ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~17/06/2010@ PULAU MABUL-BOT-SUKANEKA-SNOWKELING-HOTEL~



Hari ke dua bersamaan dengan hari Khamis. Inilah saat yang dinanti-nantikan akan ke PULAU MABUL yang indah sekali. Dalam kepala ni bayangan pulau yang inginku redahi, inginku selami. Hehehehe...Menjadi kenyataan apabila melihat lautan yang sangat cantik dan jernih sekali airnya.




Bot...Bot...Bot...tanpa keselamatan, insurans, Astaghfirullahalazim... Semuanya diluar jangkaan. Tetapi alhamdlillah perajalanan pergi dan pulang semuanya selamat. Telingaku semakin kurang pendengaran angkara enjin bot yang sangat kuat. Tetapi sekarang dah ok dah. :).


Sesampai disana diberikan sedikit taklimat ringkas dan pecahan kumpulan. Kanak-kanak dan golongan dewasa. Permainan meniup belon, ikat kaki yang diiringi oleh Kak Mas. Manakala untuk permainan dewasa pula diiringi oleh Dj Erwan, permainannya ialah tendangan bola dengan mata ditutup. (Hehehe...main tulis je nama sukan dia).

Itu dia bidan terjun, Gol Keeper sementara, di import dari Luar Negara. Susah nak dapat tender nih. (Hehehehe). Dah macam nak kene tembak pun ada nih. Huhuhuhu...Apa2 pun saya beraya buktikan sayalah Gol Keeper yang boleh kalahkan Gol Keeper German. Hehehehe...:)


Ini yang best. Part ni yang sangat best. Bermandi-manda dan melihat keindahan alam semulajadi. Oleh kerana banyak sangat batu karang, tak dapat nak ketengah-tengah. Walaupun cetek tapi kakiku sangat sakit. Mandi dekat2 je tetapi airnya dalam. Puas dengan apa yang saya nampak. Tapak Sulaiman, Batu Karang, Cengkerang...dapat pegang lagi. Tapi tak sempat ambil gambar.


Seharian di PULAU MABUL memang sangat indah sekali. Ramai yang ambil masa untuk melihat keindahan alam. Semua turun padang. TAHNIAH SEMUA!!!!

~16/06/2010@LCCT-Food Court-Fly-TAWAU-SEMPORNA-HOTEL~


Hari yang dinantikan. Hari yang sebenar-benarnya. Tarikh seperti yang dirancang. Fulamak datang-datang peserta dah ramai.

Bertolak dari Office jam 3.30 pagi. Keluar rumah jam 3 pagi. Udara yang sangat sejuk membuatkan diriku seram sejuk.




Bermulalah pendaftaran, agak kelam-kabut sedikit dek kerana keramaian peserta yang membanjiri meja pendaftran. Agak kalut jugak tapi dibantu oleh seorang jejaka dan seorang gadis.


Peserta yang telah selesai mendaftar boleh terus ke Chek point seterusnya(Hehehe..dah macam sukan pulak).  Chek in untuk naik kapal terbang. Selesai semua masing-masing ke Surau untuk menunaikan Solat Subuh. Urusetia orang yang paling last sekali.(Maklumlah menungu peserta yang last datang). Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Itu dia Geng Ummi, pada mulanya tak berapa nak kenal, lama2 tengok agak malu2 kucing dan peramah. Hehehehehe...TQ Ummi membantu saya bawakan paper bag ye. Kan dah dapat paper bag free...tak sia-siakan..:)

Masa untuk terbang. Zoooooommmmmmmm....Saya dapat tempat duduk di tengah2. Tidakku sangka duduk bersebelahan dengan seorang peserta. Rupa-rupanya ibunda kepada Mohd Faizal Eshak@Pejei. Apa lagi ada masa koreklah rahsia...wakakaka....takdelah...berborak-borak. Ternyata makcik ini sangat suka berjalan. Masih kuat dan tenang. Cool orangnya. Baru peserta pertama yang saya sempat berborak-borak.



Ada lagi, mula-mula nampak cool je akak nih, tak lama kemudian mula mengeluarkan bakat terpendam. Belum pergi kelas lagi dah pandai gunakan alat ketuk (alat bantu mengajar). Contoh : Sa Si Su, Saa..Sii..Suu..San...Sin...Sun...(memang pandai). Pandai isi masa dengan baik. Yang lain semua dibuai mimpi, akak nih berlatih bersungguh-sungguh. Teruskan usaha kak.


Dah nak landing dah...penat duk dalam kapal terbang...cek bagasi masing2 betul ke tidak. Keluar je dekat pintu masuk, kelihatan wajah Arlinda Maik, I Miss U...Rindu sangat2..walaupun 3 hari tak jumpa terasa seminggu berjauhan. (Hehehe..baru kawan perempuan, kalau suami maunye tak windu, kalau pakwe tu boleh tahan lagilah..kui3) Iklan sekejap.
Annouce nama peserta untuk pembahagian bas. Suasana terkawal. Peserta yang sangat baik dan sporting. Tak banyak karenah. Selesai terus ke Perkampungan Seri Jaya untuk isi perut dengan nasi dan lauk-pauk yang melazatkan. Terutama sekali ketam masak sambal.Nyum2...memang best.


Selesai makan, terus ke Masjid Semporna untuk mendengar sedikit taklimat daripada JHEINS. Solat Jamak dan terus bergerak ke BUKIT TANGKURA. Ramai yang berjaya sampai ke Puncak. Ada yang sekerat jalan kemuan patah balik ke garisan penamat. Hehehehe...Mana pakcik/makcik yang terasa lenguh2 tuh yang tidak sampai ke Puncak. Saya juga sebahagian yang tidak sampai ke Puncak kerana menjaga seorang peserta yang sakit. (Takpe yang penting mereka selamat itu sudah membahagiakan saya).

