ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~19/07/2010(SABTU)@Chek Out Hotel, Pasar Tanjung, Makan & Bertolak ke lapangan Terbang TAWAU~

Masa chek out. Apa-apapun sarapan tetap takleh miss. Sedap lak tuh, ada hot dog, nasi goreng..nyum2...sayalah banyak makan. ok2 sambung cerita semula.


Bertolak ke Bandar Tawau, ambil masa dalam satu jam setengah juga. Dalam perjalanan tuh bas berhenti di tepi jalan. Kenapa? haha..sebabnya dekat sana ada jual buah-buahan sebiji hanya RM0.50 sahaja. Murah tak. Siap potong lagi. Manis betul buah-buahan dia...Rambutan ada, Langsat ada, Tembikai, Cempedak, Tembikai Susu..sangat manis. Memang sedap. Tak rugi beli.

Habis dekat situ, pergi ke satu tempat untuk makan tengahari. Isi perut sebelum memulakan langkah seterusnya. Perut masing-masing sudah berkeroncong. Tak boleh tahan, banyak lagu dah yang bermain di dalam perutku. Hehehehe...

Tugas saya pada waktu itu adalah menyediakan makanan untuk Puan Siti dan Suaminya. Kesian Puan Siti, semangat yang sangat dalam untuk bersama dalam Program ini telah menerima satu musibah "Kakinya terseliuh" sampailah dia tidak boleh berjalan hanya dengan menggunakan kerusi roda sahaja. Walauapapun dia tetap bersemangat. Alhamdulillah kini dia semakin sembuh.

Berjalan ke Pasar Tanjung. Shooping lagi, tapi dekat sini shooping ikan masin, ikan bilis dan banyak lagi jenis2 ikan yang boleh di beli. Best2...saya berjalan dengan Mak Cik Norhayati :). Saya bukannye tahu sangat nak pilih2 ikan bilis le, ikan masin le, time nihlah kene belajar. Tapi memandangkan saya berjalan dengan Mak Cik, selamat le sikit, minta makcik pilihkan mana yang ok. Dapat lagi ikan bilis, Terima Kasih Mak Cik, nampak je Unplug, terus saya beli dua bungkus dan saya bayarkan. Satu untuk mak cik satu untuk saya. :). Apa yang saya beli dekat sini, hanya ikan masin sahaja, itu pun ikut selera saya je..hehehe :).


Selesai semua, terus ke Lapangan Terbang TAWAU, waktu berlepas pada jam 6.35 petang. Dah habis dah program rupanya. Inilah saat2 sedih bila nak berpisah dengan peserta. Meraka semua sangat baik dan peramah. Saya tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan mereka. Sesi bergambar adalah wajib untuk kenang-kenangan.


Sesampai di LCCT, kami terus ambil bagasi. Melambai-lambai peserta-peserta yang ingin pulang ke destinasi masing-masing. Alhamdulillah Allah telah permudahkan semuanya. Selesai untuk Program kali ini. Bergambar dengan Puan Siti. Berkerusi Roda kerana kakinya tidak boleh bergerak sangat. Walau dugaan menimpa dia tetap tenang dan tersenyum. Kami doakan semoga cepat sembuh. :). Jumpa dengan geng2 Ummi dan makan sekali dengan mereka. Tengok tu gambar mereka. Kemana sahaja pergi pasti jumpa..hehehehehe.... Mereka bermalam di Tune Hotel esoknya akan pulang ke JOHOR. Semoga kita dapat berjumpa lagi di kembara akan datang ye...:)

 ~TAMAT~

2 comments:

  1. budak ni..makan sajo.ayat pertama pun dah cite sal mkn..bdn cekeding gitu gak..

    ReplyDelete
  2. Mama Tam, suka makan ler...minggu depan nak puasa dah, kita makan maggie pasni ye mama tam..:)tapi pipiku naik le...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda disini :-