ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~ Malam Lailatul Qadar ~

Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".
Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.
Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.
Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.
Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

a. Menghayati malam tersebut dengan ibadah
b. Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
c. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :

a. Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
b. Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
c. Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
d. Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.

~ Luahan Perasaan III ~

Redup malam mencecah bumi... Langit malam berseri sekali....bintang-bintang bertaburan mengelilingi... Tiuan angin mendodoi mimpi....
Pengalaman selalu mendewasakan diri... semakin banyak dugaan yang datang semakin diri menjadi lebih bersifat matang dan sentiasa berhati-hati. Aku pasrah dengan apa yang berlaku... Mungkin ada kesilapan yang aku lakukan dan ada hikmah disebaliknya....
Allah sentiasa menguji umatnya. Kita adalah manusia yang hina lagi lemah disisinya. Hanya berbekalkan doa..insyaAllah semuanya bakal terjawab... Dalam hidup ini kta mesti selalu terima kenyataan... Bak kata pepatah "Berpijaklah di bumi yang nyata". Amat mendalam maksud pepatah ni...
Walaupun banyak dugaan yang datang, aku akan tetap menjadi diri aku yang sebenar... Orang lain ada mulut, kita tak akan boleh menutupnya, terpulang pada mereka untuk bercakap apa sahaja....Aku dah lali dengan semua tu...
Aku sedih sangat kerana dituduh macam-macam... Aku tak tahu apa salah aku sampai aku boleh jadi begini. Ya Allah apa salah aku, sampai aku diuji sebegini, namun apa yang terjadi aku redha dengan ketentuan-Mu ya Allah... Mungkin ini semua telah ditakdirkan untuk aku... arghhhhh.... aku perlu banyak bersabar....
Penantian itu suatu penyeksaan... mungkin dahulu aku pernah buka hati pada seorang insan. Tapi kini agak sukar untuk aku menerima sesiapa. Mungkin jika kena dengan cara dan gayanya insyaAllah... Aku berusaha dengan sebaik mungkin untuk mencari yang terbaik. Andai hati telah suka, insyaAllah aku akan terima juga risikan dari sesiapa... biarlah luka lama hilang dahulu. Moga-oga segala kebuntuan aku selama ini ada jalan penyelesaiannya....