Habis ke Puncak terus ke PULAU TAMPE-TAMPE. (Haa...inilah tempat pengembaraan DUYUNG. Apa yang kita tengok dalam filem tu sama cantik dengan apa yang kita nampak dengan real. Lawa betul tempat nih. Ruilah sapa yang tak pergi.). Tempat dah cantik, kalau tak posing lebih2 tak best jugak...hehehehe....:p. Inilah sebahagian gambar kenangan bersama peserta.


Dah penat keliling SEMPORNA. Baru hari pertama, masih banyak tempat lagi tak lawati. Kesian dekat peserta tak chek in hotel lagi. Ada yang duduk di Hotel Seafeas dan ada yang duduk di Dragon Inn.

Next Story eh..:)

~15/07/10 (SELASA) @ LCCT-FOOD COURT - PENDAFTARAN~

Hari pertama @ Pra Pendaftaran, Hehehe. Ikut sukalah ek, Blogku...suka hatikulah nak bubuh apa dengan ayatku nih...asalkan faham...:-). Terasa malu-malu kucing jugak nak bersua muka dengan peserta-peserta kembara kali ini. Sangat-sangatlah ramai. Ini merupakan kembara yang paling ramai EzQ anjurkan. 

Dalam sebulan tuh...Subhanallah banyak sangat panggilan masuk untuk join ke Kemara ini, Bertungkus lumus saya dan sahabat seperjuangan Faizal Eshak@Pejei (merupakan pengarah program) membuat sebaik yang mungkinlah supaya tiada cacat cela yang berlaku. Ada yang tersenget sikit-sikit tuh maklumlah adatlah kalau sudah berkampung dengan ramai orang pasti ada yang kurangnya.

Malam tuh dengan mata yang sangat malap..(Ingat lampu je boleh malap..mata pun sama tau). Saya ke Office jugak untuk menghabiskan sedikit kerja-kerja untuk pendaftaran hampir jam 12 tengah malam jugaklah pulang ke rumah. Penat takpe yang penting puas hati. 

Bertolak jam 3.30 pagi, tepat saya, Pejei dan Aswad bertolak ke LCCT. Dengan mata yang ala-ala kuyu nih, tetap bersemangat untuk ketemu sama peserta-peserta yang pergi awal sehari. Walaupun penat, tetapi hatiku tetap bersemangat, tak sabar nak jumpa dan berdepan dengan peserta. Ternyata sangat baik peserta-peserta yang join.

Inilah meja pendaftaran...sangat sejuk dengan air-corn ditambah dengan cuaca yang sangat sejuk. Kerana jam menunjukkan 4.30 pagi. Ramai peserta telah sampai dan berpusu-pusu ke Meja Pendaftaran. 
Banyak Survenior dari kami... Paper Bag (Ikim), Vest Hijau (Kembara Mutiara Semporna), Tag Nama, Buku Program, Buku Tamhid dan Alat Ketuk(Al-Baghdadi). Nak ceritakan sangat panjang. Takpelah skip dulu yek.

Dalam jam 7.30pagi  selepas semua selesai solat maghrib semua peserta akan terbang dan mendarat ke TAWAU. 

Saya, Pejei dan Keluarga Ustaz Jalal tinggal di LCCT, Solat Subuh, makan dan gerak ke Office. Keadaan mataku pada masa itu sangat mengantuk sekali, digagahkan diri untuk drive ke Office. Saya bawa kereta pejei, Pejei bawa kereta Ustaz Azhar, Family Ustaz Azhar pergi awal sehari. Keretanya kami nak gunakan esoknya. Ustaz Jalal dengan family. 

~Pulang ke rumah kejap..kemudian datang ke Office kesayanganku...~

NEXT STORY EK... ;-)

~Proses MengEdit Blog Kesayanganku Akan Bermula...Nantikan...~

~Salam'alaik semuanya, alhamdulillah kini saya akan kembali mengaktifkan diri setelah sekian lama mendiamkan diri, Bukan apa agak busy bekerja sampaikan Blog kesayanganku usang begitu sahaja, tetapi tetap dijaga juga, segala sesawang yang bolehmenyebabkan ia merosakkan pandanganku dan pandangan teman-teman yang sudi walk disini.~


~ Sebenarnya bukan susah pun nak edit blog ni, senang je, masukkan gambar dah, habis cerita, yang lambatnya adalah nak memikirkan ayat-ayat bagi setiap gambar yang dipilih untuk tatapan semua.~


~ Banyaknya yang saya nak ceritakan..~


a- Kembara Mutiara -TAWAU-SEMPORNA-PULAU MABUL-HOTEL-SHOOPING-PULANG KE SEMENANJUNG


b- Kisah Cinta..Hehehehe...

c- Sambutan Birthday Abah, Mak, Abg Long, Farther Day, Mother Day....Coming Soon Along, Angah, Adik dan Alang.

d- Walimah saudaraku Siti Safiyah dan Pasangannya Shukri. Di Kampung Sungai Nibong (Belah Perempuan) dan di Melaka (Belah Lelaki).

e- Berani Mati..Yang tak mati-mati....

f- Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat, teman yang banyak membantu...

g- Dapat hadiah dari Ummi ( Peserta Kembara) sampai sekarang still contact.
Banyaknye, tersangat-sangatlah banyak, belum lagi dengan gambar gila-gilaku di office, wakakakaka...sangatlag best.... Saat menghiburkan diri bukan selalu. Ada masa kita suka, ada masa kita Bad Mood. Apa-apapun terpulang kepada anda ye....Saya tetap saya...Kamu tetap kamu....

Tunggu Episod yang akan datang ye...Banyak lagi Post2 yang menarik menanti....