ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

PERSOALAN MASIH TIADA JAWAPAN

Selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W rasa bersyukur dan kerinduan yang abadi. Ya Allah hamba memohon agar ditetapkan hati dengan agama-Mu semoga hamba tidak terpesong dari melakukan perkara-perkara maksiat.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya. Setiap perbuatan pasti ada balasannya. Pejam celik pejam celik baru tersedar masih duduk di bumi yang nyata. Terasa jari-jemariku sejuk rupa-rupanya udara air-corn disekeliling.

Tak sangka ye? Ada juga insan yang sama macam saya. Walaupun dari luarannya berbeza. Dari segi pemakaian, pandangan dan juga personaliti tetapi dari segi pemikiran seakan-akan sama. Apa yang membuatkan saya lebih serasi adalah kerana apabila berkongsi masalah peribadi ternyata sama seperti apa yang saya alami. Tidakku sangka-sangka tetapi itulah hakikatnya.

Semakin hari semakin serasi, semakin hari semakin sama, semakin hari semakin saya mengenalinya. Sahabat sejatiku ibarah cermin diriku. Oh sahabat dan temanku akanku merinduimu walau dimana jua aku berada.

Persoalan yang masih tiada jawapan, ibarah persoalan dibalas dengan persoalan. Kemana perginya kekuatan, kemana perginya ketabahan, kemana perginya ketulusan. Hilang entah kemana, memberi semangat, memberi peransang, menanti setiap jawapan, menanti dengan penuh erti tetapi masih meninggalkan 1001 pertanyaan, persolan masih tiada jawapan. Kenapa harus dihukum dengan sebegini rupa. Apakah kesalahan mesti diterima dengan kesalahan. Mustahil semua itu perlu berlaku. Sakitnya kepala memikirkan ini semua.

Sahabat seperjuangan, diberi persoalan tetapi dibalas dengan jawapan. Hanya sebentar digantung tiada tali tetapi apa yang dirasakan sangat menyakitkan. Ketulusan hati adalah benteng sesuatu perhubungan itu. Satu sama lain mengenali, berbahas dan memahami. Masing-masing mencari jalan untuk mensucikan kembali hubungan. Akhirnya jawapan telah diberikan dan menerima dengan hati yang terbuka atas setiap persoalan. Sakitnya hati bagai ditusuk-tusuk tetapi tiada siapa yang memahami, tiada siapa yang mengerti, tiada siapa yang tahu melainkan Allah S.W.T. Maha Mengetahui, Maha Melihat setiap inci perbuatan umatnya. Sahabat semoga dikau tabah menerima keputusan itu. Ku doakan semoga dikau berjaya dalam hidup seperti apa yang telah dirancangkan. Ku doakan jua seandainya jodoh itu ada pasti kalian berdua akan disatukan dalam satu ikatan suci yang sangat diredhai oleh Allah.

Kata-kata ini jua buat diriku, Ajal, Maut, Jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah. Saya hanya mampu berserah dan berdoa. Persoalan dibalas dengan persoalan. Ibarat main tarik tali antara sesama sendiri. Semoga diri ini bisa mengharunginya dengan baik sekali. Saya sentiasa meletakkan setiap kekecewaan itu pasti ada kegembiraan yang bakal tiba. Hanya perlukan waktu yang sesuai untuk melihat apa disebalik kegembiraan itu. Wajah yang sentiasa bermain diminda, takkanku biarkan begitu sahaja, Iringan doa yang kupanjatkan agar ia bakal terjawap. Moga mimpi itu menjadi kenyataan.

Sedikit bingkisan yang agak ketercelaruan. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada. Semoga menjadi penguat diri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini :-