sahabat seperjuangan yang menjadi tetamu khas disini.


Dalam berjalan-jalan di web, saya ada terjumpa satu website yang sangat menarik bagi saya untuk dikongsi. Timbul rasa keinsafan dalam diri. Banyak rupanya yang diri ini tidak tahu. Ya Allah semoga hati ini mudah dilembutkan dan mudah untuk dilentur. Mengajak ke arah kebaikkan adalah sangat dituntut. 


Quote :


Ada 2 hal yang mesti dilupakan


a) Kesalahan Orang Lain Padaku
b) Kebaikkanku Pada Orang Lain


Ada 2 hal yang mesti diingat


a) Kesalahanku Pada Orang Lain
b) Kebaikkan Orang Lain Padaku


Sumber dipetik dari : Oh Islam...


Apabila difikir-fikir, dihitung-hitung banyak rupanya kesalahan yang telah saya lakukan. Tidak dapat dikira. Sangat banyak. Terasa sedih bila difikir-fikirkan. Semoga kesalahanku ini bisa dimaafkan.



~I-CitY~

Sabtu 09/10/2010

Selepas pulang dari kerja, Ikut Family ke NSK untuk beli barang-barang dapur. Masa ni kene lah belajar serba sedikit macam mana nak cari barang-barang dapur. Hehehehe...Nanti senang, bila dah tau cari tau masak pulak...:)

Singgah ke Masjid Amaniah Selayang untuk menunaikan Solat Zohor. Ada bunyi panggilan di telefon bimbitku....Bunyi lagu Maher Zain- Open Your Eyes...tengok di skrin ....... Call. Ajak my family datang rumah kebetulan last raya hari itu. Kebetulan hari itu dia ada di rumah dan saya terus berbincang dengan family. Family kata okies, saya maklumkan dengan dia. Dia sangat busy.

Lama juga berkunjung ke rumah dia. Hampir jam 7 baru pulang ke rumah. Sebelum itu singgah semula ke Masjid Al-Amaniah Selayang untuk menunaikan Solat Asar.


=========================================================================


Telefonku berbunyi lagi, kali ini bunyi mesej pulak...

My Brother mesej : Alang hari ini kita pergi I-City nak? 
Alang : Boleh juga, alang tanya mak dulu!!!
My Brother : Okies...boleh...
Alang : Mak kata okies, tapi nak ke Giant dulu beli barang untuk adik.
My Brother : Okies, dalam kul 9 lebih la kita pergi?
Alang : Okies angah...bereh...:)


Selepas menunaikan solat maghrib dan Isyak di rumah, masing-masing bersiap. Tepat jam 10 malam On The Way ke sana. Perjalanan agak jauh jugak lah...banyak kereta. Malam-malam dengan suasana yang sangat sejuk.


Sampai disana, yuhuhuhuhuhu.....sangat cantik dengan pokok-pokok yang diterangi dengan lampu-lampu yang sangat cantik...Dah macam dalam suasana salji di Overseas.


















~J@L@n-J@L@n KenDuri KaHwiN~

Ahad 10/10/10


Hari ini penuh dengan aktiviti, masa sentiasa terisi dengan kenduri kahwin. Sok Sek Sok Sek mesti dengar kompang kawin. Terasa teruja bila melihat pasangan dua sejoli tu naik ke pelamin. Hehehehe...


Kenduri yang pertama ke Kenduri Anak Pak Mail. (Merupakan tuan ampunya gerai makan yang saya selalu kunjugi. Jemputan khas untuk warga kerja Ez Qurban Sdn Bhd). Detik manis tidak terakam diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Kenduri ke dua ke rumah kenduri Kak Ummu. Rakan seperjuangan lama sejak mula saya praktikal di IKIM. Alhamdulillah akhirnya ke jinjang pelamin juga. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Sangat seronok dan cantik pengantin pada waktu ini. 




Sedikit kenangan yang sempat dirakamkan bersama pengantin. Terserlah keserian pengantin. Saya, Kak Shima, Kak Arlin dan Liza sempat bersama-sama.

====================================================================================



Pulang ke rumah ambil mak, abah dan adik untuk ke kenduri rakan sekerja di tempat lamaku bekerja dahulu. Hubungan tetap akrab walaupun jauh. Akhirnya sampai juga ke rumah pengantin walaupun lambat tepat jam 4.15 minit petang.


Musibah menimpa apabila ayahku terlanggar belakang kereta wira. Mujur tidak teruk sangat, kami semua selamat. Kereta melompat apabila ayahku tekan padel minyak serentak tolak gear ke D. Bumper kereta lari sedikit dan bonet depan terangkat. Alhamdulillah lampu, logo perdana tidak pecah. 






Sambung ke cerita kenduri kawan, datang-datang terus call pengantin. Hehehe..mujur pengantin ada tengah bergambar-gambar. Jumpa ayah dan ibu pengantin terus makan. Selesai makan saya bergambar dengan kak elly. Alhamdulillah akhirnya walaupun banyak dugaan yang menimpa bersatu jua. Allah itu Maha Kaya dan Maha Mengetahui dan yang terbaik untuk hambanya. SELAMAT PENGANTIN BARU KAK ELLY. SEMOGA BERBAHAGIAN DAN BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT.

~BinGkis@N KeN@NG@N BiRtHD@Y P@Rty R@FiQ & M@K@N-M@K@N Di RuM@HkU~


SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD RAFIQ AIMAN... Anak buaH kesayangan pengarag jantungku. Hehehehe...Al-maklumlah anak buah yang pertama dan merupakan cucu pertama juga untuk mak dan abahku dan adik-beradikku.

Sukanya dia ye..hehehehe

 

Makin besar makin geram, makin besar makin comel, suka dengan gelangat dan geletah budak-budak kecik yang nak membesar nih. Macam-macam perangai dia tunjuk.
Teman rapat, kenalan rapat dan kawan-kawan lama dan yang dekat yang saya sempat jemput dan saudara-mara.

Tetamu pertama yang datang Abai Os, memang sangat lama tak berkunjung ke rumah dalam 2 tahun juga tak jumpa. Akhirnya dapat juga jumpa tahun nih. Datang juga akhirnya. Anak-anak dia pun dah besar. Lama tak jumpa kak sara seorang business women. Sangat aktif dalam pembikinan kek. Ummu Bakes Shop menjual secara online, dan sangat kreatif dalam pembikinan dan corak-corak yang pelbagai. Sangat sedap. Antara kek-kek yang pernah direkanya seperti ini...Nyum..nyum....

Inilah Kak Sara yang saya cakapkan (Wife Abg Faizal) 
Gambar kenangan bersama anak-anak Abai dan Kak Sara

Saudara-mara mula datang dan memeriahkan rumahku. Makanan yang kami hidangkan ialah Bihun Sup, Mee Kari, Nugget, Kentang, Roti Jala dan banyak lagi.

Nana dan Lan akhirnya kami berjumpa juga. Kawan lama yang sangat rapat. Akhirnya tamat persekolahan mereka Couple. Seronoh sangat bila dapat tahu sampailah sekarang. Thanks sangat datang. Walaupun lama tak jumpa kami tetap rapat. Thanks sahabatku. Dua-dua saya kenal dan rapat. Semoga berkekalan dan dipercepatkan ikatan yang sah. Amin. :)

Selepas maghrib tetamu yang sangat istimewa datang dan sangat gembira hati saya waktu ini. Kelam kabut pun ada. Akhirnya sempat juga berkunung ke terataku walaupun kami jarang berutusan. Oleh kerana keterbatasan waktu dan sibuk dengan hal masing-masing jarang untuk bertanya khabar antara satu sama lain. Tetapi walaupun jauh ingatan tetap terpahat di dalam hati.

Teringin untuk berkongsi sedikit gambar bersama insan istimewa dan keluarga yang datang kerumah ini tetapi demi menghormati apa yang ia lakukan sekarang hanya cerita sahaja yang dapat saya kongsikan. Saya sangat menghormati setiap apa yang dia lakukan. Thanks for coming.

~GiL@-GiL@ Di OffiCeKu~


Masing-masing sudah masuk air..Hehehehe....beginilah suasana apabila semuanya telah penat bekerja dan menghilangkan tension masing-masing. Macam-macam gaya yang dibuat.


Sebenarnya gambar ini dah lama dah ditangkap tapi memandangkan mereka masih lagi menjadi kawan seperjabat dan seperjuangan. Di laman sesawang inilah segala aktiviti-aktiviti yang manis, pahit serta banyak lagi ingin dikongsi.


Di Dapur Office, wah kemain posing bila nampak camera..hehehehe....masa ni dah nak balik sebenarnya..Cik Mah minta tolong bukakan tempat penapis air tuh, tangan kami masing2 tak boleh nak buka, so ada lelaki sorang tentu tangan lagi kuatkan....Dialah yang kene buka.

