ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

TANDA - TANDA BERBOHONG

BERAPA KERAP ANDA PERASAN BAHAWA TIBA-TIBA TEMAN LELAKI ATAU PASANGANMEMBOHONGI ANDA? ADA SAHAJA ALASAN YANG DIBERI SEHINGGA ANDA MERASAKANADA SESUATU YANG DISELINDUNGKAN. ITU JIKA ANDA MENGESANNYA DENGAN LEBIHAWAL DAN ANDA TAHU DIA MEMANG SEDANG BERBOHONG. TETAPI BAGAIMANA PULAJIKA SI DIA SEDIKIT PUN TIDAK MENUNJUKKAN BAHAWA DIA SEDANG BERBOHONGDAN ANDA TERUS-TERUSAN MEMPERCAYAINYA.
Jangan risau, tip dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda berbohong atau tidak.
Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akandipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenalisebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan andadan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatuyang diselindungkannya.

Menutup mulut

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabilaberbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir darisegi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidakberbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cubamenghalangnya.

Gagap

Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagapmerupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiadaapa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain sepertisedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebutberbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dansidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atastindakannya itu.

Pergerakan mata

Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandangtepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangandari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada jugakeadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip denganbanyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yangberkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normalsahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka ciptapembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainyamerupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah

Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabilaseseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dantidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, iniberkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang ituberbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannyadengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinyaberbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkinmerupakan tanda orang tersebut berbohong.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini :-