ADVERTISING

TEMAN SAYA DI BLOGGER

TRAVEL TO KUANTAN AND GO THRU TO JOHOR

~Syukur alhamdulillah, terasa rindu bila sudah lama tidak berblogger. Terasa kekurangan kerana meninggalkan diari hatiku ini lama tanpa sebarang berita. Bersawang sedikit rasanya. Suh...suh.....pergi jauh-jauh wahai habuk yang merosakkan rumahku. Hehehehe~

~Terasa ingin berkongsi cerita kepada kawan-kawan. Pada hujung minggu lepas banyak aktiviti yang dihadiri. Menjadi Urusetia untuk dua program. Terasa penat sangat kerana perjalanan yang lama dan panjang.~

~Perjalanan memakan masa selama dua jam lebih. Bertolak jam 2.30am. Persiapan untuk perjalanan angkat barang-barang yang perlu di bawa seperti Flash Card, Buku Tamhid dan Tajwid, Alat Ketuk (Alat Bantu Belajar) dan barang keperluan lain. Tepat jam 2.45am kami bersedia untuk meneruskan perjalanan.~

~Dalam perjalanan saya tertidur di dalam kereta. Terasa mengantuk sangat sehingga tidak tertahan mataku ini untuk melihat pemandangan pagi. (psst : Waktu tidur memang le mata ni mengantuk). hehehehe.... tido punya tido sedar-sedar kereta pun sudah berhenti di R&R tepat jam 5am(waktu Malaysia ye). Pergi minum pagi dekat sana...perut terasa sejuk semacam biasalah cuaca pagi. Belum masanya untuk isi makanan. Dikuatkan diri untuk Order air kegemaranku Milo Panas (Sebab pagi sangat) kalau biasa Milo ais jer..hehehehe... Opss lupa nak bagi tahu. Seramai 7 orang yang pergi. (ada 2 kereta). 2 Perempuan dan 5 Lelaki. (Yang lelaki order maggie goreng...hehehehe...perut dorang bukan kira pagi ke, petang ke, malam ke, boleh je masuk) hehehehe...:)~

~Selesai di R&R...Kami teruskan perjalanan untuk sampai ke destinasi. Selepas tol jam tepat pukul 6am. Masa untuk menunaikan Solat Subuh. Berhenti lagi di R&R Tol mana saya tak berapa ingat tengah mamai. Tunggu Azan Subuh berkumandang. Setelah selesai kami teruskan lagi perjalanan.~

~Tepat jam 7am singgah di gerai makan. (Makan lagi, macam manalah pipiku ini tak tembam) asyik makan je. Rezeki tak boleh ditolak. Masing-masing makan roti canai dan nasi lemak. Air ikut suka le. :)~

~Tepat jam 8.30am sampai di Hotel Seri Malaysia Kuantan, turunkan barang dan bermulalah sesi pentaftaran~
 ~Menyusun barang-barang untuk pendaftaran~
~Set Buku Teknik Al-Baghdadi yang digunakan dalam Kursus Asas ini~
~Pak Cik & Mak Cik ni dari Batu Caves, Sanggup datang ke KUANTAN untuk mengikuti Kursus Asas ini. Katanya terlepas kursus di KL sanggup ke sini. TAHNIAH.~
~Hehehe...sibuk keluarkan duit tu..Jaga-jaga~


~Masing-masing memberikan butir-butir diri untuk Sijil~
~Khusyuknya adik-adikkita nih :)~
 ~Bertungkus lumus Ustaz memberikan penerangan kepada peserta kursus~
~Masing-masing khusyuk dengan kerja~
 ~berehat sebentar bersama-sama Kit Kat~



~Inilah sebahagian gambar-gambar kami disana. Hehehe...Akhir sekali sesi penyampaian sijil kepada peserta. Gambar tidak diletakkan kerana hampir semua peserta telah di ambil gambarnya. Nak letak separuh kecil hati pada mereka yang tidak ada gambar disini. hehehehe cuba untuk berlaku adil...Cewah....~

~Opsss...saya akan sambung lagi malam nanti. Salam'alaik. :)~