ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

TUNGGU YERRRR !!!


Salam'alaik semua....


Apa khabar...Alhamdulillah baru balik dari KEMBARA MUTIARA KE SEMPORNA..Kehangatannya masih belum reda dalam ingatanku. Terlalu seronok banyak sangat kenangan manisnya.


Belum sempat untuk mengupdate My Lovely Blog nih...Banyak sangat idea yang nak tulis tapi masa tidak mengizinkan. InsyaAllah akan saya update nanti. Tq kepada followers dan rakan-rakan yang datang menginap sebentar di anjung hikmah saya nih..

PERSOALAN MASIH TIADA JAWAPAN

Selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W rasa bersyukur dan kerinduan yang abadi. Ya Allah hamba memohon agar ditetapkan hati dengan agama-Mu semoga hamba tidak terpesong dari melakukan perkara-perkara maksiat.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya. Setiap perbuatan pasti ada balasannya. Pejam celik pejam celik baru tersedar masih duduk di bumi yang nyata. Terasa jari-jemariku sejuk rupa-rupanya udara air-corn disekeliling.

Tak sangka ye? Ada juga insan yang sama macam saya. Walaupun dari luarannya berbeza. Dari segi pemakaian, pandangan dan juga personaliti tetapi dari segi pemikiran seakan-akan sama. Apa yang membuatkan saya lebih serasi adalah kerana apabila berkongsi masalah peribadi ternyata sama seperti apa yang saya alami. Tidakku sangka-sangka tetapi itulah hakikatnya.

Semakin hari semakin serasi, semakin hari semakin sama, semakin hari semakin saya mengenalinya. Sahabat sejatiku ibarah cermin diriku. Oh sahabat dan temanku akanku merinduimu walau dimana jua aku berada.

Persoalan yang masih tiada jawapan, ibarah persoalan dibalas dengan persoalan. Kemana perginya kekuatan, kemana perginya ketabahan, kemana perginya ketulusan. Hilang entah kemana, memberi semangat, memberi peransang, menanti setiap jawapan, menanti dengan penuh erti tetapi masih meninggalkan 1001 pertanyaan, persolan masih tiada jawapan. Kenapa harus dihukum dengan sebegini rupa. Apakah kesalahan mesti diterima dengan kesalahan. Mustahil semua itu perlu berlaku. Sakitnya kepala memikirkan ini semua.

Sahabat seperjuangan, diberi persoalan tetapi dibalas dengan jawapan. Hanya sebentar digantung tiada tali tetapi apa yang dirasakan sangat menyakitkan. Ketulusan hati adalah benteng sesuatu perhubungan itu. Satu sama lain mengenali, berbahas dan memahami. Masing-masing mencari jalan untuk mensucikan kembali hubungan. Akhirnya jawapan telah diberikan dan menerima dengan hati yang terbuka atas setiap persoalan. Sakitnya hati bagai ditusuk-tusuk tetapi tiada siapa yang memahami, tiada siapa yang mengerti, tiada siapa yang tahu melainkan Allah S.W.T. Maha Mengetahui, Maha Melihat setiap inci perbuatan umatnya. Sahabat semoga dikau tabah menerima keputusan itu. Ku doakan semoga dikau berjaya dalam hidup seperti apa yang telah dirancangkan. Ku doakan jua seandainya jodoh itu ada pasti kalian berdua akan disatukan dalam satu ikatan suci yang sangat diredhai oleh Allah.

Kata-kata ini jua buat diriku, Ajal, Maut, Jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah. Saya hanya mampu berserah dan berdoa. Persoalan dibalas dengan persoalan. Ibarat main tarik tali antara sesama sendiri. Semoga diri ini bisa mengharunginya dengan baik sekali. Saya sentiasa meletakkan setiap kekecewaan itu pasti ada kegembiraan yang bakal tiba. Hanya perlukan waktu yang sesuai untuk melihat apa disebalik kegembiraan itu. Wajah yang sentiasa bermain diminda, takkanku biarkan begitu sahaja, Iringan doa yang kupanjatkan agar ia bakal terjawap. Moga mimpi itu menjadi kenyataan.

Sedikit bingkisan yang agak ketercelaruan. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada. Semoga menjadi penguat diri.

"SAYONARA" di Officeku...

 ~Arlin, Dayang dan Siti~

Sekejap sahaja rasanya berjumpa dan terus berpisah. Officemateku yang comel lote nih. Muka yang seakan-akan kembar macam saya tetapi banyak kali pandang tidokle kot. Bukan apa ramai yang selalu tukar nama saya dan dia ni iaitu Dayang Zuhainah atau Dayang.

