ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~Corat-coret 15 SEPTEMBER 2009~

Alhamdulillah, selesai semuanya.... dah malam pun ni, seperi biasa ada masa lapang yang panjang ni aku tidak melepaskan peluang ini untuk membelek-belek BLOG kesayangku ini... mengupdate apa yang patut dan segala-galanyalah yang berkaitan.... Esok dah masuk 27 Ramadhan... rasa macam sekejap sahaja, pejam celik dan sampai ke penghujunnya.. Entah sampai ke tidak kita untuk sampai ke ramadhan seterusnya.. InsyaAllah...apa-apapun itu semua kerja yang Maha Esa...
Hari ni tugas aku memasak di dapur, mak aku sibuk menjaga cucunya, so terpaksalah ambil alih sekejap tugas mak aku ni...hehehe... untuk bersahur besok aku masak Telur Masak Lomak Cili Api ehem.....best pulak aku rasa...kui3.... then dengan Ikan Goreng fuh...semua dah siap.... Nasi pun aku dah masak.. so masa untuk rehat...
Aku jual Brooch, so nak raya ni, adalah juga yang membelinya, aku hantar gambar brooch dekat kawan aku, dia nak beli, so lambat betul yahoo ni nak mengupload gambar...penat pulak aku tunggu....
Fuhhhh.... Penat betul hari ini... berkemas semperna Hari Raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi ni... Keje aku hari ini memasang langsir, memang meletihkan berapa tingkap ada dekat rumah aku ni..aduhai sakit segala tangan-tangan aku ni. Lap-lap tingkap...fuh memang best la, untuk menguruskan badan..hehehe... aku sapu sampah yang ada dalam umah...and banyak lagi la yang aku buat...nak sebut memang tak habis sampai esok pagi....

Apa yang aku buat malam ni, cek-cek email, facebook and friendster...huhuh..apa lag ye...itu jelah then cari resepi2 yang membuat selera aku nak mencuba pelbagai resepi masakan...hehehe...ehem....mataku terasa mengantuk pulak...InsyaAllah ada masa selalu aku meng update blog ni nanti....buat teman-teman yang dicintai dan disayangi... siti ingin mengcapkan SELAMT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI semoga lebaran ini disambut dengan meriah dan makan tu beringat ye..berpada-pada... InsyaAllah...

~ Malam Lailatul Qadar ~

Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".
Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.
Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.
Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.
Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

a. Menghayati malam tersebut dengan ibadah
b. Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
c. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :

a. Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
b. Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
c. Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
d. Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.

~ Luahan Perasaan III ~

Redup malam mencecah bumi... Langit malam berseri sekali....bintang-bintang bertaburan mengelilingi... Tiuan angin mendodoi mimpi....
Pengalaman selalu mendewasakan diri... semakin banyak dugaan yang datang semakin diri menjadi lebih bersifat matang dan sentiasa berhati-hati. Aku pasrah dengan apa yang berlaku... Mungkin ada kesilapan yang aku lakukan dan ada hikmah disebaliknya....
Allah sentiasa menguji umatnya. Kita adalah manusia yang hina lagi lemah disisinya. Hanya berbekalkan doa..insyaAllah semuanya bakal terjawab... Dalam hidup ini kta mesti selalu terima kenyataan... Bak kata pepatah "Berpijaklah di bumi yang nyata". Amat mendalam maksud pepatah ni...
Walaupun banyak dugaan yang datang, aku akan tetap menjadi diri aku yang sebenar... Orang lain ada mulut, kita tak akan boleh menutupnya, terpulang pada mereka untuk bercakap apa sahaja....Aku dah lali dengan semua tu...
Aku sedih sangat kerana dituduh macam-macam... Aku tak tahu apa salah aku sampai aku boleh jadi begini. Ya Allah apa salah aku, sampai aku diuji sebegini, namun apa yang terjadi aku redha dengan ketentuan-Mu ya Allah... Mungkin ini semua telah ditakdirkan untuk aku... arghhhhh.... aku perlu banyak bersabar....
Penantian itu suatu penyeksaan... mungkin dahulu aku pernah buka hati pada seorang insan. Tapi kini agak sukar untuk aku menerima sesiapa. Mungkin jika kena dengan cara dan gayanya insyaAllah... Aku berusaha dengan sebaik mungkin untuk mencari yang terbaik. Andai hati telah suka, insyaAllah aku akan terima juga risikan dari sesiapa... biarlah luka lama hilang dahulu. Moga-oga segala kebuntuan aku selama ini ada jalan penyelesaiannya....

