ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~RI@D@H BERSAMA TEM@N-TEM@N SEKERJ@~

Bila sudah lama tidak meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti mulalah badan terasa lain macam je, sakit sana, sakit sini, berlakulah tekanan dari segi mental dan fizikal. Macam-macam lagi faktor yang memainkan peranan dalam menentukan mood kita setiap hari.


Bermulanya di Taman, berjoging kononya ingin membuang segala lemak2, kalori2 yang terkumpul di dalam badan nih, selang beberapa minggu, boleh ikut lagi. Tapi selang beberapa minggu makan tetap makan. Hehehe...nak buat macam mana manusia dan makanan tidak boleh dipisahkan. :-)

Dari Taman bertukar ke Gelanggang Badmninton di Sinamax, Gombak. Saya bersama teman-teman seperjuangan sempat meluangkan masa di sana selama 1 jam untuk menghilangkan segala tekanan yang ada. Cara ini juga dapat membantu dalam menurunkan berat badan kerana dalam masa 1 jam kami dapat mengeluarkan peluh-peluh supaya badan kembali sihat dan bertenaga kembali.


Walau apa yang kita buat, penjagaan tubuh badan cukup penting, bukan sahaja dari segi makan dan minum tetapi dari segi kerohanian juga penting. Hidup Sihat tanpa sebarang penyakit. :-)