Saya baru sahaja mengenali dia, tak sampai setahun lagi tetapi menjadi rapat kerana kedudukan kami di tempat kerja alahai dekat la sangat. Saya duduk didepan dia duduk dibelakang saya. Kadang-kadang nak makan, minum saya selalu hulurkan dekat dia, kadang tengah penat, stress buat kerja pandang belakang pandanglah adik manis nih sapa lagi kalau bukan dayang atau lebih ringkasnya ayang.hehehehe.


~Nampak tak tu 2 orang jejaka..dialah orangnya~
Hahahaha....pecah tembelang :)

Dia nih selalu di ganggu oleh 2 orang teruna. Kalau dah teruna tuh namanya bujanglah ye. Ehem...ehem... Ciyan tengok tapi kadang-kadang geli hati dengan gelagat dia. Perkataaan yang melekat sampar sekarang saya ingat adalah "secret". Meamang tak diduga, kui3...Kenanagn-kenangan.Dari pandangan mata turun ke hati malangnya cik dayang nih tidak berkenan dengan kedua-duanya. Alamak...!!! makan hati yek..hehehehe....saya gurau jangan marah ye.


 ~Officemate~

Dia nih pangkat adik le, kadang-kadang suka bermanja-manja dengan dia..:-). Suka sangat pandang belakang sebab nak tengok dia buat apa. Inilah penggemar "Game". Kadang ada sahaja game baru pasti bagitahu. Kat mana lagi dalam Facebooklah. Dah macam hantu game macam saya lah jugak. Masuk kerje buka facebook dulu sebab takut tanaman mati, ikan mati, masakan hangus, hehehehe..padahal dalam tu je, tapi yang membuatkan dia amat bermakna sebab dapat tambahkan duit dan point. Puas sangat, sungguh puas main game tuh. Hehehehe....

~Kenangan Dayang dengan Cik Mah~
Jatuh pada hari Jumaat 30 April 2010, adik dayang meninggalkan Office. Last day dia sebab dapat tawaran kerje di tempat lain. Siapa boleh halang kalau itu permintaan dia. Walaupun sedih, walaupun sayang nak buat macam mana keputusan tetap dengan keputusan.

Saya dan alin keluar sebentar untuk membeli makanan untuk "Jamuan Perpisahan" bukan tu je belikan hadiah sebagai tanda penghargaan kerana telah berkhidmat di EZQ. Pencapaian yang sungguh membanggakan. Dia nih mudah sangat tersentuh hati, mudah menangis, hehehehe cute je.

Habis makan-makan dan jamuad sedikit berehat sebentar dan sesi bergambar. Macam-macam position la kami buat. Masing-masing sporting jeq takde masalah. Apa taknya masing-masing memang suka bergambar so tak jadi masalah besar.



~Kenangan untuk Dayang~

SLOT PENGEMBARA MUSLIM " KEMBARA MUTIARA KE SEMPORNA"

Pertama kalinya bersama-sama turut serta dalam slot Pengembara Muslim bersama 2 orang Dj terkenal lagi mantop sapa lagi kalau bukan DJ Erwan dan DJ Maslina. Rancangan ini keudara pada setiap hari Ahad jam 5 petang di IKIM.FM. Dulu keudara pada setiap hari Rabu jam 10 malam dikenadalikan oleh Dj yang sama juga.

Secara mengejut saya di sapa oleh Ustaz Jalal, ayatney berbunyi seperti ini ye " ct minggu depan awak siapkan skrip untuk on-air Kembara" terkejut beruk, tambah pulak jantung berdegup kencang. Keadaan menjadi kacau, fikiran melayang. :-). Tetapi apa yang perlu difikirkan "be myself, try my best" . InsyaAllah saya buat yang terbaik.

Tibalah harinya, jantung berdegup jantung, bersama-sama dalam on-air tu Ustaz Azhar dan Ustaz Jalal, Sahabat sekerja saya Faizal Eshak (Pengarah Program), dan tetamu undangan Encik Badri sekeluarga. 
 ~Keluarga Encik Badri dan Keluarga, sangat sporting~

Sebelum ini pernah digandingkan dengan Dj Maslina, tetapi yang ini agak gerun sedikit kerana banyak maklumat penting yang perlu disampaikan kepada pendengar. Tetapi alhamdulillah, dengan skrip yang ada saya cuba yang terbaik. Hehehehe....
~Persembahkan...Cewah...~

Ada jugak tak keluar dek kata-kata, sedangkan lidah lagi terbelit inikan pula jantung berdegup kencang..hehehhe...apa pulaklah yang saya tulis ni. Pengalaman pertama selalu mengajar saya menjadi yang terbaik dan lebih baik. Syukur alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang dirancang. Walaupun ada sedikit gagap tu biasalah ye...:-)


~Penerangan dengan bersemangatnya~

Inilah sebahagian koleksi gambar yang di snap oleh Ustaz, pelbagai posisi ada tapi ini jelah yang saya boleh letakkan, agak kelakar dan ............. Selepas ini saya akan buat yang terbaik. Terima kasih Ustaz kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya.