ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

SLOT PENGEMBARA MUSLIM " KEMBARA MUTIARA KE SEMPORNA"

Pertama kalinya bersama-sama turut serta dalam slot Pengembara Muslim bersama 2 orang Dj terkenal lagi mantop sapa lagi kalau bukan DJ Erwan dan DJ Maslina. Rancangan ini keudara pada setiap hari Ahad jam 5 petang di IKIM.FM. Dulu keudara pada setiap hari Rabu jam 10 malam dikenadalikan oleh Dj yang sama juga.

Secara mengejut saya di sapa oleh Ustaz Jalal, ayatney berbunyi seperti ini ye " ct minggu depan awak siapkan skrip untuk on-air Kembara" terkejut beruk, tambah pulak jantung berdegup kencang. Keadaan menjadi kacau, fikiran melayang. :-). Tetapi apa yang perlu difikirkan "be myself, try my best" . InsyaAllah saya buat yang terbaik.

Tibalah harinya, jantung berdegup jantung, bersama-sama dalam on-air tu Ustaz Azhar dan Ustaz Jalal, Sahabat sekerja saya Faizal Eshak (Pengarah Program), dan tetamu undangan Encik Badri sekeluarga. 
 ~Keluarga Encik Badri dan Keluarga, sangat sporting~

Sebelum ini pernah digandingkan dengan Dj Maslina, tetapi yang ini agak gerun sedikit kerana banyak maklumat penting yang perlu disampaikan kepada pendengar. Tetapi alhamdulillah, dengan skrip yang ada saya cuba yang terbaik. Hehehehe....
~Persembahkan...Cewah...~

Ada jugak tak keluar dek kata-kata, sedangkan lidah lagi terbelit inikan pula jantung berdegup kencang..hehehhe...apa pulaklah yang saya tulis ni. Pengalaman pertama selalu mengajar saya menjadi yang terbaik dan lebih baik. Syukur alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang dirancang. Walaupun ada sedikit gagap tu biasalah ye...:-)


~Penerangan dengan bersemangatnya~

Inilah sebahagian koleksi gambar yang di snap oleh Ustaz, pelbagai posisi ada tapi ini jelah yang saya boleh letakkan, agak kelakar dan ............. Selepas ini saya akan buat yang terbaik. Terima kasih Ustaz kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya.

2 comments:

  1. salam...kat fb terjumpa nama nie...terdetik nak tengok orgnya n blogwalking ke sini...jumpa dah Salam kenal siti..kita dah bercakap di telefon..Insyaallah nnt kita jumpa pulak...salam ukhuwah.Sila k blog Umi....santai2

    ReplyDelete
  2. salam'alaik..Ummi salam kenal kembali...Thanks kerana sudi ke blog saya, tak sangka dapat bertukar2 blog dengan ummi nih nanti saya add blog ummi dalam nih...InsyaAllah nanti kita jumpa disana ye, Dengan izin Allah.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda disini :-