ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~BinGkis@N KeN@NG@N BiRtHD@Y P@Rty R@FiQ & M@K@N-M@K@N Di RuM@HkU~


SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD RAFIQ AIMAN... Anak buaH kesayangan pengarag jantungku. Hehehehe...Al-maklumlah anak buah yang pertama dan merupakan cucu pertama juga untuk mak dan abahku dan adik-beradikku.

Sukanya dia ye..hehehehe

 

Makin besar makin geram, makin besar makin comel, suka dengan gelangat dan geletah budak-budak kecik yang nak membesar nih. Macam-macam perangai dia tunjuk.
Teman rapat, kenalan rapat dan kawan-kawan lama dan yang dekat yang saya sempat jemput dan saudara-mara.

Tetamu pertama yang datang Abai Os, memang sangat lama tak berkunjung ke rumah dalam 2 tahun juga tak jumpa. Akhirnya dapat juga jumpa tahun nih. Datang juga akhirnya. Anak-anak dia pun dah besar. Lama tak jumpa kak sara seorang business women. Sangat aktif dalam pembikinan kek. Ummu Bakes Shop menjual secara online, dan sangat kreatif dalam pembikinan dan corak-corak yang pelbagai. Sangat sedap. Antara kek-kek yang pernah direkanya seperti ini...Nyum..nyum....

Inilah Kak Sara yang saya cakapkan (Wife Abg Faizal) 
Gambar kenangan bersama anak-anak Abai dan Kak Sara

Saudara-mara mula datang dan memeriahkan rumahku. Makanan yang kami hidangkan ialah Bihun Sup, Mee Kari, Nugget, Kentang, Roti Jala dan banyak lagi.

Nana dan Lan akhirnya kami berjumpa juga. Kawan lama yang sangat rapat. Akhirnya tamat persekolahan mereka Couple. Seronoh sangat bila dapat tahu sampailah sekarang. Thanks sangat datang. Walaupun lama tak jumpa kami tetap rapat. Thanks sahabatku. Dua-dua saya kenal dan rapat. Semoga berkekalan dan dipercepatkan ikatan yang sah. Amin. :)

Selepas maghrib tetamu yang sangat istimewa datang dan sangat gembira hati saya waktu ini. Kelam kabut pun ada. Akhirnya sempat juga berkunung ke terataku walaupun kami jarang berutusan. Oleh kerana keterbatasan waktu dan sibuk dengan hal masing-masing jarang untuk bertanya khabar antara satu sama lain. Tetapi walaupun jauh ingatan tetap terpahat di dalam hati.

Teringin untuk berkongsi sedikit gambar bersama insan istimewa dan keluarga yang datang kerumah ini tetapi demi menghormati apa yang ia lakukan sekarang hanya cerita sahaja yang dapat saya kongsikan. Saya sangat menghormati setiap apa yang dia lakukan. Thanks for coming.