ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER


Assalamualaikum. ..


Mari kita Setting NIAT,


Upgrade IMAN,


Download SABAR,


Delete DOSA,


Approve MAAF & Hunting PAHALA


Agar Kita Getting GUEST LIST


Masuk SYURGA-Nya.


Pulang ke kampung SYURGA naik kereta JIHAD yang petrolnya ISTIQOMAH,

Dengan pemandunya memandu penuh KEIKHLASAN,

Lalu di jalan IMAN,

Tapi jangan Lupa bawa Peta Al-QURAN & SUNNAH agar kita tak sesat di tengah jalan...

juga jangan lupa bawa bekal TAQWA.....


Semoga kita semua akan bertemu disana.


Kini Ramadhan hadir lagi dan dengan segala kerendahan hati maafkanlah segala kesalahan saya selama ini. MARHABAN YA RAMADHAN.

"Allahumma Bariklana fi Rajaba wa Sya'bana Wa Balligna Ramadhan"


Selamat mempersiapkan diri untuk menjalankan ibadah puasa 1429 H. Mari kita kuatkan Iman, bersama menyongsong kehadiran bulan yang penuh dengan Kemuliaan, Maghfirah dan Keberkatan ini.....INSYALLAH

Perutusan Khas Semperna Ramadhan al-Mubarak

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.
Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.
Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.
Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.
Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - mks.
Presiden PAS
-- Berjuang,berjuang, berjuang dan terus berjuang!!!
Sumber : Visit to Blog : http://www.perisik- rakyat.com/

Al-Hadith - Antara 5 Kelebihan Bulan Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."
(Riwayat Imam Ahmad)

5 MosT HandsOme Man in tHe WoLd

Most handsome Saudi man.. the grandson of king Faisal

Hrithik RoshanMost handsome Indian man.... actor

Imran Abbas Most Handsome Pakistani actor

Tarkan Most handome Turkish man... singer

FazzaMost handsome Emeriti man

Most handsome
South African man!!!


HAIYOO . . I only told u . . . 5 only . . . :P