Makan dulu sebelum pergi KURSUS AL-BAGHDADI DI MASJID KAMPUNG SERI JAYA, SEEMPORNA.
Merupakan hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Tiba masanya semua peserta untuk ke kelas Tajwid dengan menggunakan asas dan kaedah yang lain iaitu dengan menggunakan Teknik Al-Baghdadi. (Alat ketuk iaitu merupakan alat bantu mengajar yang digunakan sepanjang khursus ini). Hendak bercerita tentang Al-Baghdadi sangat panjang. InsyaAllah untuk maklumat lanjut boleh lawat laman web ini Syihab Resources atau boleh hubungi di talian 019-6920123.
Tepat an 12.30 sekumpulan peserta lelaki bergegas untuk mengerjakan "Solat Jumaat" beramai-ramai. Masa ini juga kami meminta kepada semua peserta yang menginap di Dragon Inn bertukar ke Hotel Seafeas atas sebab-sebab yang tertentu. (SELESAI)
Hari yang sangat ditunggu-tunggu, "Shooping Sakan". Bukan sahaja peserta, urusetia pun tak hengat dengan shooping dia. Hehehe...termasuk sayalah sekali. Di kawasan SEMPORNA ada satu sahaja kedai mutiara yang kami tahulah, semua tertumpu disitu, memang untung banyak lah peniaga mutiara sepanjang hari tuh. Giler-giler la, rambang betul mata saya dengan mutiara-mutiara yang ada, sangat cantik sangat teruja dan sangat terpegun. Hehehehe...memang sayan borong habis-habisanlah. Beli gelang, rantai, brooch, batu air(boleh buat buah rantai, subang dll), butang baju melayu..hehehe...semua nih telah dibahagikan kepada ahli keluargaku dan kawan-kawan rapatku. Semperna Birthday mak, saya dapatlah belikan rantai mutiara yang mahal sedikit harganya. Hehehehe...:)
Saya dapat hadiah daripada Mak Cik Norhayati bt Tengku Sutan iaitu Jam Tangan Mutiara dan Ikan Bilis darinya juga. Terima kasih mak cik, saya selalu pakai itu tandanya saya menghargai setiap pemberian yang saya dapat. :). Ummi juga telah menghadiahkan saya Brooch Mutiara yang sangat cantik. TQ Ummi. Saya selalu pakai tau, sangat suka.
Berhabisanlah saya dekat kedai tuh, rambang sangat mata sampai tak hengat jam dan menunjukkan tepat pukul 4 petang. Masa yang diberikan sehingga jam 5 petang. Hehehe...ramai makcik-makcik dah tak larat terus naik ke dalam bas. Pada mulanya saya naik kereta sapu untuk balik ke hotel, memandangkan satu bas telah penuh untuk pulang ke hotel saya patah balik ke bas untuk bawa mereka semua balik ke penginapan. Muka masing-masing senyum lebar je, sebab banyak mutiara yang dapat. Hehehehe....
Tiba malam, aktiviti seterusnya ke Kampung Seri Jaya untuk aktiviti kemuncak. Ada tarian dari penduduk kampung disana. Memang mantap sambil dihidangkan dengan Barbeque. Sungguh lazat!!!!. Sangat asyik dengan persembahan joget budak-budak kecil dan nasyid dari anak-anak kamupung Seri Jaya.
Selesai majlis, 3 bas bergerak serentak untuk pulang ke Hotel. Dengan perut yang sangat kenyang dan mata yang sanagat mengantuk. Sampai bilik teruslah landing...
Next Story.....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini :-