ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

"SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI ADALAH YANG LEBIH BAIK DARI YANG LEPAS"
SEMOGA BERTAMBAH-TAMBAH IBADAH PADA BULAN RAMADHAN INI
YA ALLAH HAMBA MOHON YA ALLAH
AGAR ENGKAU TETAPKANLAH HATI INI
DAN JAGALAH HATI INI AGAR TIDAK TERPESONG
DAN BERTAMBAHLAH IMAN HAMBA DARI HARI KE HARI

Ceramah Anwar Ibrahim di Permatang Pasir

Datuk Anwar Ibrahim


Diantara penceramah yang hadir adalah YB Hamdan, YB Lim Guan Eng, YB Azmin dan Cikgu Bad.(Calon PKR di Rembau) Disini DSAI melancarkan slogan atau moto pilihanraya beliau iaitu "Merdeka". Merdeka dari rasuah, merdeka dari kezaliman, merdeka dari penindasan.

Petikan dari Suara KeADILan :

PERMATANG PAUH, 14 OGOS (SK) - Jentera KeADILan lebih bersemangat apabila calon KeADILan, Anwar Ibrahim mengumumkan slogan "Merdeka" bagi pemangkin kemenangan pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh.

Ketika mengumumkan didalam satu taklimat jentera parti yang diadakan di Bilik Gerakan Pusat di Yayasan Aman Permatang Pauh malam tadi, slogan berkenaan merangkumi pelbagai aspek.

"Ini medan untuk kita merdeka, malam ini saya nak (mahu) isytiharkan moto kita merdeka. Bulan ini bulan ogos, kita merdeka, kita tuntut kemerdekaan. Itu motto kita. Kita hendak merdeka dari kezaliman, kita hendak merdeka dari rasuah, kita nak merdeka dari penindasan, kita nak merdekakan rakyat supaya keadilan tertegak," katanya.

Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Ahli-ahli Parlimen KeADILan, Ketua-ketua Perhubungan Negeri dan beberapa Ketua Bahagian dari serata Malaysia, Anwar mengulangi bahawa pilihan raya ini akan dijadikan medan untuk Barisan Nasional melemparkan fitnah kepada beliau.

Menurut Anwar, beliau akan dituduh menjadi alat kepada kaum Cina, namun Anwar menegaskan beliau rela menjadi alat kepada seluruh masyarakat Malaysia DSAI juga menerangkan tentang cadangan Tan Sri Khalid tentang kemasukkan orang bukan melayu ke dalam UITM.

Petikan dari Suara KeADILan :

SUBANG JAYA, 12 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan pendapat yang dinyatakannya berhubung pengambilan pelajar bukan bumiputera dan pelajar asing ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak bertujuan menghina masyarakat pengajian tinggi.

Beliau berkata ia hanyalah satu cadangan dan beliau memang tiada hak untuk menentukan yang UiTM perlu membuka 10 peratus kuota kemasukan kepada golongan pelajar berkenaan.

"Saya memang tak ada hak…tapi saya hendak mencadangkan, itu saja. UiTM sudah ada pelajar-pelajar bukan Melayu tapi dari luar negeri.

"Kita tidak boleh (minta) dia menerima pelajar dalam negeri atau luar negeri. Apa yang kita katakan ialah supaya UiTM meningkatkan lagi percampuran pelajar," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Dialog Bajet di Holiday Villa dekat sini petang tadi.

Abdul Khalid berkata kenyataan yang dibuat beliau dua hari lepas adalah kenyataan ikhlas dari orang yang berminat untuk melihat pembangunan masyarakat Melayu, bumiputera dan masyarakat keseluruhan berjaya dalam bidang yang diceburi.

"Kalau cadangan atau saranan saya tidak diterima, saya rasa tidak apa. Ini bukan merosakkan saya tapi serupa juga pada masa-masa tertentu adalah lebih baik kita menerimanya kerana kita ingin bersikap global," katanya.

Beliau mencadangkan satu perjumpaan antara beliau dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dengan pelajar UiTM diadakan.

Beliau berharap melalui perjumpaan itu, pihaknya dapat berbincang bagaimana meningkatkan lagi keupayaan pengajian tinggi selain mendengar sendiri pendapat pelajar berhubung perkara itu.

Pertemuan itu katanya mungkin boleh diadakan selepas pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan secara aman kira-kira 500 pelajar UiTM di hadapan bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam pagi tadi.

Dalam perhimpunan itu kumpulan pelajar berkenaan menyerahkan memorandum bantahan berhubung cadangan yang dibuat Dato' Menteri Besar itu, yang disampaikan wakil pelajar, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris.

Memorandum itu diserahkan kepada pegawai Pejabat Menteri Besar, Hasril Abu Hassan.

Perhimpunan yang bermula di Padang Kawad, UiTM seawal jam 7 pagi itu kemudiannya mengambil tempat di Dataran Shah Alam sebelum berarak ke Pejabat SUK. - NOOR ALLIA KASSIM/ Versi Terkini

--

Berjuang,berjuang, berjuang dan terus berjuang!!

Sumber : Perisik Rakyat

DEWAN ULAMA PAS

TUAN HADI LAYAK JADI PM
IPOH - Dewan Ulama PAS Pusat berpendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul HAdi Awang merupakan pemimpin yang layak untuk menerajui kerajaan baru jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pada 16 September.Ketuanya, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata Dewan Ulama sentiasa menyambut baik sesiapa sahaja yang ingin menjadi Perdana Menteri yang baru jika pemimpin yang dipilih itu menjadikan Islam sebagai asas pentadbirannya."Jika anda tanya kami (PAS), maka sudah pasti kami katakan Datuk Seri Abdul Hadi adalah orang paling layak untuk memikul tanggungjawab itu," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Dewan Ulama PAS Pusat di Dewan Perbandaran di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta megulas mengenai pendapat peribadi Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Mohd. Amar Nik Abdullah yang lebih suka mengutamakan Presiden Pas itu menjadi Perdana Menteri berbanding pemimpin dari parti lain.Mohamed Daud berkata pendirian itu adalah sesuatu yang normal kerana sudah pasti penyokong PAS mahukan pemimpin mereka yang menjadi pemimpin nombor satu negara."Namun kita dalam Pakatan Rakyat akan berbincang mengenai siapa yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri."Soal berebut jawatan itu tidak timbul kerana sudah pasti semua komponen Pakatan Rakyat akan memutuskan individu yang layak menerajui pimpinan negara," katanya.Tegas beliau, jawatan dan pangkat bukan sasaran utama untuk mengambil alih kerajaan sebaliknya tanggungjawab menguruskan kerajaan dengan sempurna mengikut landasan Islam itu yang lebih penting.-- Berjuang,berjuang, berjuang dan terus berjuang!!!
Visit to Blog : http://www.perisik- rakyat.com/
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6
Sumber dari : Perisik Rakyat