ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

BICARA HATI SEORANG WANITA...:)

Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta syukur kerana masih lagi bernafas dan masih lagi berpeluang untuk terus berkongsi cerita suka dan duka serta pengalaman hidup. Alhamdulillah terlalu banyak cerita serta bab-bab yang ingin dikongsi tetapi jika keadaan mengizinkan seberapa lama saya boleh mencoretkan disini insyaAllah pasti terlahirlah sebuah cerita berbentuk cerpen. hehehehehe...:-)

Sebuah kisah lama yang sentiasa bermain-main dalam kotak ingatan saya. Biasalah hati wanita terlalu lembut dan halus. Sampaikan banyak benda yang agak sensitif boleh menyebabkan kelopak mata sentiasa mengalirkan air mata. Air mata apa itu? kegembiraan atau kesedihan? Mungkin kedua-duanya sama. Kegembiraan pun ya, kesedihan juga ya. Oleh kerana hati yang sangat lembut dan mempunyai sifat yang penyayang boleh meruntuhkan hati sesiapa sahaja.

Oleh kerana banyak sangat pilihan yang diberikan agak sukar untuk menentukan siapakah pasangan hidup yang dapat membahagiakan diri ini. Siapakah insan yang dapat membuangkan segala sifat-sifat yang kurang selesa kepada yang lebih selesa. Mungkinkah belum sampai masanya lagi untukku berfikir soal ini, ataukah sudah sampai masanya tetapi saya tidak tahu yang mana satukah di antara mereka itu. Fuh..fuh sukarnya membuat pilihan. Tak buat salah bila dah buat kena tahu baik buruknya, kena tahu asal usulnya, kena tahu hati budinya, kena tahu segala yang berkaitannya dan seangkatan dengannya.

Saya pernah di perkenalkan dengan seseorang melalui teman rapat saya. Buat pertama kalinya tanpa saya minta, tanpa saya tahu dan banyak persoalan yang bermain dalam fikiran saya. Kenapa beriaya-iya kawan saya minta saya terima kawanya untuk berkawan dengan saya? Kenapa saya yang menjadi pilihan untuk diperkenalkan dengan kawannya? Kenapa dan Apa dan Bagaiman dan macam-macam yang bermain dalam kotak fikiran saya masa itu. Hanya jawapan yang saya dapat adalah "Minat korang sama". Itu sahaja dan saya tidak bercakap banyak hanya terima sedanya. InsyaAllah mudah-mudahan insan itu adalah yang terbaik. Apa yang berlaku saya hanya terima dengan hati yang terbuka. Seandainya dia adalah jodohku akanku terima seadanya walau siapa pun dia.

Teman saya memberikan nombor telefon kawannya untuk saya hubungi. Ikutkan hati saya tak nak ikut apa yang disuruh tetapi demi menjaga hati seorang teman saya akur dengan keputusannya. Kami telah pun berjumpa cumanya saya tidak tahu yang mana satukah insan yang teman saya ingin kenalkan. Saya hanya buat biasa sahaja terima dan tersenyum.

Alhamdulillah rupanya perkenalan itu berjalan dengan lanjar dan sangat baik sekali. Pertama kalinya kami berkenalan dan menceritakan kisah diri masing-masing. Agak lucu bila saya terkenangkan kembali cerita ini. Ini adalah satu kenangan manis saya yang tak akan saya lupa sampai bila-bila. Saya membuka hati saya untuk menerima salam perkenalan dari insan itu dan insan itu juga menerima salam perkenalan saya. Bermulalah perkenalan antara kami. Syukur alhamdulillah rupanya insan ini sangat baik sekali. Raut wajahnya terpancar keikhlasan. Ku menadah 10 jari berdoa dan bersyukur kerana ditemukan dengan insan yang sangat baik sekali bagi pandanganku.