~ Luahan Perasaan II ~

Malam yang hening terasa amat sunyi sekali. Aku kesunyian tiba-tiba mengenangkan kisah laluku. Terkenang-kenang kisah suka dan dukaku. Masa yang berputar amat cepat sekali. Membuatkan aku lemas dalam jaga. Apa yang dimaksudkan dengan lemas dalam jaga tu? Walaupun aku hidup tetapi aku kelemasan dengan suasana sekelilingku. Argh...kenapa boleh jadi begini ye....
Pengalaman mengajar aku erti kehidupan. Masa lalu aku tidak boleh aku lupakan dan terkenang sehingga kini. Aku lupa siapa diri aku yang sebenar. Siapa aku! Insan yang bernama manusia, sama sahaja dengan yang lain. Punya hati, punya perasaan, dan punya segala-galanya.
Aku mula mengenal apa itu CINTA sejak dibangku sekolah. Umur yang hanya belasan sudah pandai berpacaran bak kata dalam drama-drama Indonesia. Seorang lelaki yang baik, penyayang dan pelembut hatinya. Biasalah "Cinta Monyet", orang lain nak bercinta, kita juga ingin bercinta. Sehinggalah 2 tahun lebih dan akhirnya perhubungan tidak boleh diselamatkan dan berakhir ditengah jalan. Tetapi hubungan kami baik walaupun sudah tiada apa-apa hubungan.
Hubungan itu boleh dipupuk dengan pelbagai bentuk. Tetapi aku tidak tahu bentuk apakah yang dimaksudkan itu. Agak sukar untuk aku menerimanya.
Semakin ramai lelaki yang aku kenal, semakin aku mengenali watak-watak lelaki. Semakin aku mengenali semakin aku rasa kurang yakin untuk berhadapan dengan pehubungan yang lebih jauh. Meletihkan diri apabila memikirkan ini sahaja. Aduh.....apa yang patut aku buat...
Kisah ini akan bersambung lagi....

~ Luahan Perasaan ~

Sekadar meluahkan perasan yang agak jiwang sedikit disini, hehehe..jiwa kacau malam-malam ni la...aduh letihnye hai kalau menghadapi penyakit jiwa kacau ni..hehehe...
Bak kata remaja sekarang ni lah, bila datang je jiwa kacau ni mesti ada masalah percintaan, hehehe...yeke? apa betul ke kebenaran ni? hahaha.nanti aku selami dengan sedalam-dalamnya...
Kehidupan seseorang insan tu tak pernah lari dari melakukan kesilapan. kadang-kadang kehidupan ini macam roda, ada masa kita akan ada di atas dan kadang kala kita akan ada dibawah. Ia tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah. Begitu juga dengan perasaan boleh berubah-ubah tanpa kita ketahuinya.
Hati dan Perasaan nampak macam satu pasangan yang rapat antara satu sama lain. Begitu juga apabila adanya lelaki dan perempuan. Kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain. Selagi ada hati disitulah letaknya Perasaan.
Hati aku memang berubah-ubah. Tiada siapa yang boleh membaca hati aku, kadang pada masa yang sama tak ada siapa pun yang dapat membacanya. Aku juga kadang-kadang tak dapat baca isi hati aku sendiri.
Sukar untuk meluahkan rasa kasih atau sayang pada seseorang. Apatah lagi perasaan cinta. Perkataan Cinta melemahkan kepala lutut aku. Aku tak tahu berhadapan dengan CINTA. Memang ada yang cuba untuk mendekati aku, tetapi ada sahaja yang membuatkan aku rasa kekok dan tidak tahu melakukan apa-apa. Pernah aku menerima cinta seorang insan tetapi putus ditengah jalan, ada yang tidak sampai ditengah-tengah hubungan yang terbina behenti setakat itu sahaja. Sukar untuk mencari keserasian antara kami berdua. Perkataan MEMILIH, itulah yang aku dengar dari kawan-kawan yang mengatakan aku seorang yang memilih. Apa-apapun aku tidak kisah apa yang mereka ingin katakan.
Bukan ketampanan, Bukan Harta Kekayaan yang aku mahukan dari seorang insan yang bernama lelaki. Cukuplah sekadar hati yang jujur dan ikhlas dalam sesuatu perhubungan itu. Mahu menerima setiap kelemahan yang ada dan membantu dalam memperbaikinya. Arghhh...betapa sukarnya mencari..betapa sukarnya menanti...betapa peritnya hati...betapa sakitnya perasaan...betapa hancurnya badan...
Aku kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan...Perjuangan perlu diteruskan..insyaAllah...
Kisah ini akan bersambung lagi...

