ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~15/07/10 (SELASA) @ LCCT-FOOD COURT - PENDAFTARAN~

Hari pertama @ Pra Pendaftaran, Hehehe. Ikut sukalah ek, Blogku...suka hatikulah nak bubuh apa dengan ayatku nih...asalkan faham...:-). Terasa malu-malu kucing jugak nak bersua muka dengan peserta-peserta kembara kali ini. Sangat-sangatlah ramai. Ini merupakan kembara yang paling ramai EzQ anjurkan. 

Dalam sebulan tuh...Subhanallah banyak sangat panggilan masuk untuk join ke Kemara ini, Bertungkus lumus saya dan sahabat seperjuangan Faizal Eshak@Pejei (merupakan pengarah program) membuat sebaik yang mungkinlah supaya tiada cacat cela yang berlaku. Ada yang tersenget sikit-sikit tuh maklumlah adatlah kalau sudah berkampung dengan ramai orang pasti ada yang kurangnya.

Malam tuh dengan mata yang sangat malap..(Ingat lampu je boleh malap..mata pun sama tau). Saya ke Office jugak untuk menghabiskan sedikit kerja-kerja untuk pendaftaran hampir jam 12 tengah malam jugaklah pulang ke rumah. Penat takpe yang penting puas hati. 

Bertolak jam 3.30 pagi, tepat saya, Pejei dan Aswad bertolak ke LCCT. Dengan mata yang ala-ala kuyu nih, tetap bersemangat untuk ketemu sama peserta-peserta yang pergi awal sehari. Walaupun penat, tetapi hatiku tetap bersemangat, tak sabar nak jumpa dan berdepan dengan peserta. Ternyata sangat baik peserta-peserta yang join.

Inilah meja pendaftaran...sangat sejuk dengan air-corn ditambah dengan cuaca yang sangat sejuk. Kerana jam menunjukkan 4.30 pagi. Ramai peserta telah sampai dan berpusu-pusu ke Meja Pendaftaran. 
Banyak Survenior dari kami... Paper Bag (Ikim), Vest Hijau (Kembara Mutiara Semporna), Tag Nama, Buku Program, Buku Tamhid dan Alat Ketuk(Al-Baghdadi). Nak ceritakan sangat panjang. Takpelah skip dulu yek.

Dalam jam 7.30pagi  selepas semua selesai solat maghrib semua peserta akan terbang dan mendarat ke TAWAU. 

Saya, Pejei dan Keluarga Ustaz Jalal tinggal di LCCT, Solat Subuh, makan dan gerak ke Office. Keadaan mataku pada masa itu sangat mengantuk sekali, digagahkan diri untuk drive ke Office. Saya bawa kereta pejei, Pejei bawa kereta Ustaz Azhar, Family Ustaz Azhar pergi awal sehari. Keretanya kami nak gunakan esoknya. Ustaz Jalal dengan family. 

~Pulang ke rumah kejap..kemudian datang ke Office kesayanganku...~

NEXT STORY EK... ;-)

2 comments:

  1. salam...hehehe, ...masih jelas di ingatan...3 wajah inilah yg pertama ku temui..., org penting kmbara larr tu...,dlm mamai jugak umi tolak troli k KFC ujung tu dr KFC pintu masuk... alahai tak dpt award peserta paling awal... :)

    ReplyDelete
  2. salam'alaik...Ummi, walaupun dan basi cerita nih, tetap dalam ingatanku ummi. Hehehe..ummilah yang dapat paper bag lebih ye...:)peserta paling datang awal ye..masih takde hadiah lagi ...tapi kalau ummi nak belon al-baghdadi adalah...:)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda disini :-