Inilah sebahagian gambar-gambar kenangan kami bertiga. Yang Tua Faizal dan Arlin dan yang paling muda aadalah saya FataHya @ YaYa.



SALAM RAMADHAN DAN SALAM LEBARAN



Salam semua kepada pembaca blog yang setia, walaupun terlambat tetapi diri ini masih mampu untuk terus mengucapkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya diri ini masih lagi bernyawa dan mampu untuk terus mecoretkan sedikit ucapan-ucapan yang sangat berharga dan bermakna.






Kerana kekangan kerja yang sangat sibuk, sukar untuk meluangkan masa di depan pc mengedit sedikit demi sedikit aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Walaupun banyak tarikh-tarikh aktiviti yang sudah lapok, ia tetap termateri dalam kotak fikiranku. (ayat bermadah pujangga pulak) hehehehehe....




Masih lagi sempat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Seandainya diri ini banayk sangat melakukan kesilapan, kuhulurkan 10 jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Anda yang pernah hadir dalam diri ini sangat istimewa dan takkan diri ini lupakan.



~HaDiaH FroM Ummi@JoHoR...JaJa&DiN VS BiDaDaRi HuJaN~

Hadiah hari Jadi daripada Ummi awal sangat dapat. Mula-mula ummi tanya saya di facebook...bunyinye lebih kurang macam inilah ye..sebab dah kurang ingat dah ...

Ummi : Siti suka baca novel tak?
Siti       : Suka ummi, saya memang minat baca novel, tapi sekarang je kurang sikit sebab dah bz dengan kerja.
Ummi : Ada satu novel mesti siti akan minat?
Siti      : Nocel apa ummi?
Ummi : Keluaran jemariseni.com... novel dia sume sedap2 ummi suka.
Siti      : Yeke...apa yang bestnye ummi?
Ummi : Jaja & Din. Kalau siti baca mesti nak jadi macam jaja memikat din.

(Hehehe..ummi kalau ada yang berubah tu, faham2 la ye....kui3:)

Esoknya bila terjumpa ummi dalam facebook, ummi bagitahu dah poskan novel tu untuk siti. Terkejut bila dengar, pantas ummi ni dalam bekerja, hehehe...terasa seronok dan tak sabar nak baca.

Esoknya skynet sampai di Officeku, posman..posman....saya pun pergi sign dan cop amik hadiah tuh.

Bila buka hadiah tu ada 2 novel, surat dan 2 ball pen. Dalam surat tu ummi ada menulis sedikit. Inilah dia..hehehehe...






Dah nak tiba tarikh yang sebenarnya, ummi ada tanya lagi dalam facebook ruangan chat bersama ummi ...bunyinye seperti ini :

Ummi : Siti suka color apa?
Siti      : Siti suka color  biru, putih, hijau pucuk pisang, purple dan warna2 yang lembut.
Ummi : Lebih kepada purple ye siti. Ummi tengok dalam blog siti penuh dengan color purple.
Siti    : Ha'ah ummi suka sangat..antara warna kegemaran siti.

(Hehehe...ada lagi tapi dah lupa)....

Esoknya ummi call, kata nak hantar hadiah hari jadi lagi, untuk pejei.

Sampai-sampai hadiah tu, pejei buka, ada 2 balang tat nenas, surat dan 2 sharp pencil @ celak. Ummi bagi lagi tat nenas untuk ct. Dengan hiasan yang sangat menarik minat dan pandanganku.

Pejei bagi saya baca surat tuh, alangkah tersentuhnye hati bila baca, rasa touching tibe2..hehehehe...









Ummi, Terima Kasih banyak atas2 pemberian ikhlas dari ummi, kuih tat tu sedap sangat, family pun sangat suka. Boleh tempah dah ke ?

Selain dari kuih tat, apa lagi yang ada ye ummi?

~H@pPy BirtHd@Y tO mE~

~My Birthday dah lepas dah...baru nak masukkan cerita-cerita lama dalam nih..insyaAllah cerita baru akan menyusul nanti..tunggu ye...buat rakan setia blog kesayangan saya nih :)~

Genap sudah umurku mencecah 23 years old. Owhhh....semakin tua...Orang kata bila sudah semakin tua akan menjadi semakin matang. Hehehehe...


Bila dah cecah umur nih banyak yang harus difikirkan, semua tentang masa depan, dan pandang ke hadapan, umpama ayat nilah "Jangan Pandang Belakang" hehehe...Sungguh berhantu perkataan tuh.