~1 September 2009~

~wahhhh...dah bulan baru hari ini, 1 September 2009.... sekejapnye rasanya dah masuk puasa yang ke 11...macam baru jeq puasa. Emm...apa-apapun yang penting puasa tahun ini dapat dimanfaatkan dengan baik. Isikan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan yang membawa keuntungan diri bukan sahaja didunia tetapi untuk akhirat nanti. Keuntungan tu bermaksud mempersiapkan diri dengan amalan-amalan yang memberi manafaat untuk diri kita untuk menghadap yang maha ESA.



~Selama menyepi ni dengan kerja-kerja, memang tak berapa kerap saya kesini (Blog kesayang saya ni). tidak mengedit, tidak dapat buka dan banyak lagi perkara yang tidak untuk kesini~

~Masanya untuk Kesinambungan cerita semalam ye :....

a) Syukur alhamdulillah tanggal 18 June 200 telah diadakan Majlis Istiadat Konvokesyen ke 12 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor... Selesai sudah saya menerima segulung Diploma pada petang hari jam 3 PM di pentas PKK...hati yang sangat terharu dan sedikit sebak dengan pencapaian ini. Ini semua berkat doa keluarga terutama mak dan abah..tanpa doa mereka tak mungkin saya akan berada di tahap sedemikian. TQ so much, I LOVE U ALL FOREVER....



~Sekitar Istiadat Konvokesyen~







To all my friends, especially student-student SIIUC Diploma in Communication, I miss You All Always..Please keep in tounch with each others... send perkembangan masing-masing ye... Semoga kamu semua berjaya dalam kerjaya masing-masing.

~Corat-coret 31 OGOS 2009~

...I'm coming back... lama sungguh dah tak mengupdate my lovely blog ni.... syukur alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar....

HAPPY MERDEKA DAY.... wah hari ini negara menyabut Hari Kemerdekaan yang ke 52, syukur kerana negara bebas merdeka dari penjajah... bersyukurlah wahai anak bangsa... bukan negara sahaja yang bebas dari penjajah, tetapi diri kita juga perlu bebas dari jajahan-jajahan nafsu yang hanya merosakkan diri sahaja. Keluarlah dari kepompong hidup yang hanya menyesatkan hidupmu sahaja wahai anak bangsa tanah air Malaysia.

SALAM RAMADHAN.... Syukur Alhamdulillah, dah sampai kita di dalam bulan puasa itu penghulu segala bulan. Semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik dari sebelum-sebelumnya. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak semoga dengan kedatangan bulan yang mulia ini bersama-samalah kita memanfaatkan bulan ini dengan amalan-amalan yang mulia. InsyaAllah... Banyak yang nak tulis tetapi masa tidak mengizinkan...oklah sambung besok lah.....banyak episod ni.... dah mengantuk sangat2 esok nak bangun sahur ni... tunggu sambungannya ye...