Kami telah merancang untuk bertemu dan kedua-dua pihak bersetuju dengan pertemuan pertama antara kami berdua. Hehehe...bunyi dah macam first date pulak.hekhekhek...masa ini agak kebudak-budakkan je. :). Alhamdulillah masa sekarang menunjukkan jam 12 tengahari. Janji temu antara saya dan insan itu. Tunggu punya tunggu dia tak sampai-sampai padahal pertama kali nih. Sampailah ada panggilan dari dia yang berbunyi begini "Salam, awak saya minta maaf terlewat sikit ada hal tadi saya cuci motor" fuh berderau darah dengar. Bukan sekejap la saya tunggu tapi dah 2 jam saya tunggu. Hanya bersabar je lah. Niat hati tu nak jugak melepaskan sedikit tetapi tak sampai hati. Benda kecik tak payah nak dibesarkan pulak. Akhirnya dalam 1 petang dia datang dan kami pun bertegur sapa. Agak malu-malu kuching pulak..hehehehe...just pergi makan dan berjalan-jalan. Kemudian balik. Tak berani lama-lama sangat tak elok. Ini kisah kami dahulu.

Alhamdulillah hampir 5 tahun kami berkawan sekarang. Syukur alhamdulillah walaupun banyak pasang surutnya dalam kami berkawan tetapi kami dapat selesaikan dengan baik. Berinteraksi itu sangat penting dan dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama kita.

Keluarga kami kenal antara satu sama lain. Masing-masing tidak lokek dengan cerita masing-masing. Berkongsi dan berbicara soal apa sahaja. Ikut suka topik apa yang nak di bincangkan. Masing-masing punya pendapat masing-masing. Saya dengan pendapat saya dan dia dengan pendapat dia. Yang membezakan kami adalah pendapat. Minat dan apa sahaja semuanya kami sama dan sependapat. Huhuhuhu...:)

Semakin lama saya mengenali dia semakin saya bangga dengan setiap prestasi diri dia. Semakin hari semakin fokus dengan kerja dan bermacam-macam yang di ceburinya. Hanya berbekalkan doa sahaja. Dulu kami selalu bersms dan bertanya khabar. Semakin hari semakin jarang kami berutusan dengan mesej. Semenjak masing-masing sibuk dengan kerja, masing-masing dengan hal masing-masing.

Sangat lama hubungan persahabatan kami nih..InsyaAllah kalau ada jodoh tak kemana, biasalah lumrah kehidupan manusia. Siapa kata antara lelaki dan perempuan boleh jadi kawan rapat tanpa ada perasaan apa-apa. Tipu sangat lah tu. Perasaan itu akan timbul bila kita tahu siapakah diri dia yang sebenar. Terlalu rapat kita berkawan semakin banyaklah perasaan itu. Dan setelah kita menerima dirinya seadanya kita akan sentiasa bersamanya untuk saling menjaga dan dijaga.

Tetapi bagi diri saya tidak. Walaupun saya ada perasaan itu tetapi saya tidak pernah rasa dijaga. Diri saya selalu berhadapan dengan perkara yang sedih dan sentiasa dihampakan. Terlalu jujur dan terlalu mendengar kata. Berasa selesa tetapi tidak mendapat apa yang saya inginkan. Terlalu pemurah tetapi sifat itu selalu di salah tafsirkan. Fikir-fikirkanlah...

Saya semakin sedar apa yang cuba disampaikan dalam hatinya. Melalui sifatnya, gayanya dan pergerakkannya saya tahu apa yang dia ingin sampaikan kepada saya. Hati yang tertutup telah pun baik dan berani untuk membuka ruang kepadanya tetapi biarlah masa yang menentukannya. Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik dan tidak baik untuk hambanya. Saya juga berdoa seandainya ini adalah jodoh saya, semoga saya dapat disatukan dan kasih sayang sentiasa ada dalam hati kami masing-masing. Kerinduan yang amat sangat dan banyak lagi. Saya tidak malu mengatakan kerana bagi saya inilah lumrah manusia. Saya semakin percaya dan yakin pada diri. Sifat jujur itu baik tetapi tidak baik jika disalah tafsirkan.

Hati yang sangat halus jika terguris sedikit pasti ada nanah dan kesan yang sangat dalam. Tetapi jangan biarkan nanah itu sentiasa bernanah tetapi berusahalah untuk memulihkannya semula. Allah itu sentiasa bersama hambanya yang memerlukan pertolongan-Nya. Berdoalah dengan hati yang khusyuk serta tawaduk. InsyaAllah mudah-mudahan segalanya diperkenankan...:)