ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~16/06/2010@LCCT-Food Court-Fly-TAWAU-SEMPORNA-HOTEL~


Hari yang dinantikan. Hari yang sebenar-benarnya. Tarikh seperti yang dirancang. Fulamak datang-datang peserta dah ramai.

Bertolak dari Office jam 3.30 pagi. Keluar rumah jam 3 pagi. Udara yang sangat sejuk membuatkan diriku seram sejuk.




Bermulalah pendaftaran, agak kelam-kabut sedikit dek kerana keramaian peserta yang membanjiri meja pendaftran. Agak kalut jugak tapi dibantu oleh seorang jejaka dan seorang gadis.


Peserta yang telah selesai mendaftar boleh terus ke Chek point seterusnya(Hehehe..dah macam sukan pulak).  Chek in untuk naik kapal terbang. Selesai semua masing-masing ke Surau untuk menunaikan Solat Subuh. Urusetia orang yang paling last sekali.(Maklumlah menungu peserta yang last datang). Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Itu dia Geng Ummi, pada mulanya tak berapa nak kenal, lama2 tengok agak malu2 kucing dan peramah. Hehehehehe...TQ Ummi membantu saya bawakan paper bag ye. Kan dah dapat paper bag free...tak sia-siakan..:)

Masa untuk terbang. Zoooooommmmmmmm....Saya dapat tempat duduk di tengah2. Tidakku sangka duduk bersebelahan dengan seorang peserta. Rupa-rupanya ibunda kepada Mohd Faizal Eshak@Pejei. Apa lagi ada masa koreklah rahsia...wakakaka....takdelah...berborak-borak. Ternyata makcik ini sangat suka berjalan. Masih kuat dan tenang. Cool orangnya. Baru peserta pertama yang saya sempat berborak-borak.



Ada lagi, mula-mula nampak cool je akak nih, tak lama kemudian mula mengeluarkan bakat terpendam. Belum pergi kelas lagi dah pandai gunakan alat ketuk (alat bantu mengajar). Contoh : Sa Si Su, Saa..Sii..Suu..San...Sin...Sun...(memang pandai). Pandai isi masa dengan baik. Yang lain semua dibuai mimpi, akak nih berlatih bersungguh-sungguh. Teruskan usaha kak.


Dah nak landing dah...penat duk dalam kapal terbang...cek bagasi masing2 betul ke tidak. Keluar je dekat pintu masuk, kelihatan wajah Arlinda Maik, I Miss U...Rindu sangat2..walaupun 3 hari tak jumpa terasa seminggu berjauhan. (Hehehe..baru kawan perempuan, kalau suami maunye tak windu, kalau pakwe tu boleh tahan lagilah..kui3) Iklan sekejap.
Annouce nama peserta untuk pembahagian bas. Suasana terkawal. Peserta yang sangat baik dan sporting. Tak banyak karenah. Selesai terus ke Perkampungan Seri Jaya untuk isi perut dengan nasi dan lauk-pauk yang melazatkan. Terutama sekali ketam masak sambal.Nyum2...memang best.


Selesai makan, terus ke Masjid Semporna untuk mendengar sedikit taklimat daripada JHEINS. Solat Jamak dan terus bergerak ke BUKIT TANGKURA. Ramai yang berjaya sampai ke Puncak. Ada yang sekerat jalan kemuan patah balik ke garisan penamat. Hehehehe...Mana pakcik/makcik yang terasa lenguh2 tuh yang tidak sampai ke Puncak. Saya juga sebahagian yang tidak sampai ke Puncak kerana menjaga seorang peserta yang sakit. (Takpe yang penting mereka selamat itu sudah membahagiakan saya).

Habis ke Puncak terus ke PULAU TAMPE-TAMPE. (Haa...inilah tempat pengembaraan DUYUNG. Apa yang kita tengok dalam filem tu sama cantik dengan apa yang kita nampak dengan real. Lawa betul tempat nih. Ruilah sapa yang tak pergi.). Tempat dah cantik, kalau tak posing lebih2 tak best jugak...hehehehe....:p. Inilah sebahagian gambar kenangan bersama peserta.


Dah penat keliling SEMPORNA. Baru hari pertama, masih banyak tempat lagi tak lawati. Kesian dekat peserta tak chek in hotel lagi. Ada yang duduk di Hotel Seafeas dan ada yang duduk di Dragon Inn.

Next Story eh..:)