ADVERTISING

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~19/07/2010(SABTU)@Chek Out Hotel, Pasar Tanjung, Makan & Bertolak ke lapangan Terbang TAWAU~

Masa chek out. Apa-apapun sarapan tetap takleh miss. Sedap lak tuh, ada hot dog, nasi goreng..nyum2...sayalah banyak makan. ok2 sambung cerita semula.


Bertolak ke Bandar Tawau, ambil masa dalam satu jam setengah juga. Dalam perjalanan tuh bas berhenti di tepi jalan. Kenapa? haha..sebabnya dekat sana ada jual buah-buahan sebiji hanya RM0.50 sahaja. Murah tak. Siap potong lagi. Manis betul buah-buahan dia...Rambutan ada, Langsat ada, Tembikai, Cempedak, Tembikai Susu..sangat manis. Memang sedap. Tak rugi beli.

Habis dekat situ, pergi ke satu tempat untuk makan tengahari. Isi perut sebelum memulakan langkah seterusnya. Perut masing-masing sudah berkeroncong. Tak boleh tahan, banyak lagu dah yang bermain di dalam perutku. Hehehehe...

Tugas saya pada waktu itu adalah menyediakan makanan untuk Puan Siti dan Suaminya. Kesian Puan Siti, semangat yang sangat dalam untuk bersama dalam Program ini telah menerima satu musibah "Kakinya terseliuh" sampailah dia tidak boleh berjalan hanya dengan menggunakan kerusi roda sahaja. Walauapapun dia tetap bersemangat. Alhamdulillah kini dia semakin sembuh.

Berjalan ke Pasar Tanjung. Shooping lagi, tapi dekat sini shooping ikan masin, ikan bilis dan banyak lagi jenis2 ikan yang boleh di beli. Best2...saya berjalan dengan Mak Cik Norhayati :). Saya bukannye tahu sangat nak pilih2 ikan bilis le, ikan masin le, time nihlah kene belajar. Tapi memandangkan saya berjalan dengan Mak Cik, selamat le sikit, minta makcik pilihkan mana yang ok. Dapat lagi ikan bilis, Terima Kasih Mak Cik, nampak je Unplug, terus saya beli dua bungkus dan saya bayarkan. Satu untuk mak cik satu untuk saya. :). Apa yang saya beli dekat sini, hanya ikan masin sahaja, itu pun ikut selera saya je..hehehe :).


Selesai semua, terus ke Lapangan Terbang TAWAU, waktu berlepas pada jam 6.35 petang. Dah habis dah program rupanya. Inilah saat2 sedih bila nak berpisah dengan peserta. Meraka semua sangat baik dan peramah. Saya tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan mereka. Sesi bergambar adalah wajib untuk kenang-kenangan.


Sesampai di LCCT, kami terus ambil bagasi. Melambai-lambai peserta-peserta yang ingin pulang ke destinasi masing-masing. Alhamdulillah Allah telah permudahkan semuanya. Selesai untuk Program kali ini. Bergambar dengan Puan Siti. Berkerusi Roda kerana kakinya tidak boleh bergerak sangat. Walau dugaan menimpa dia tetap tenang dan tersenyum. Kami doakan semoga cepat sembuh. :). Jumpa dengan geng2 Ummi dan makan sekali dengan mereka. Tengok tu gambar mereka. Kemana sahaja pergi pasti jumpa..hehehehehe.... Mereka bermalam di Tune Hotel esoknya akan pulang ke JOHOR. Semoga kita dapat berjumpa lagi di kembara akan datang ye...:)

 ~TAMAT~

~18/07/2010(JUMAAT), KURSUS, SHOOPING & BARBEQUE~

 Makan dulu sebelum pergi KURSUS AL-BAGHDADI DI MASJID KAMPUNG SERI JAYA, SEEMPORNA.


Merupakan hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Tiba masanya semua peserta untuk ke kelas Tajwid dengan menggunakan asas dan kaedah yang lain iaitu dengan menggunakan Teknik Al-Baghdadi. (Alat ketuk iaitu merupakan alat bantu mengajar yang digunakan sepanjang khursus ini). Hendak bercerita tentang Al-Baghdadi sangat panjang. InsyaAllah untuk maklumat lanjut boleh lawat laman web ini Syihab Resources atau boleh hubungi di talian 019-6920123.

Tepat an 12.30 sekumpulan peserta lelaki bergegas untuk mengerjakan "Solat Jumaat" beramai-ramai. Masa ini juga kami meminta kepada semua peserta yang menginap di Dragon Inn bertukar ke Hotel Seafeas atas sebab-sebab yang tertentu. (SELESAI)


Hari yang sangat ditunggu-tunggu, "Shooping Sakan". Bukan sahaja peserta, urusetia pun tak hengat dengan shooping dia. Hehehe...termasuk sayalah sekali. Di kawasan SEMPORNA ada satu sahaja kedai mutiara yang kami tahulah, semua tertumpu disitu, memang untung banyak lah peniaga mutiara sepanjang hari tuh. Giler-giler la, rambang betul mata saya dengan mutiara-mutiara yang ada, sangat cantik sangat teruja dan sangat terpegun. Hehehehe...memang sayan borong habis-habisanlah. Beli gelang, rantai, brooch, batu air(boleh buat buah rantai, subang dll), butang baju melayu..hehehe...semua nih telah dibahagikan kepada ahli keluargaku dan kawan-kawan rapatku. Semperna Birthday mak, saya dapatlah belikan rantai mutiara yang mahal sedikit harganya. Hehehehe...:)


Saya dapat hadiah daripada Mak Cik Norhayati bt Tengku Sutan iaitu Jam Tangan Mutiara dan Ikan Bilis darinya juga. Terima kasih mak cik, saya selalu pakai itu tandanya saya menghargai setiap pemberian yang saya dapat. :). Ummi juga telah menghadiahkan saya Brooch Mutiara yang sangat cantik. TQ Ummi. Saya selalu pakai tau, sangat suka. 

Berhabisanlah saya dekat kedai tuh, rambang sangat mata sampai tak hengat jam dan menunjukkan tepat pukul 4 petang. Masa yang diberikan sehingga jam 5 petang. Hehehe...ramai makcik-makcik dah tak larat terus naik ke dalam bas. Pada mulanya saya naik kereta sapu untuk balik ke hotel, memandangkan satu bas telah penuh untuk pulang ke hotel saya patah balik ke bas untuk bawa mereka semua balik ke penginapan. Muka masing-masing senyum lebar je, sebab banyak mutiara yang dapat. Hehehehe....

Tiba malam, aktiviti seterusnya ke Kampung Seri Jaya untuk aktiviti kemuncak. Ada tarian dari penduduk kampung disana. Memang mantap sambil dihidangkan dengan Barbeque. Sungguh lazat!!!!. Sangat asyik dengan persembahan joget budak-budak kecil dan nasyid dari anak-anak kamupung Seri Jaya. 

Selesai majlis, 3 bas bergerak serentak untuk pulang ke Hotel. Dengan perut yang sangat kenyang dan mata yang sanagat mengantuk. Sampai bilik teruslah landing...

Next Story.....