Buka facebook ramai kawan-kawan yang wish, dan rasa terharu sangat, rupanya walaupun tak selalu jumpa, tak kenal hanya berukhuwah di alam maya, ramai yang ambil peluang untuk merapatkan ukhuwah silatulrahim sesama kita. 

Tak sangka ada seorang insan yang bernama Mohd Faizal Eshak yang lahir sama tarikh dengan saya. Cuba yang membezakan kami adalah tahun 1987/1986. Cantik sungguh nombor nih. Dah boleh jadi kembar tak seiras dah. Dia officemate saya.

Banyak dapat hadiah. Dari kawan-kawan, dari adik-beradik. Hehehehe...tak sangka ingat dah besar tak dapat hadiah dah, rupanya lagi besar lagi besar lah hadiah yang dapat.


Terima Kasih Arlinda Maik atas hadiah dan ucapan yang diberikan tuh...
Sangat suka..:)

Saya ucapkan untuk diri saya sendiri Selamat Hari  Lahir dan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga setiap doa akan dimakbulkan dan bersabar dengan ujian yang datang.

~Misi BeRani MaTi YanG tak Mati-Mati~

Satu misi perjuangan antara hidup dan mati yang tak pernah ada penghujungnya melainkan dengan satu cara yang bisa merubahkan semuanya!!!


Ku gagahkan hati untuk terus menyampaikan hasrat kepada si dia atas tujuan tertertu dengan harapan misi ini berjalan dengan lancar. Habis pusing kepala memikirkannya, kadang-kadang tidak nyenyak tidur dan kadang-kala memikirkan sesuatu diluar jangkaan. Setiap yang berlaku pasti ada jalan keluarnya. Sama ada cepat atau lambat.


Sampai satu pesanan yang menyatakan hasrat untuk bersama dalam misi ini tetapi agak sukar dan perlu fikir. Nampaknya keputusan yang diterima sangat mendukacitakan. Tidak mengapa itu semua ketentuan Allah.


Mungkin itu adalah petunjuk dari Allah bahawa misi ini bukanlah jalan yang terbaik. Pasti ada yang tersembunyi disebalik kekalutan yang diri ini alami. Semangat demi semangat dipertaruhkan, hasil yang dapat sangat mendukacitakan juga.


Setiap hari pasti ada sahaja misi yang dibuat. Tetapi tiada noktahnya, tiada titik-titik penyelesaian yang diri ini jumpa. Apa yang ada hanyalah kedukaan dan linangan setitis air jernih yang sangat berharga. Walau di genggam kekayaan tiada sama nilainya dengan titisan ini. Terlalu berharga sehinggakan ia jatuh di depan insan yang baru berapa bulan kukenali. Sangat memilukan hati dan memalukan. Apa yang bisa dilakukan itu semua ketentuan, Hanya Tuhan Yang Tahu apa yang diri ini rasakan.


Titisan itu masih tidak bisa berhenti, dari satu perjalanan ke satu perjalanan mengalir dan tetap mengalir. Penuh sehelai kertas lembut yang berwarna putih diri ini ambil sehelai demi sehelai, akhirnya menjadi banyak dalam pangkuanku. Sungguh memilukan jika teringat kembali.


Sampai satu saat terasa kosong dan sunyi tanpa kehadiran ilhamku disisi. Wahai insan yang diciptakan Allah sebagai peneman hidup, hadirlah di dalam diri ini, redahilah walau apa sahaja liku-liku kehidupan yang dikau lalui, datanglah kepadaku untuk menjadi peneman hidupmu, menjadi sayap kirimu, diri ini adalah tulang rusukmu yang akan menemanimu di dunia jua di akhirat. Ajarlah diri ini dengan sebaik-baik keimanan dan ketaqwaan.


Misi ini sangat berani ku lalui, ku redahi dengan jalan yang sangat berliku. Tanpa segan dan silu ku berdepan dengan sesiapa yang sangup menyelesaikannya. Tetapi setiap misi pasti ada sahaja keputusan yang sangat memilukan. Allah Maha Mengetahui dan Maha Melindungi. Yang rapat dan boleh dipercayai adalah yang sangat penting dalam misi ini.


Hati ini akan selalu berdoa kepada Allah S.W.T supaya dipermudahkan segala misi yang dirancang, yang baik di ambil dan yang kurang baik dijauhkan dengan sejauh yang mungkin.




~Duhai hati...Terimalah dengan hati yang terbuka...Ikhlaskanlah hati walau apa yang telah terjadi, dekatkanlah diri pada Allah semoga hati-hati akan menjadi tenang......~

~KisaH CiNTa~

Kembali bernafas dengan bait-bait yang baru. Sangat mengembirakan dan sangat mengasyikkan. Tiada sapa yang dapat merasakan apa yang diri ini rasakan. Suka kah? Marahkah? Geramkah? Pilukah? Sakit Hatikah? Sakit Jiwakah? atau apa sahaja penyakit yang seangkatan dengannya semuanya saya letakkan dalam tanda soal?...Why? Errrrrr....


Amat seronok bila timbulkan persoalan seperti ini, ada juga yang suka dan ada juga yang tidak. Apa-apapun terpulang pada diri anda untuk menilainya. Saya tak boleh buat apa-apa. Saya bukan penentu masa depan kalian, saya juga bukan tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Jalan yang paling senang untuk kita amalkan adalah berdoa. Semoga Allah sentiasa memberikan kita pilihan yang tepat dan memberi pertunjuk atas teka-teki selama ini.


Alhamdulillah, pasti ada yang mempunyai pandangan masing-masing tentang Kisah Cinta ye...Saya pun tak tahu kenapa nak buka tajuk ini, banyak lagi tajuk yang bermanafaat untuk dikarang, tetapi tangan ini sentiasa ingin menulis bait-bait puitis, romantis ini juga.


Apa-apa pun hidup mestilah ceria dan aman damai. Tanamkan sifat sabar dalam diri. (Cuba yang terbaik). Tanamkan sifat rendah diri (InsyaAllah). Semoga semuanya selamat. Dunia dan Akhirat. :)

B@WLiNG at WANGSA WALK

Jadi babysiter sementara. Bawa anak-anak ustaz&Ustazah ke Wangsa Walk untuk bermain bowling, Seronok sangat dorang bila sampai dekat sana.

Sampai-sampai pergi kedai ais krim yang sangat sedap. Nyum2 amik satu air krim coklat, yang lain semua pilih sendiri.

Ramai sangat masa ni, biasalah time nig tengah giler bola...sume kehidupan dengan bolalah, bagi yang minat bola. Hehehehehe....

Gambar ni masa balik dari main bowling, muka keletihan tapi seronok.


~WALIMAH @ SUNGAI NIBONG & MELAKA (SAFIYAH & SHUKRY)

Di Sungai Nibong Selangor, masing-masing belum mandi lagi..hehehe...dah sebok bergambar...inilah bila lama tak berjumpa gambar tetap bergambar...

Majlis Perkahwinan di musim cuti sekolah sudah menjadi tren bagi kaum melayu. Hehehe...tidak terlepas majlis seperti ini dalam agenda keluargaku. Hehehe...

Kaum bapa ada tugas masing-masing. Nampak meriah bila beramai-ramai macam ni.

Masanya pengantin diijabkabulkan..Alhamdulillah akhirnya sudah bergelar sebagai seorang isteri.



Tapi yang ini saudaraku yang kahwin. Sedikit demi sedikit hantaran yang dibuat akhirnya berjaya juga.


Ambil peluang untuk bergambar di Kamar pengantin yang cantik nih. Walaupun nampak sederhana tetapi ada yang uniknya.




Tak kurang hebatnya, saya juga tidak melepaskan peluang untuk posing habis habisan di kamar ini. Hehehe...Maaf ye penagantin excited sikit masa nih nak bergambar.




Sedikit bingkisan semasa majlis berlangsung :







Tak kurang hebatnya, menunjukkan bakat membuat air untuk tetamu. Hehehe...masa ni lah nak tunukkan bakat yang terpendam. Walaupun jarang-jarang buat air kat rumah ye...Kui3...




Sesi buka hadiah..masa ni dah malam dah pun dalam kul 10 lebih juga. Masing-masing dah tidor, tapi telah dikejutkan untuk sesi yang terakhir buka hadiah. Penat melayan tetamu malam boleh pengsanlah. Banyak betol aksi-aksi spontan dari pakcik-pakcikku. Hehehe...seronok pun ada. Hilangkan sikit rasa mengantuk...

@ MELAKA...

Sebelum bertolak memohon doa supaya perjalanan kesana selamat pergi dan pulang.Amin.

Inilah lumrah, bagi setiap pasangan yang nak menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, takkan lari dari menyediakan mas kahwin, hantaran, jamuan dan sebagainya.

Sanagat seronok bila perut yang kosong dapat diisikan dengan makanan pengantin. Macam-macam jenis lauk yang membuatkan lagu-lagu dalam perutku berbunyi semakin kuat. Hehehehe...Apa lagi sorulah.....

Sekitar memories disana : -